Showing posts with label Kerja Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kerja Kahwin. Show all posts

Saturday, February 8, 2014

PROMOTION: Wedding Photographer

PROMOTION!! PROMOTION!! PROMOTION!!

Good news for all the bridezilla for 2014!
If you are looking for a photographer to capture your memorable moment,
it is EverybodyPhoto!



Sekarang ni diorang tengah buat promotion,
only RM1700 for 2 events
 (only for solemnization + reception on the same day)

Kalau takde promotion, the price for 2 events is RM2300
So, berbaloi kan. Boleh jimat RM600 buat beli katil. Hihihi
 *You can check the price here

Only 5 slots available
So, siapa cepat dia dapat
Serious berbaloi kalau sesiapa nak saving your wedding budget

Go visit their page now at
Facebook page:  facebook.com/EverybodyPhoto
Blog: everybodyphot0.blogspot.com
Instagram: @everybodyphoto
Tengok-tengok dulu gambar diorang
Macam mana style diorang amek gambar, macam mana diorang edit gambar,
kalau rasa berkenan, boleh terus grab!

For more details or
Kalau rasa nak tanya-tanya dulu, or nak dapat free consultation on how to choose your wedding photographer,
or email them at everybodyphoto@gmail.com
Jangan risau, diorang friendly
=)



Tuesday, February 26, 2013

Review: My DIY Door Gift

After so long tak review pasal wedding, now i'm gonna review my DIY Door Gift Bag.It was the simplest thing yg aku DIY dan aku suka.
Tapi family aku bagitau ada je suara-suara sumbang yg cakap;
"Laa...bajet gila bagi macam ni"
Memang perghhhh.......biarlah. Aku tak guna duit dia satu sen pon. Malahan aku bagi dia makan lagi isi door gift tu. Alhamdulillah =)


So guys, ingat tak entry My DIY Door Gift ni?
Ini hasilnya....


Memang tak macam yg aku harapkan since aku sendiri dah takde masa nak buat waktu dah nak dekat kenduri tu. Tapi thanx to adik beradik dengan cousins aku yg dah sedaya upaya membanting tulang buat finishing dia walaupun riben pon tah kemana. Hahaha..
Yg dalam brown paper bag tu, doorgift untuk all the guest.
Dan yg dalam paper bag with pink stripe tu pulak untuk VIP macam family belah lelaki, family mertua abg aku, kawan-kawan rapat dan saudara-mara.
Dalam bag tu mak aku suruh letak makanan so that org akan makan and takdelah membazir orang main buang-buang. Antaranya;
  • Kerepek (beli dekat bandar Klang yg tempat tu mmg khas org beli utk buat kenduri, ada macam2 jenis, 1 pack besar dalam RM15 keatas)
  • Kurma (tempat yg sama beli kerepek)
  • Telur puyuh; ganti telur biasa sebab nampak comel dan senang dimakan..hihi. (beli dekat Atorn, 1000pcs RM300)
  • Kuih tart nenas (kakak ipar sponsor)
  • Gula-gula (maklong sponsor)
Yg membezakan doorgift bag biasa dgn VIP cuma packaging telur puyuh je.
Dalam bag biasa, telur puyuh tu kitorang masukkan dalam bekas telur biasa tu tapi untuk VIP kitorang masukkan dalam small jar yg dibeli di AS Floral cuma 60sen je sebalang. Murah kan...what a great bargain we had. (sorry, dah puas cari gambar jar tu tapi takde)




Semua family aku tersangat lah sibuk waktu malam before kenduri tu.Waktu diorang tgh sibuk-sibuk prepare siapkan doorgift tu, aku tgh berinai waktu ni. Hehe... Tapi takdela buat officially malam berinai pon. Cuma ada 2 3 orang kawan baik aku yg tlg pakaikan, jagakan tangan kaki aku sampai kitorang semua tertido. What a memorable night. ;)


Till the next review...
Semoga mendapat sedikit inspirasi dari DIY doorgift saya yg simple ini.
=)


The-not-so-creative,


Monday, October 22, 2012

Review: SIGNAGE DIRECTION & BUNTING KAHWIN

Today nak buat short review pasal banner & bunting waktu majlis kahwin aku haritu.
I don't have other designer lagi dah selain fqemo and i love all the design he made.

