Tuesday, March 29, 2011

Doa Tentang Jodoh Seorang Etika









"Ya Allah ya Tuhanku, Kau ketemukanlah aku dengan jodoh yang baik agar bakal suamiku nanti dapat membimbingku ke jalan Mu dan Kami di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah...."

Aminn...





Siyes. :|
Ini doa yang aku baca setiap kali lepas habis solat.
*Ini tidak termasuk doa yang lain-lain ye.

Aku bukanlah reti nak berdoa dalam bahasa Arab.
Mahupun doa yang panjang serta menyentuh perasaan.
Tapi aku rase cukuplah doa sekerat ini tapi cukup menyampaikan hasrat aku kepada Allah.


Aku tau aku bukanlah terlalu baik untuk mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku.
Tapi biarlah dia dapat membimbing aku yang jahil ni.



Oh...teringin nak jadi isteri yang sempurna untuk sang suami.





Tibe-tibe terfikir, ape jodoh aku tengah buat sekarang ni ye?
*ahah..gatal lah kau.
Err...kahwin benda yang halal tau!
Bukan gatal ek.




Untuk benda-benda yang dah lepas tu, biarkan ia lepas.
Pergi,
Jauh.
Jahanam.
Tak perlu ingat lagi.


Dan untuk setiap kecewa aku dengan lelaki, terima kasih aku ucapkan di atas semua pengalaman.
Dan untuk kawan terbaik aku,
terima kasih jugak untuk kata-kata semangat kau;
"Allah tak jadikan dia untuk kau sebab Allah sedia kan yang lebih baik untuk kau"



Kau semua yang sedang kecewa dalam bercinta.
Jangan lah sedih.
Berharap yang lebih baik itu muncul dari kau berharap yang menyakitkan itu datang lagi.


Dan aku juga berdoa agar aku dijauhkan dan tak bertemu lagi dengan lelaki yang dah merosakkan perempuan.
Merosakkan hati perempuan ye. :)
Sebab lelaki yang baik itu adalah lelaki yang menjaga wanita di sisinya.


Eh...aku tak kata benda ni kat sesiapa.
Jujur.
Aku cuma menilai hidup aku sendiri.
Kau tak perlu terasa.
:)




Selamat mencari jodoh dan bertemu jodoh yang baik kepada korang semua.


zzzZZZzzz





Friday, March 25, 2011

Akad Nikah di Masjid Menyerupai Kristian tapi Kita Digalakkan Nikah Awal

*ok..sebenarnya tajuk entry itu adalah gabungan dua benda yang aku nak cerita kat sini.




ini adalah perkahwinan di Gereja oleh orang Kristian


ini adalah pernikahan di Masjid oleh orang Islam


Sila cari sepuluh persamaan di dalam kedua-dua gambar di atas.
Takde kan.

Islam nikah dalam Masjid = Kristian kahwin dalam Gereja
Islam sembahyang dalam Masjid = ????????

errrr.....


So, macam mane boleh kate nikah di Masjid menyerupai Kristian?
-___-"


*oh...sebelum tu aku nak cakap. Ini adalah pemerhatian aku sendiri ye. Maaf kalau aku salah.


Aku dapat tau pasal hal ni pon dari Facebook. Ade orang post post cite pasal ni. Isu ni ade keluar dalam Kosmo 21 Mac 2011.




   




Bila aku rasa pelik dan hairan, aku pon akan berusaha gagah perkasa carik jawapan untuk benda ni.
Gila kau, sape tak pelik. Dari dulu aku tengok ramai orang dah bernikah dekat Masjid. Tibe-tibe skang ni boleh kate sama macam orang Kristian pulak. errkkk....
*mungkin dah pernah orang cakap before ni tapi aku baru tau sekarang ye.

Dan ini adalah hasil pencarian aku yang memberikan jawapan yang sangat bernas dan best.


