Wednesday, February 9, 2011

Sinar Pagi @ Sinar FM. Korang sembang ape?

On the way pegi ofis dekat Bangsar tadi, bukak la radio Sinar.
Saje je la kan nak rase feel matang sket.
*Hah...kau, tanak sebut tua hokeh. No...no..no..

errkk...gambar pecah ek? hah...tapi korang still boleh tengok lagi kan gambar ni.


Aku pon biarkan la radio tu bergema dalam kereta selama beberapa belas minit.
Mata aku pon terasa bersinar-sinar je macam nak tido lantas hati aku membebel sorang-sorang;

"Ape yang si dj ni merepek-repek? Macam sembang syok sendiri je."
-____-"
*Ini adalah tanda menunjukkan yang aku masih muda remaja.
Hahah.

Tapi siyes weh...diorang ni macam sembang dekat kedai kopi.
Langsung takde arah tuju.
Tibe-tibe je gelak.
Hadeh...
Bukannye diorang ni tak best...senior kot.
Tapi tu la...orang tu nak cakap, orang ni nak cakap.
Serabut telinga haku ni.

Kepada Encik Sinar FM, saya mintak maaf ye.
Tapi saya memang tak faham ape yang dj korang cite.
Langsung tak menceriakan hati umpama astro ceria ni nak pegi keje.
Tapi Encik jangan marah....saya cakap je taw.
Mungkin saya ni yang tak reti nak faham ape yang korang cakap.
Soryy...it's my bad. :(
Kepada makcik-makcik pakcik-pakcik, teruskan dengar Sinar FM ek..

Sebab....orang macam saya ni selalunye tetiap pagi lepas mata terbeliak je dari tido, terus on
RIUH PAGI ERA

Hah...ini siyes best wa cakap lu...


Diorang ade topik nak cite.
Lawak pon kene dengan tempat.
At least aku faham setiap ayat diorang.
Haniff dengan Ray memang TERBAIKK (tanda seruan) la diorang ni.
Hah...sepp sket.
*Papp
Hahaha.
Kalau dapat jumpe diorang, mesti aku asyik tergelak-gelak sampai tonggeng-tonggeng nye la.

Tapi kan, tengah aku google search gambar diorang tadi, aku terbaca plak blog si Syafiq ni. Entry die pasal Can I Help You Mengaibkan.
Ehh...lek lu. Ini mungkin pendapat die. Ada jugak orang yang suke dengan segmen ni contohnye macam aku...hehe. Dan Encik bujal38.
Pendapat aku pasal segmen tu memang sebijik macam Encik bujal38 tu.
*Korang bace la sendiri. ^__^

So, ini adalah pendapat aku je.
Errr...boleh kan aku bagi pendapat?
Pendengar macam aku ni boleh bersuara kan...
Heeee....


zzzZZZzzz


Wednesday, February 2, 2011

Gembiralah kamu selagi mampu. :)

Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang berSUKA RIA.
ewah...chek mek molek. hiyah hiyah...joget lagi sambil lompat bintang.
Hah..kau. Nampak tak betapa GEMBIRA nya hati aku seperti pelanduk dua serupa.
Err...tade kaitan. Ok..cukup.

ouh ouh! Makcik pakcik kakak abang adik atok nenek, saya gembira oh oh oh jeng...
^____^

ini adalah reaksi gembira.

Sebab apa aku gembira?
Sebab....esok cuti!!! Diulangi....cuti!
Sape tak suke dapat cuti kan.
Akhirnya aku tidak dibebani dengan segala kerja yang berlambak sampai terasa nak joget lambak.
Kau bayangkan selama 2 minggu ni aku agak tekun bekerja weh...macam orang gile. Tapi orang gile mane pegi keje.

rasa gembira sampai rase nak terjun bangunan.
Tapi sejak praktikal ni takdela dapat cuti banyak-banyak kan.
Jeles nye aku bile tengok UiTM Shah Alam senyap dan sunyi macam rumah mayat dan burung gagak berterbangan ke sana sini.
Patot la lancar je perjalanan aku nak pegi keje pagi tadi. Rupenye korang sume dah cuti.
Budak UIA sume pon mesti da cuti mid sem kan.
Uhuk---uhuk...rindu nye nak pegi kelas... :(

Oh...lecturer. i miss you bebeh.

Haish...esok nak buat ape ek?
Korek hidung dari pagi sampai petang la.
*Mau kembang hidung aku tak payah nak korek lagi dah.
Esokkk....nak bangun pagi-pagi g pasar beli barang dapur, lepastu basuh baju, sidai baju, menyapu sampah, memasak.
Cheh..cheh...bajet rajin plak aku ni.
Aku rase aktiviti aku yg boleh mengisi masa terluang ialah
TIDO!
ye..itu harus ye kawan-kawan bagi meng'qada'kan keletihan aku before ni.

Bai...nak tido.

*
*
*
*
*
*
*


hahahahaha...semalam kan, tgh aku nak post entry ni di samping banyak lagi benda yang aku nak menceloteh dan mencarut, tibe-tibe abang aku halau aku jap sebab die nak pakai pc ni.
Dengan muke yang masam mencuka yang bau busuk dan rasa tak sedap, aku pon tarik lah muke dan bla masuk dalam bilik.
Die cakap nak pakai SEKEJAP tapi rupenye memang sekejap sampai aku tertido-tido.
Bile die kejut je soh aku pakai pc balik, time tu aku da takde mood hokeh. Ape yg aku mampu taip ialah,
"Bai...nak tido."

 Lantas terus publish.
hoh.

Marah woo semalam.
Da la...aku nak kua g tengok wayang ni.
Ade cite ape yg best ek?

zzzZZZzzz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top