Haritu dia dah buat kan aku punya kad kahwin dan aku sangat berpuas hati.
So, untuk signage direction ke dewan pon aku hire dia untuk buat.



Mula-mula, aku propose suruh dia buat signage macam ni sebab nampak cute gila.
Since nak bg nampak different than real signage jalan, aku suruh buat warna purple sebab colour theme aku kan warna pink purple grey. Tapi ada masalah pasal bentuk dia and macam-macam lagi, dia came out dgn other design yg aku suka jugak.





So, inilah hasilnya. It was soooo different than other signage direction. Tak macam org lain punya. Hehehe.
Then, ini bunting wedding aku pulak.
Aku letak dekat pagar nak masuk dewan.



Aku tak suka sebenarnya bunting yg ada letak gambar aku sendiri. =.=
So, this kind of bunting sangat-sangat simple but nice for me.


Yang sebelah tu abang aku punya. So, it really blends together.
Harga untuk buat bunting dgn signage tadi mmg murah sangat.
Cuma RM3/sqft.
Kalau nak buat, boleh lah contact fqemo.art =)


Hope review ni boleh bagi idea dekat korang untuk buat banner or bunting or signage direction wedding nanti.




Love,








*Have a simple wedding but make it permanently remembered by your guests. =)


Thursday, October 4, 2012

Review: Colour Theme for My Wedding

Salam Khamis guys.. =)

Only short entry for the first review.
Aku cuma nak review pasal colour theme during the wedding reception.

Aku pilih tiga jenis colours which are

GREY + PINK + PURPLE


for the Brides, pakai colour Grey
all the Families pakai colour Pink (tapi tak semua yang akan follow the theme..pfftt)
and the scallops, table clothes dengan pelamin guna colour Purple


Tapi disebabkan wedding ni ada 2 pair of brides, which are aku and abang aku,
So, the other brides pakai warna cream since for them ini cuma kenduri sambut menantu then diorang fikir diorang have to tone down their colour supaya tak menonjol dari aku. Tq. hehe.


For the theme grey + pink tu memang aku dah inspired dari awal lagi.
But for the purple colour, wedding planner tu advice suruh guna colour tu supaya the whole wedding akan nampak lagi menyerlah. For the result, memang sangat cantik dan aku suka sangat.


This one is the colour theme from my wedding to be used as colour inspiration for the other bride-to-be.
Selalunya kita akan nampak gambar from overseas punya wedding je kan. So, i've created one tapi nampak hodoh la. hehe.







And........

This is my happy family =)

Mungkin wedding aku tak se gah orang lain, preparation canggih-canggih, mahal-mahal, siap ada photobooth la, colours cantik-cantik la, plus all the people follow the theme colour.
Tapi this is my wedding. A simple wedding day of mine.
Walaupun nampak macam serabut, tapi aku still terharu kebanyakan family aku sanggup beli baju just to follow the theme sebab aku cuma sponsor baju bride's maids je.
Love u guys =')


So, jangan takut untuk buat wedding anda simple-simple. =)


Pink Lover,










Wednesday, September 26, 2012

I AM MARRIED!!!

Alhamdulillah, i am a wife to my lovely husband.

9.9.2012

Bertempat di Bandar Baru Bangi, aku bergelar seorang isteri. Sangat tak sangka. Relation yang cuma berusia 10 bulan di akhiri dengan pernikahan yg halal. =)

I'm not gonna crap a lot. Just uploaded some pictures of my solemnization and receptions.


The solemnization

Outdoor pictures during Bride's Reception @ Bandar Baru Bangi

Aku nikah pada pagi ahad 9 September dan bersanding tengah hari selepas itu.
After the nikah, kitorang bergambar dengan family then rushed untuk bersiap for the reception.
Dewan tu bersebelahan dengan surau tempat nikah. I purposely do it for one whole day sebab boleh jimatkan masa semua orang. And the most jimat is DUIT.
Selalunya bila orang buat nikah dan sanding pada hari berlainan, for sure people will have to come for both event. Then, sebagai tuan rumah pulak, both event kena ada makan-makan.
So, for that day, after the nikah, ibu aku jemput semua tetamu terus bergerak ke dewan sebelah untuk makan-makan sambil tunggu ketibaan pengantin. Jimat kan. ;)

For more pictures, click here.
Our Official Photographer is Hafizudin Hamdan which is kawan to my husband.
*Looking for an Official Photographer for your big day? You can contact him.
Or EveryBody Photo --> promote husband. hihihi.