*Timaseh tuan haji. :)

Based on my reading, ape yang aku boleh hurai dan simpulkan kat sini adalah! (nada seorang wakil rakyat)

Orang Islam di Malaysia hukumnya HARUS bernikah dalam Masjid KALAU!!!!

Kita menjaga adab ketika berada di dalam Masjid.
*waktu sekolah dulu korang belajar Agama Islam kan. Ustazah pon ade terang kan adab-adab dalam Masjid kan.



Ye lah...time nikah tu la si pengantin nak salam-salam dengan orang bukan Muhrim. Contohnya si ayah sedara nak ucap tahniah dekat anak sedara perempuan die. Takkan si anak sedara perempuan ni nak kata "NOOO!!! ayah sedaraku."

Time tu jugaklah ade orang nak mengumpat mengeji pasal orang tu, pasal orang ni. Hah kau...dah lame tak jumpe. Sekali sekala ade function macam ni la boleh bergosip kan makcik-makcik kakak-kakak sekalian.

Yang budak kecik ade yang merengek-rengek nak susu la, yang main kejar-kejar la, yang gelak-gelak la, yang anak-anak dara time ni la nak posing-posing tangkap gambar kan.

Ade pulak sang perempuan terseksi la pulak datang Masjid time tu. Dah kate majlis nikah. Nak la pakai baju kebaya belah sini sana. E'eh...ternampak plak rambut kau ade jatuh sikit ala-ala Siti gitu. Tambah pulak dengan yang bersanggul tinggi macam klcc pakai tudung.

Alhamdulillah...akad nikah pon dah selesai. Nak buat la upacara membatalkan wudhu' suami isteri. Hah... Cium-cium dahi pulak. Eceh...malu saya.



   



So, dari situ korang nampak tak berapa banyak benda sia-sia dan tak patot kita lakukan dalam Masjid.
Itu contoh ye. Aku pon buat jugak benda yang sama. heh.

Kan lagi elok kalau kita akad nikah je dekat rumah sang Perempuan. :)

***********************

Tak lupa juga. Nikah lah awal-awal ye.
Sebab kite orang Islam ni digalakkan nikah awal.
*yess...bagi orang yang berniat nak kahwin awal macam aku ni sangat best bila dapat tau pasal hal ni.

Ini pula aku tau dari Cik Annur kite.
Die tag aku dalam Contoh Surat Mintak Izin Kahwin Awal.
*tapi disebab kan die hide wall die kan, so aku search kat google untuk tunjuk surat tu.



Ye....memang sangat panjang untuk dibaca ye. Kau mesti malas bace kan.

So, aku keluarkan isi penting die je.

"Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah."

 Maknanye, lelaki boleh bernikah dengan perempuan tanpa menunaikan kewajipan dia sampai tiba masanya. errr...yeke?
Tapi yang pasti, sepanjang tempoh diorang dah bernikah tapi tak duduk serumah tu, ape yang diorang buat semuanya halal.

Kalau lelaki tu rindu perempuan tu, dia dapat pahala.
Kalau lelaki tu call perempuan tu, dia dapat pahala.
Kalau lelaki tu bagi hadiah dekat perempuan tu, dia dapat pahala.
Kalau lelaki tu keluar dengan perempuan tu pon tak berdosa.

Hah...macam best je kan.

JADI!
Kahwinlah awal. Nescaya anda tidak melakukan dosa.




Tapi....................

Dalam hidup zaman sekarang ni, takkan kau nak hidup kahwin cerai.
Orang mesti nak kenal dengan pasangan dia dulu sebelum kahwin kan.

Bak kata adik aku;

"Kalau ade perempuan ajak aku couple, takkan aku nak cakap.
Ehhh...JANGAN! Dosa. Esok kite nikah.
Tibe-tibe tak serasi. Cerai pulak.
Takkan aku nak buat benda yang sama sampai aku jumpe perempuan yang sesuai?"

Oh...itu adalah jawapan dari seorang budak berumur 19tahun yang masih nak enjoy lagi ye.

So....ape kate korang?

