Monday, September 9, 2013

Sayang, Happy 1st Anniversary!

Today is my very first wedding anniversary. Auwwhh...
Never thought i will celebrate my wedding anniversary yaw.

Lepas kahwin, suami kau bukan lah lelaki yang kau kenal waktu zaman bercinta dulu. Serius.
Tapi secara automatisnya kau akan tahu apa yang dia suka, makanan minuman kegemaran dia, perangai dia, cara tidur dia, dan segalanya pasal dia tanpa sedar.
Live my life with the loved one for a year. Such a bittersweet memories i had.

Will never forget the love story between us.
The first met at my and his bestfriend's wedding. Ikutkan memang aku tak dapat pergi kenduri tu sebab some of my friends yang berjanji nak pergi naik kereta sewa bagai tiba-tiba kata tak jadi pergi. Tiba-tiba aku pulak kena kerja dan kerja tu sangat penting kena siapkan. Tapi disebabkan dah janji dengan kawan baik, kahwin sekali seumur hidup pulak tu so aku kena jugak pergi walaupun naik bas dan kena skip kerja.
Mungkin Allah dah tetapkan yang aku akan bertemu jodoh dekat sana. :'D
So, sesiapa yang nak kahwin sangat tu, rajin-rajin pergi kenduri kahwin. Mana tahu jodoh kau ada menanti.

***Ok. Boleh mula makan popcorn sekarang.***


11 November 2011
Ticket bus confirmed to Alor Setar, Kedah at 9am.
Aku sampai sana pukul 4 petang. Nasib aku sempat tengok majlis nikah Annur. She's sooo beautiful. After akad nikah tu terus peluk-peluk dia and paling penting ajak bergambar. Photographer dia pon panggil suruh pandang camera dia. Oh, mamat ni aku kenal. Waktu pre-wed Annur dengan Ket pon dia yang amek gambar.
Habis je majlis akad nikah dekat masjid tu kitorang bergerak pergi rumah Annur makan-makan. Aku naik kereta dengan kawan Annur, Najwa dan photographer tu pon tumpang sekali. Dalam kereta aku tak banyak cakap pon. Diorang dua je lah bersembang. Ye lah, aku duduk belakang kan. Fineee....
Lepas makan, pengantin kata nak pergi amek gambar dekat Masjid apa tah. So aku pon follow lah sekali sebab aku satu-satunya kawan Annur yg tumpang tidur rumah dia. Takkan aku nak jadi cengkerik kat rumah dia pulak kan. Waktu amek gambar tu aku lah yang kena jaga barang-barang diorang termasuk lah beg camera si photographer tu. Takpe, aku kan baik hati. Hewhewhew.


12 November 2011
Hari sanding Annur Ket.
Dalam pukul 4 macam tu kawan-kawan semua dah beransur pulang. Tinggal aku sorang dengan photographer tu sementara tunggu bas aku pukul 6.30 nanti. Mana aku pergi semua dia ada. Aku bukan nya friendly sangat. Yang dia pulak dok tanya tu tanya ni. Suruh aku pegang camera dia lah macam aku ni bini dia. (Eh, dah jadi bini pon. Haha) Siap offer aku gula-gula dia lagi. Rasuah!
Dalam 5.50pm tu aku dok buat rilek lagi sebab bas aku pukul 6.30 kan. Tiba-tiba dia nak tengok tiket bas aku. Rupanya bas aku pukul 6 tepat hokeh. Kelam kabut dia dengan pengantin hantar aku dekat terminal Shahab. Dalam bas tu aku message Annur suruh balik je dulu tak payah tunggu sampai bas gerak. Annur reply kata Badi yang suruh tunggu and dia kata Badi suka aku, siap tanya id fb aku dekat Annur. Konon-konon nak add aku la tu. Hello, aku dah jadi friends dia dekat fb dah lama kot sebab aku nak tengok gambar-gambar dia. Sampai hati tak perasan. Sedeyhhh.


13 November 2011
Tiba-tiba dapat message from unknown number tanya aku sampai pukul berapa semalam. Rupanya si photographer tu. Dia kenalkan diri dia Buddy. Cheh, nama nak canggih. Aku tau la nama dia Badi'uzzaman Muhammad (ehsan Facebook ;p) Dia cakap dia mintak number aku dekat Ket. Ciss...bedebah punya Ket.
Waktu dekat dapur tu aku cerita la dekat ibu pasal photographer Annur tu tiba-tiba message aku. Boleh pulak ibu layan tanya dia orang mana la, dia belajar mana la, dia kerja apa la bagai. Selama-lama aku selalu dok cerita pasal boyfriend aku selalunya dia taknak layan pon. Tiba-tiba yang ni lain pulak. =.="


14 November 2011
Sedang aku tekun belajar di dalam class (chewahh), Kak Nim hantar message dekat aku kata Badi ada snap gambar aku secara serang hendap waktu kenduri Annur and dia upload gambar tu dekat fb dia. ?!!! Hoish...gila lah mamat ni. Dah sudah. Apahal pulak dia ni.
Aku terus message dia. Heart to heart punya message. Muahaha. Aku cakap kalau nak kenal dengan aku, jumpa ibu dulu. Kebetulan pulak....ada kenduri cukur jambul anak buah aku Khamis ni, aku suruh dia datang. ;p


15 November 2011
Dia message aku. Dia kata dia dah bagitau ayah dia yang dia nak kahwin. Ayah dia kata, kalau nak kahwin, buat tahun depan bulan 8. Haihh...this guy really makes me heart attack la. Kenal apa pon tak terus nak ajak kahwin.