Groom's Reception @ Pasir Puteh, Kelantan


So, the next week on 15.9.2012 pulak, we have kenduri sambut menantu ataupun bertandang di Kelantan.
Kenduri tu tak pakai caterer. Cuma gotong royong dengan satu kampung.
Usually, tetamu yg datang akan bawak hadiah kan..tapi dekat sini, they will bring basic necessity macam gula, susu, biskut, beras sebagai hadiah. Dan kitorang dapat sangat banyak barang-barang tu and aku rasa dah boleh bukak kedai runcit satu. Hewhewhew.
The next day, my husband kena bawak aku jalan-jalan bertandang semua rumah saudara dia untuk kenal-kenal rapatkan ukhuwah.
Other purpose dtg bertandang rumah diorang is, diorang akan bagi hadiah untuk pengantin sebab waktu kenduri diorang cuma akan datang utk tolong.
Macam datang rumah orang utk kutip hadiah pulak. It was a really first time for me.
So, pada sesiapa gadis yg akan berkahwin dengan orang Kelantan, prepare baju kurung yg banyak untuk berjalan rumah saudara bakal suami anda. ;p


Things have changed a lot.
Dan aku tersangat bahagia dengan kehidupan sekarang.
Contohnya, suami aku dah panggil suruh tido skang ni. Hahahaha.
Nite peeps.
Please pray for our happiness. Thank you, Assalamualaikum.



Enjoy married life,
*aku akan review wedding dress aku for the next entry yaw.
Happy reading. =)








Monday, August 6, 2012

Dulang Hantaran Nikah

Salam Nuzul Quran =)


2 Hari lepas aku pergi Ipoh sebab nak amek dulang hantaran yang aku dah siap tempah 2 bulan lepas.
Selalunya kita akan keluarkan duit sampai RM200 lebih nak beli bunga, riben and all the stuffs untuk DIY dulang hantaran kan.
Then, kalau kita ni tak kreatif mana, kita akan keluarkan duit lagi untuk tempah nak buat dulang hantaran tu. Selalunya orang akan amek upah dalam RM20 satu dulang. Kalau dah ada 7 dulang, semua sekali RM140.
Its a waste of your money ok.
Masa aku bertunang dulu pon aku DIY sendiri dulang hantaran aku.
Tapi disebabkan takde masa, Mak Long aku kenalkan aku dengan Kedai AS Floral ni.

Dia sediakan khidmat membuat dulang hantaran kita with FOC.
Diulangi: Free Of Charge
Siapa tak suka benda free kan. Hahaha.
Kita cuma bayar untuk dulang yg kita pilih, bunga apa nak letak, renda macam mana kita nak, and semua tu diorang akan tolong buatkan macam design yg kita nak.
Seriusly sangat berbaloi!!! Dan sangat murah ever.

Kalau korang berminat, or kalau korang duduk dekat-dekat Ipoh, boleh lah singgah ke kedai ni.


AS Floral
No. 48, Medan Stesen 19/4, Station 18,
31650 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
email : as_floral@hotmail.com



Cina tu pon memang baik gila. Siap bagi byk free gift untuk aku. Dia bagi bunga, potpouri, and macam-macam lagilah.
Ini dulang hantaran aku:


Macam aku punya dulang hantaran, aku tempah ada 7. Satu untuk sireh junjung, satu untuk letak buah, another 5 untuk letak barang-barang hantaran yg lain.
Semua sekali harga dia RM188. Murah kan. ;)
Kita pon tak payah penat-penat fikir macam mana nak buat, tenaga pon tak keluar. Hehehe.


Yang atas ni pulak dulang hantaran abang aku.
Dia tempah 5 dulang and harga dia RM130.