Fikirlah sendiri. Aku cuma memberitahu.
Timaseh.




zzzZZZzzz




Tuesday, March 15, 2011

Kejadah Mimpi Ular ?



Waktu semalam 'bung'
Aku bermimpi
Barjumpa ular 'bung' besar sekali
Ular menggigit 'bung' jari kaki ku
Setelah menggigit ia berlalu
Ku picit-picit 'bung'
Darah keluar
Aku menjerit "ADUH!"
Hingga tersedar
Apakah itu 'bung' erti maksudnya?
Mimpi semalam 'bung' bawa BAHAGIA....


Hah....itu adalah lagu ye kawan-kawan.
Ibu selalu nyanyi untuk aku waktu kecik-kecik.
*Jangan tanye maksud bung tu sebab aku pon tatau. Tak tergerak hati pulak nak tanye mak aku kan.

Err...korang tatau rentak melodi die cane? Adeh...aku pon tade Vlog nak buat demo. So, sila tanya orang-orang tua di sekeliling anda dan suruh mereka menyanyikan nya. heh.

Ewah...boleh plak aku menyanyi kan.
Sebenarnye cani...malam semalam aku mimpi.
Aku mimpi aku nak kene patuk dengan ular.

Hah...kalau mimpi kene patuk dengan ular ape maksudnye kawan-kawan?
--bak kata orang-orang tua, maksudnye ade orang nak masuk meminang ataupun ade orang suke kite.

Tapi masalahnye dalam mimpi aku semalam, dengan tangkas dan hebatnye aku menangkis ular tu dari nak patuk aku. *fuhh...gile hebat rupenye aku dalam mimpi.

So...adakah aku dikire menolak peminangan itu?
*Orang datang meminang pon takde. Bf pon tak wujud. Apetah lagi minang-minang bagai ni.


TAPI

benda yang paling aku nak tau ni, tafsiran-tafsiran mimpi tu memang boleh caye ke?
Macam mane orang zaman dulu sangat hebat boleh menafsir mimpi padahal diorang tak amek cos psikologi ke hape.
Ye...aku tau mimpi tu permainan tidur, tapi kadang-kadang tu rase nak caye jugak benda-benda mengarut macam ni.
Orang melayu kan memang suke caye benda-benda cani. *aku adalah orang Melayu. Timaseh. :)

Atau.....
Mimpi tu cume nak bagitau aku yang aku hebat menangkap ular.
Err...ok saje je.


Kalau betul lah ade orang datang nak meminang aku, mesti best kan.
Rase macam zaman dulu-dulu pulak kene malu-malu duduk dalam bilik bile ade orang tak kenal masuk meminang.
Haih...ayat meminang ni dah ulang banyak kali da ni. *Tahap kritikal dah aku ni. -___-"


Ok la...nak g sambung mimpi semalam tu.
Kot la kali ni ular tu patuk aku sampai berdarah-darah pulak.
*Harap-harap ular tu hensem. Ahah.









Ok bai.



zzzZZZzzz







*perghhh...internet ni memang !#$%^&*(

Sunday, March 13, 2011

Looser.




Kau looser. Kau looser. Kau looser.
*suara-suara latar dalam hati.

Tersangat emo dan sensitif seminggu dua ni.



Orang cakap; "Tiada duka yang abadi"
Tapi kau rasa ke duka aku?

Kau boleh kata tu, kau boleh kata ni,
sebab kau bukan diri aku.

Dalam hidup ni, aku percaya satu,
Kau akan dapat balasan atas apa yang kau lakukan.
Sama ada baik atau pun buruk. Sama ada cepat atau pun lambat.
Lumrah dunia.

Kau mesti dah tak ingat lagi kan macam mana kau buat aku berduka.
Macam mana rupa aku derita.
Sebab kau tengah gembira.

Cuba kalau kau terkena,
Adakah kau akan ingat aku semula?

Aku simpan rahsia kita.
Sampai bila-bila.