17 November 2011
Hari kenduri cukur jambul.
Dia kata lepas aku habis class, dia nak datang amek aku pergi Bangi. Ohh..ok. (Berani jugak dia ni nak datang jumpa family aku. Abang-abang aku garang hokey)
Punyalah berdebar aku tunggu dia bawah mahallah ni. Ye lah...first time jumpa nak dating kot. Tiba-tiba datang satu kereta bapak-besar-seumur-hidup-aku-belum-pernah-naik-lagi. Sorry jakun. Waktu dalam kereta memang dia macam bawak mayat la kan sebab aku banyak diam. Malu woi! Hahah. Dia pon bawak kereta berhemah gila (sekarang berhemah dia tu dah hilang! Huh). Yang aku ni boleh pulak salah tunjuk jalan. Nak lama-lama dalam kereta dengan dia letteww. Kahkahkah.
Sampai je rumah aku, aku terus biarkan dia. Pandai-pandai la kau beramah mesra dengan abang-abang aku. *evil laugh. ;D
Habis je kenduri tu, dengan beraninya dia bersuara dekat ibu yang dia nak kawan dengan aku. Next time dia cakap dia akan datang dengan family dia. *Ok. Aku terdiam di satu sudut. Berani betul la dia ni.


18 November 2011
Dia bagitau umi dia pasal aku. (Dia cakap, this is the hardest part for him)
Fortunately, umi dia ok. Fuhh...Alhamdulillah.


11 February 2012
Tepat 3 bulan berkawan.
Kitorang decide untuk bertunang. Takde siapa pon orang luar yang tau except kawan-kawan rapat. Itu pon aku bagitau diorang seminggu sebelum nak kenduri. Ye lah, aku buat simple-simple je. Takde pelamin, takde veil, takde baju cantik bagai. Nasib baik ada si Ewa yang jadi tukang mekap aku. Bulu mata Che Ta ke hape memang takde la kan. Aku mekap pon macam mekap nak pergi Low Yat. Hahah. Malu nak jemput ramai-ramai sebab aku betul-betul buat kenduri yg sangat simple. Serius simple.


9 September 2012
Our big day. Yeayy!
We decided to tie the knot.
"Aku terima nikah Raja Noor Etika binti Raja Saad dengan mas kahwin RM300 tunai"
Weeee....dah jadi bini orang woi!
Selalunya orang cakap dari mata turun ke hati. Tapi aku lain sikit. Dari lensa kamera turun ke hati. Chewahh.
Tak sangka pertemuan di kenduri kahwin kawan baik masing-masing dan perkenalan yang cuma beberapa hari ini diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Bertahun duduk satu universiti yang sama, tapi tak kenal each other. (Dia la yang tak kenal aku. Aku kenal je dia)

**************************

Kenapa aku tulis balik kisah cinta aku dengan dia?
Sebab aku taknak lupa setiap momen indah tu.
Ye lah....puting anak pon aku selalu lupa aku letak mana. So, mana lah tau kalau suatu hari nanti aku hilang ingatan ke, boleh aku baca ni hari-hari supaya aku sentiasa ingat lelaki yang bernama Badi'uzzaman.
Keindahan zaman, sesungguhnya hari saya bersama awak sentiasa indah.

Kepada anak lelaki ibu; Khawarizzmi,
Jadilah lelaki seperti ayah. Bila satu hari nanti, Izz ada berkenan dekat mana-mana perempuan, bagitau ibu. Sebab ayah cakap, semua keputusan dalam rumah, ibu yang decide. Sama ada ibu suka atau reject. I'm the boss. Hahahaha.
Bila hati dah berkenan, terus jumpa keluarga si perempuan.
Tak perlu nak bercinta 4 tahun bagai. Nanti pelajaran terabai. ;p

Awak,
Setahun ni sangat bermakna untuk saya.
Walaupun adat rumah tangga ada salah faham, tapi awak yang selalu ke depan and say "I'm sorry"
Thank you for all your love and affection. Thank you for gave Baby Izz as our son.
Setiap kali saya update blog, awak tak pernah cakap awak dah baca entry saya. Tapi saya tahu awak ni pembaca #1 blog saya.
Semoga kita bahagia begini sampai ke tua.
Walau badan saya membongkok, tangan saya terketar, muka saya berkedut, langkah saya perlahan, saya akan tetap sayang awak sampai bila-bila.
Wallahi.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang pertama.
Love you as always.



Awak,
Saya takde duit nak beli hadiah anniversary.
Tapi saya harap ini boleh buat awak happy. :)


Dear Izz,
This is the story how your ayah met me.
Kalau satu hari nanti, ayah atau ibu terlupa tentang ini, cari ia di sini dan ceritakan semula pada kami.
*Based on true story happened on 2011




From your wife,
etika



Saturday, September 7, 2013

Sulking

Sometimes, wifey-and-also-a-newly-mommy also do know how to merajuk.
I can't put a fake smile on the face all the time.
Where's the "love-is-in-the-air" phrase once you have a baby (it might be really worse with BABIES)

There's no more eye contact when talking to each other.
There's no more heart-to-heart talk.
There's no more sitting together on the sofa and watch tv.
There's no more cuddling.
And the list goes on.

I miss the old us.


From your sulking wife that lying on the sofa with baby on her chest right now,
etika



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top