So, kalau korang rasa tak banyak masa nak buat dulang hantaran sendiri, aku mmg suggest datang tempah dekat tempat ni.
I give 'em 15 out of 10.
Puas hati. ^_______^


Yang akan berkahwin,

*Gambar kedai tadi diambil oleh dia dengan 
menggunakan henfon Nokia bodoh aku.
Mula-mula aku amek gambar biasa-biasa je kot.
Bila dia dah mintak henfon tu, sanggup dia g seberang
jalan nak amek gambar macam tu.
Tau la photographer. =.="


Sunday, July 29, 2012

DIY BUNGA KERTAS for my TABLE CENTREPIECE

Salam Ramadhan,
Tahun ni tahun last aku akan berpuasa dan beraya sebagai seorang anak ibu.
Sebab after raya ni InsyaAllah aku akan bergelar seorang isteri. Hihihi.

So, kali ni aku nak buat tutorial untuk DIY bunga kertas.
Bunga kertas ni aku nak buat untuk table centrepiece nanti. Takdelah meja makan nanti nampak kosong je kan.
Pakai bunga ni is much more cheaper than beli bunga-bunga dekat kedai. Tak kisahla bunga plastik ke, fresh flowers ke. Lagipon aku ni bukan peminat bunga. Bunga ni pon dah cukup cantik bagi aku.
Aku belajar buat bunga kertas ni pon dekat blog mana pon aku lupa. *sorry owner blog yg dah bagi aku ilmu tu. Hihihi

For the first step, you guys pergi kedai kahwin ke, stationery ke, kedai bunga ke, then pergi beli Crepe paper.
After that, korang potong crepe paper yg dah terlipat-lipat dalam plastik tu selebar 6 inch.
Bila korang bukak crepe paper yg dah dipotong tadi, korang akan dapat seperti ini:


Selepas itu, korang lipat dua crepe paper tadi, then potong, lepastu lipat lipat tiga, potong, kemudian lipat dua , potong. Mesti tak faham kan. Senang cerita, crepe paper size kat atas tu tadi lipat dan potong sampai dapat 12 keping crepe paper kecik-kecik. Hahaha.
Macam ni ye kawan-kawan:


Nanti korang akan dapat size crepe paper yg kecik-kecik. So, korang lipat tiga macam ni pulak:


Lepas dah lipat tiga macam tadi tu, korang lipat dua macam ni pulak:


Dan korang kena potong hujung crepe tu tadi bentuk ala-ala bujur. Atau pon orang panggil half elips. Buat sampai lah dapat banyak:


And then, lepas dah dapat banyak, untuk buat sekuntum bunga, korang memerlukan lapan keping yg half elips tu tadi. Susun secara bertindih dan ikat dengan dawai. Kemudian korang jarak-jarak kan dia macam ni:


Lepas dah jarak-jarak kan, korang kembangkan semua crepe paper tu tadi satu-satu kelopak untuk membentuk bunga. Finally, siap la...hehehe:


Mudah sahaja bila dah faham.
Nanti korang boleh lah buat banyak-banyak as the decorations during wedding or e-day korang nanti.
Untuk table centrepiece aku, macam nilah hasilnya. Ini yg belum siap punya. Nanti dah siap aku tunjuk lagi okeh. =)





SELAMAT MENCUBA!






*Ya Allah, another 1month to go. Dup dap dup dap. =P
Yang kurang kreatif,

Saturday, July 7, 2012

Kad Jemputan Kahwin

Ok...my wedding day tinggal lagi 2 bulan lebih je lagi.
Preparations Alhamdulillah goes within the plan.
Selain sibuk dengan preparation wedding sendiri, aku pon sibuk dengan wedding invitation orang lain sekali.
Ye la, mak aku pesan, rajin-rajin kena datang kenduri orang tolong-tolong.
Nanti kita nak jemput orang datang kenduri kita pulak.

So, kalau nak jemput orang, kena ada kad kahwin kan.
Haa...jadi, ni lah kad kahwin saya.