Kau dengan dia, sama je...
takde beza.
Kau senyum-senyum la sekarang ye,
Sebab kita tak tau apa jadi dengan kita esok lusa.

Ini bukan untuk kau, kau, dengan kau.
Ini aku perli,
Aku perli kepada sesiapa yang terasa.

Bai....



zzzZZZzzz



Saturday, March 12, 2011

Kenapa MOTOR = LAJU ?


Semalam aku terpaksa pulang dari ofis dengan menaiki motor sebab aku suruh adik aku si lelaki itu amek.
Ye...beliau naik motor.

ini adalah pesalah yang tiada rasa bersalah


Bile orang bawak motor je, mesti laju. *Laju dan berbahaya.
EX5 je pon...tapi bawak macam la aku nak kene hantar tender document.
Aku nak balik rumah je la... -__-"

Dalam hati aku penuh dengan carutan-carutan yang terbaik dalam sejarah.
*mencarut je tau, bukan nak berzikir ke. hish!
Rase nak terkencing je atas motor sambil mengepitkan kaki dengan kuat sebab terlalu TAKUT!!!


Mane tak nye...dok selit situ, selit sini dekat traffic light.
Ape kate kau beratur je belakang kete. Biar la orang nak gelak pon.
Nyawa kau hilang, orang nak gelak ke?


Setiap kali aku naik moto dengan adik aku, mesti aku akan membebel-bebel dekat tempat duduk blakang sambil pukul-pukul badan die macam seorang nenek tua naik motor.
Dalam otak aku time tu aku akan fikir benda yang bukan-bukan seperti contoh;

"Haih...kalau lah brek ni tak makan jap lagi..."
"Ish...kang ade kete rempuh ni kang..."
"Kalau accident bawah lori ni cane ek...?"

Dan orang mesti akan cakap, "Weh...mulut tu jangan la celupar sangat!"

Eh...pandai pulak kau nak cakap camtu kan. Kalau tak sebab otak ni yang fikir bukan-bukan, kalau tak sebab mulut ni yang cakap macam-macam, korang takkan sedar yang korang ni sedang membahayakan nyawa. Nyawa aku bukan harga dua ringgit weh.

Aku bukan doa suruh accident pon sebab aku pon atas moto time tu. Takkan aku nak doa diri sendiri accident.
Tapi aku cume nak ingatkan kalau benda tu jadi, kalau benda ni jadi.
FAHAM!!!


Kepada sume orang yang bawak motor, bawak lah berhati-hati. Korang bawak je la motor tu pelahan-lahan macam pak lebai nak g masjid atau macam seorang atok bawak cucu die jalan petang-petang.
Bawak laju-laju ape korang dapat?

JADI,
ingatlah orang yang tersayang. Semua orang sayang anda.


bawak lah motor dengan penuh ceria! yeay!



hah...kan aku dah membebel-bebel dah ni.




ok bai.



zzzZZZzzz



Wednesday, March 9, 2011

Kay_Are yang baik hati. ^__^


Ini adalah Kay_Are.
Dia budak baik.
Dia peramah.
Dia suka pakai topeng.

Kenapa aku cite pasal die?
Sebab die dah tag aku dalam satu entry jawab-jawab soalan dalam blog die.
Jadi, aku pon rase nak jawab soalan-soalan tersebut.

Timaseh kr. :)

Korang try follow die. Pastu bace entry-entry die.
Siyes best tak tipu wa cakap.
*Kalau rase tak best, sila sepak aku dengan tendangan halilintar.


Ok...aku takde idea nak menaip panjang-panjang lantaran otak terlalu beku sebab lapar.
Ini adalah soalan-soalan tersebut:-


1. Adakah anda rasa anda hot??
-Mungkin hot kalau aku rasa nak masuk neraka.


2. Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang

PHOTO DELETED

3. Cerita pasal gambar
-latest profile picture dalam fb aku. terasa diri sangat looser semenjak dua menjak ni.


4. Bila kali terakhir makan ayam?
-Waktu lunch tadi. Amek ayam je dah harga RM3.20 termasuk air kosong. Mahal gile nak mampos tuan kedai letak harga macam nak terbunuh aku bayar.