Click gambar untuk design kad


Main idea untuk kad kahwin ni adalah "mudah dan senang difahami"
Generally untuk orang-orang tua macam sedara mara and kawan-kawan mak aku.
Ye la, zaman sekarang ni kan orang dok sibuk buat kad kahwin macam tiket la, passport la, buku la bagai.
Kalau orang-orang muda macam kita ni dapat ok la. Kalau orang tua, tak reti mana nak tengok tarikh ape sume.
So, aku pilih design ni sebab simple. Tak payah nak guna sampul lagi dah.
And it looks classic.


Kad kahwin ni aku tempah dekat fqemo.
Kalau korang nak guna khidmat fqemo, boleh la contact dia thru blog.
Banyak lagi jenis kad kahwin yang dia boleh buat.
Tapi basically, kad kahwin aku ni dia dah design macam kat atas ni guna photoshop, then after dah siap, baru kitorang consult dengan fqemo pasal design and printing.
So, fqemo alter-alter sikit, trace pakai AI, and bawak g printing.
It cost me only RM200 for 500pcs of cards.


Awal bulan depan boleh la start nak distribute kad kahwin.
Hihihi. Tak sabar nak kawen-kawen. =P
Oh..korang dah tengok kan kad kahwin tu. So, automatically you are invited to my wedding.
=)






Yang bakal berkahwin,


*Oh, aku dah mula menjadi wanita bekerjaya.
Semoga aku berjaya.

Monday, May 14, 2012

My DIY Door Gift

Wahh....kurang dari 4 bulan lagi wedding day aku.
Tapi Alhamdulillah most of the thing dah well prepared.
One of it is the doorgift or goodies yg nak bagi untuk semua jemputan nanti.

My doorgift inspired by artchetak

Aku terjumpa waktu google google gambar doorgift yg simple yet looks nice.
So, aku terus jatuh cinta gila dengan doorgift macam tu and decided nak DIY my wedding doorgift.
Banyak kedai yg aku pergi just untuk dapatkan semua stuff nak buat tu dengan harga yg paling murah ever.
Then, this is what i got:


You guys can check it out tempat yg aku beli all the stuffs tu. Tapi kalau ada tempat lagi murah lagi bagus.
Aku kira kurang dari lima posen harga satu beg tu instead kalau kau tempah dekat luar.
Seriously jimat banyak wehhh!!!!

Ini pulak gambar the sample of doorgift aku. Saja nak tengok rupa bentuk dia before aku beli banyak2 terus kan.
The brown paper bag aku buat untuk bagi dekat adults punya jemputan meanwhile the cupcake punya doorgift tu aku plan nak bagi dekat all the kiddos. Nanti aku review doorgift untuk kiddo tu okey!

For the rubber stamp, dia dah design before kitorang nak pergi tempah dekat Achik Printing tu.
But then bila sampai dekat sana, dia mintak yg AI punya file but the design yg kitorang dah buat tu was saved in Photoshop format.
So, sebab aku nak jugak buat rubberstamp waktu tu jugak, kitorang terpaksa tukar design and guna yg dah sedia ada dekat dalam kedai tu.
But the design they have kinda lawa jugak la.

1st design for rubber stamp




Oh, ramai yang tanya kenapa aku buat 2 rubber stamp. Kenapa tak buat sekali je supaya senang nak stamp it on doily paper.
Kau bayangkan kalau buat nama aku dengan nama abang aku skali, rubber stamp tu boleh guna SEKALI SAHAJA untuk wedding ni. Tapi kalau aku buat dua macam ni, rubber stamp ni still boleh pakai lepas kahwin nanti untuk kad raya ke apa. So, takdelah membazir kan.
Hehehe...i am a Quantity Surveyor. =P

For now, walaupun exam dah nak dekat, aku masih gigih stamping benda ni.
Memang adik-adik aku boleh tolong but titik peluh sendiri terasa sangat berbaloi untuk digunakan.
Kadang-kadang aku sanggup berjaga sampai tengah malam buat benda ni dari nak buat assignment. hahahaha.



Regards,
*thank you my lovely fiance yang sanggup buat apa saja yg saya nak.
i love you lah. =)

Thursday, April 19, 2012

Review: Hantaran Bertunang

This entry will review on my hantaran for bertunang 2 bulan lepas.
As i said before, it was really simple.
Aku tak suka sangat hantaran yang banyak-banyak bunga. Lagipon kos untuk beli bunga tu je dah berapa puluh ringgit boleh habis. So, to make it look kinda cute, aku pakai ribbon sahaja.
Aku habis around...less than RM50 untuk beli semua barang-barang hiasan untuk hantaran tu.