5. Lagu terakhir yang anda dengar?
-Sudah tentu lagu "You" dalam blog aku ni. -__-"
*habes sume orang gile lagu ni termasuk 2 orang officemate aku; si Bella dan Mira Kacang yang bukak lagu ni hampir dua juta kali dalam ofis.


6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
-tengah tunggu ibu masak. hah...gile pemalas anak dara sorang ni langsung tanak menolong. Mak mertua tengok pon menyampah. 


7. Selain name sendiri, anda dipanggil ape?
-King sebab nama aku ade Raja. Tapi aku tak suka orang panggil aku nama tu sebenarnye. Jadi, sila jangan panggil kalau tanak kene maki hamun panah petir dengan aku.
Ohh...baru teringat, ade sorang kawan aku si Kancil panggil aku Chibi. Motif? Tanye die. Aku pon tatau.


8. Tag 8 orang



9. Siapakah no 1 anda?
-Kawan baik sampai mati tapi bila dengan aku sangat jahat nak mati! ciss kau Aman!


10. Katakan sesuatu tentang no 5
-Student UIA tercinta. *wehh...rindu nak g kelas! uhuk uhuk...


11. Orang no 3 berhubungan dengan siapa?
-dengan seorang perempuan pelajar UiTM Shah Alam. Pernah menjalin hubungan sulit dengan Aman. hahah


12. Bagaimana pula no 4?
Seorang yang friendly. Pernah cakap entry aku best. Fuhh...terharu. :')


13. Pesanan buat no 6?
-Selamat berblogging. Tak sangka kau pon ade blog. :)
*Jangan cerita pasal perangai buruk aku waktu kecik kat entry kau ek. hahaha~


14. Kata-kata cinta buat no 2?
-Kakak cinta adik. *eeuuuwwww........
Semoga kau GEMBIRA duduk Bangi. wahahaha!


15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
-Mereka berdua adalah wanita. Selamat Hari Wanita!  ^__^


16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no 1
-Designer
-1239 *sila baca entry beliau untuk tahu kisah lebih lanjut.
-Single dan kecewa. hahaha
-PERNAH ada iphone AYAH BAGI tapi terlalu baik hati sedekah dekat pencuri. Tahniah.
-Sekarang pakai henset paling canggih di alam semesta. Camera memang terbaik kalah DSLR. Henset itu adalah NOKIA C3.


17. Persamaan antara kambing dan lembu?
-Boleh buat korban. heheh


18. Perasaan ketika jawab tag ni?
-L...l..la....p..pp...parrr...... :(


19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal?
-Rizman itu pelakon. Pernah masuk Sehati Berdansa dengan isteri die.


20. Gay or les?
-Hai. Saya gay. *sambil menyengetkan kening dengan muke penuh macho, tampan dan kacak.



Woahh....aku dah bau asam pedas weh!!! Gile sedap. Tanpa berfikir panjang dan berlengah lagi, aku harus sign out dan MAKAN!

Bai korang.



zzzZZZzzz






Sunday, March 6, 2011

Mane satu yang halal? Kahwin ke Couple?

Kompang dipalu.....pengantin malu... pak pak pak.... Ewah... Hiyah!

Hah...mestilah jawapan korang KAHWIN kan!
*tibe-tibe je.

Tapi korang pandai jawab je...hakikatnye..... *sambil geleng-geleng pale.



Aku mengaku aku adalah seorang gadis yang mahu, ingin, sangat kahwin awal. Oh...indahnye hidup berkeluarga. *fikiran terawang-awangan sambil diri terbang-terbang.
Tapi setiap kali aku nyatakan hasrat aku tu, jawapan yang biasa aku dengar;

"Kau ni dah gatal sangat ke nak kahwin?"




ini adalah salah satu contoh!



Hah? Nak kahwin tu gatal ke? What the HEKamatra? Oi oi...aku nak buat benda yang halal hokeh. Bukan aku nak buat maksiat tak tentu pasal. Kenapa perlu kate gatal? Habis ibu ayah aku kahwin tu dikira gatal ke? Oh men.... Astaghfirullah....

Tapi cube kalau orang tu dapat boyfren baru ke, upload gambar dengan boyfren or girlfren ke, then orang akan cakap;


"Wah...so sweeeet..."
"Semoga korang bahagia"
"Korang nampak comel"



Kenapa orang tanak cakap;


"Kau ni dah gatal sangat ke nak bercinta?"
"Kau ni dah gatal sangat ke nak tangkap gambar peluk-peluk ape sume?"



*Kerut-kerut dahi sambil buat muka pelik.
Ok...get what i mean or not? Faham tak?
Kenapa zaman sekarang ni orang cepat menghalalkan sesuatu yang haram?
Dunia ini sangat pelik. -____-"


JADI!
Ape yang aku nak sampaikan sekarang ni,
Jangan menghentam niat suci murni orang untuk berkahwin.
Doa kan saja kebahagian orang itu.

*Walaupun aku takde pilihan hati lagi untuk masa sekarang ni. :)
--> suara-suara tambahan: "tak laku la tu." hahahaha.
Takpe...saya tak kisah korang nak cakap macam tu. :')




Kepada yang sedang bercinta, semoga anda cepat berkahwin. Amin Alhamdulillah.





zzzZZZzzz



Saturday, March 5, 2011

AKU SEDIH TENGOK MEREKA...

Sangat busy satu dua hari before ni sebab projek dah nak kene tender! -___-"


Semalam lepas balik dari ofis, aku singgah pegi bank kejap. *Eceh...orang miskin memang slalu kene kuar duit.

Korang semua pon pegi bank kan. So, korang penah tengok tak pakcik makcik yang jual-jual kerepek ke, keropok mony ke dekat depan bank? Takpon orang mintak derma untuk bina masjid ke, sekolah ke. Or, pengemis-pengemis atau peminta sedekah?

adakah ini ayah anda?

Aku memang dari kecik memang tak boleh nak tengok orang-orang tua yang macam ni. Gile sedih macam nak berderai air mata macam hujan sambil nyanyi lagu Sudirman bile tengok diorang ni jadik macam tu.
Aku tibe-tibe terfikir kalau mak atau ayah aku yang jadik macam tu.
Korang tak sedih ke?

MANA PEGI ANAK-ANAK DIORANG?
:'(

Aku pon bukanlah orang kaya jutawan hartawan poket berkepuk dengan duit. Apalah daya aku nak tolong diorang. Setakat singgit dua ringgit yang aku ade ni apelah sangat. Ye, aku tau...IKHLAS lah ketika menderma. Tapi.....aku still rase sedih....

Kalau aku tengok orang-orang macam ni, aku mesti teringat-ingat pasal diorang sampai la aku balik rumah.

Diorang tak makan ke?
Diorang ade rumah tak?
Diorang tido kat mane?
Anak diorang tanak jenguk ke?
Diorang penat tak?

Atau...adakah aku yang melebih-lebih dan sungguh beremosi tatkala berhadapan dengan orang-orang seperti ini walhal mereka biasa je.
Tapi kesimpulannya, aku simpati terhadap mereka.
Aku janji, aku takkan sia-sia kan ibu dengan ayah.
Kakak sayang ibu dengan ayah.


captured by FZart


captured by FZart




Da la...aku nak melayan emosi sedih di hari sabtu ni.
Bai.

zzzZZZzzz




bintang kecik : Fzan, kau ingat tak gambar yang kau send dekat aku thru ym ni sebab kau nak tunjuk art work kau untuk assignment? Aku pakai gambar ni letak kat blog ek.
Timaseh. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top