 Ribbon = Dalam RM25 
(ada yg aku beli dekat S&J, ada yg aku beli dekat kedai kahwin, the rest tu recycle ribbon lama-lama..hihi)
Bakul = Dalam RM20 
(ada aku pakai yg bakul hantaran abg2 aku dulu, ada yg aku beli dekat DAISO sebab RM5 je. Jimat.)

Dan akhirnya jadilah sebegini rupa.
Maaflah...simple-simple sahaja.



Hope this will be good reference untuk sesiapa yg nak bertunang tapi nak berjimat. (kalau bahasa kasar, tak banyak duit)
Biasalah..aku faham macam mana situasi tersebut. =)
Jangan malu untuk jadi simple.


Yang berjimat,








Saturday, April 7, 2012

Idea for My Wedding Dress

Semenjak dua menjak ni, tangan aku asyik Google gambar-gambar pengantin, like page-page kahwin, tengok dress-dress kahwin, beli majalah-majalah pengantin. Oh....macam ni lah rupanya mood orang nak kahwin. Sampai habis semua assignment dengan dissertation aku terbengkalai macam tu je.

Setakat ni aku dah jumpa dah idea for my wedding dress will look alike. Puas dah cari theme colour, dress style, and aku rasa ni semua yang aku suka. Aku tak payah nak tempah-tempah designer macam artis-artis lain tu. Aku dah ada fashion designer aku sendiri. And she is my MOM. The very talented one and all her jahitan very kemas and selesa.
Banyak save budget bila baju wedding buat sendiri. For QS macam aku ni, cut cost is the main priority. Hehehe.



Wedding Reception


For wedding reception dekat rumah aku nanti, aku nak buat macam design ni. Seriously aku memang minat dress macam ni. Since aku DIY wedding dress sendiri, so, penggunaan bridal lace tu dapat dikurangkan sebab dia cuma pakai dekat bahagian atas dan lengan sahaja.
The other thing yg buat aku mmg suka baju ni is, dia tak nampak kan badan aku sangat disebabkan oleh kain satin yg dah flowy tu. So, segala lemak dan buncit dapat disorokkan. haha.
For the colour, i'd choose GREY. The whole wedding theme tu nanti would be GREY + PINK.
The bride and groom akan pakai the grey colour and my whole family will wear pink colour as their suits.
Untuk blend kan warna aku dengan warna family, aku akan tambah sedikit beads warna pink dekat baju tu nanti dengan Hand Bouquet warna pink.


Majlis Bertandang



Majlis bertandang dekat rumah lelaki pulak nanti, aku selesa kalau pakai simple-simple je sebab majlis tu nanti akan combine dengan majlis kahwin adik perempuan dia. So, i suppose bagi adik dia lagi menyerlah dari aku kan. Tapi masalahnya sekarang ni aku confuse nak pilih design yg macam mana. Before ni aku memang dah berkenan dengan corak yg macam 2 gambar yg first tu. Tapi haritu aku terjumpa pulak yg gambar dekat kanan sekali tu. Sangat cantik kan. Tapi takdelah aku nak buat kain meleret yang macam tu. Buat rugi kain je. So, as to solve the kerunsingan, aku rasa better pergi kedai kain and tengok kain style mana yg lagi murah. Haha.
Tapi, untuk warna tema, dia dah pilih da warna LIGHT BLUE. Ok kan.


Solemnization

Hah....baju untuk ni dah siap beli dah pon. Adik aku yang belikan. 
Terharu. :')
Ibu dah pesan dah siap-siap, baju untuk akad nikah ni jangan reveal lagi dekat pengantin lelaki. It would be surprise for him. Hihihi. Tapi warna dia PUTIH la.


Ohhh...can't wait to see all the dresses siap nanti. Tak sabar nak cuba.
Tq ibu. You are the greatest ever in my life.
Heart you.

Yang dah mengantuk,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top