Monday, May 14, 2012

My DIY Door Gift

Wahh....kurang dari 4 bulan lagi wedding day aku.
Tapi Alhamdulillah most of the thing dah well prepared.
One of it is the doorgift or goodies yg nak bagi untuk semua jemputan nanti.

My doorgift inspired by artchetak

Aku terjumpa waktu google google gambar doorgift yg simple yet looks nice.
So, aku terus jatuh cinta gila dengan doorgift macam tu and decided nak DIY my wedding doorgift.
Banyak kedai yg aku pergi just untuk dapatkan semua stuff nak buat tu dengan harga yg paling murah ever.
Then, this is what i got:


You guys can check it out tempat yg aku beli all the stuffs tu. Tapi kalau ada tempat lagi murah lagi bagus.
Aku kira kurang dari lima posen harga satu beg tu instead kalau kau tempah dekat luar.
Seriously jimat banyak wehhh!!!!

Ini pulak gambar the sample of doorgift aku. Saja nak tengok rupa bentuk dia before aku beli banyak2 terus kan.
The brown paper bag aku buat untuk bagi dekat adults punya jemputan meanwhile the cupcake punya doorgift tu aku plan nak bagi dekat all the kiddos. Nanti aku review doorgift untuk kiddo tu okey!

For the rubber stamp, dia dah design before kitorang nak pergi tempah dekat Achik Printing tu.
But then bila sampai dekat sana, dia mintak yg AI punya file but the design yg kitorang dah buat tu was saved in Photoshop format.
So, sebab aku nak jugak buat rubberstamp waktu tu jugak, kitorang terpaksa tukar design and guna yg dah sedia ada dekat dalam kedai tu.
But the design they have kinda lawa jugak la.

1st design for rubber stamp




Oh, ramai yang tanya kenapa aku buat 2 rubber stamp. Kenapa tak buat sekali je supaya senang nak stamp it on doily paper.
Kau bayangkan kalau buat nama aku dengan nama abang aku skali, rubber stamp tu boleh guna SEKALI SAHAJA untuk wedding ni. Tapi kalau aku buat dua macam ni, rubber stamp ni still boleh pakai lepas kahwin nanti untuk kad raya ke apa. So, takdelah membazir kan.
Hehehe...i am a Quantity Surveyor. =P

For now, walaupun exam dah nak dekat, aku masih gigih stamping benda ni.
Memang adik-adik aku boleh tolong but titik peluh sendiri terasa sangat berbaloi untuk digunakan.
Kadang-kadang aku sanggup berjaga sampai tengah malam buat benda ni dari nak buat assignment. hahahaha.



Regards,
*thank you my lovely fiance yang sanggup buat apa saja yg saya nak.
i love you lah. =)

Thursday, April 19, 2012

Review: Hantaran Bertunang

This entry will review on my hantaran for bertunang 2 bulan lepas.
As i said before, it was really simple.
Aku tak suka sangat hantaran yang banyak-banyak bunga. Lagipon kos untuk beli bunga tu je dah berapa puluh ringgit boleh habis. So, to make it look kinda cute, aku pakai ribbon sahaja.
Aku habis around...less than RM50 untuk beli semua barang-barang hiasan untuk hantaran tu.



 Ribbon = Dalam RM25 
(ada yg aku beli dekat S&J, ada yg aku beli dekat kedai kahwin, the rest tu recycle ribbon lama-lama..hihi)
Bakul = Dalam RM20 
(ada aku pakai yg bakul hantaran abg2 aku dulu, ada yg aku beli dekat DAISO sebab RM5 je. Jimat.)

Dan akhirnya jadilah sebegini rupa.
Maaflah...simple-simple sahaja.



Hope this will be good reference untuk sesiapa yg nak bertunang tapi nak berjimat. (kalau bahasa kasar, tak banyak duit)
Biasalah..aku faham macam mana situasi tersebut. =)
Jangan malu untuk jadi simple.


Yang berjimat,








Saturday, April 7, 2012

Idea for My Wedding Dress

Semenjak dua menjak ni, tangan aku asyik Google gambar-gambar pengantin, like page-page kahwin, tengok dress-dress kahwin, beli majalah-majalah pengantin. Oh....macam ni lah rupanya mood orang nak kahwin. Sampai habis semua assignment dengan dissertation aku terbengkalai macam tu je.

Setakat ni aku dah jumpa dah idea for my wedding dress will look alike. Puas dah cari theme colour, dress style, and aku rasa ni semua yang aku suka. Aku tak payah nak tempah-tempah designer macam artis-artis lain tu. Aku dah ada fashion designer aku sendiri. And she is my MOM. The very talented one and all her jahitan very kemas and selesa.
Banyak save budget bila baju wedding buat sendiri. For QS macam aku ni, cut cost is the main priority. Hehehe.



Wedding Reception


For wedding reception dekat rumah aku nanti, aku nak buat macam design ni. Seriously aku memang minat dress macam ni. Since aku DIY wedding dress sendiri, so, penggunaan bridal lace tu dapat dikurangkan sebab dia cuma pakai dekat bahagian atas dan lengan sahaja.
The other thing yg buat aku mmg suka baju ni is, dia tak nampak kan badan aku sangat disebabkan oleh kain satin yg dah flowy tu. So, segala lemak dan buncit dapat disorokkan. haha.
For the colour, i'd choose GREY. The whole wedding theme tu nanti would be GREY + PINK.
The bride and groom akan pakai the grey colour and my whole family will wear pink colour as their suits.
Untuk blend kan warna aku dengan warna family, aku akan tambah sedikit beads warna pink dekat baju tu nanti dengan Hand Bouquet warna pink.


Majlis Bertandang



Majlis bertandang dekat rumah lelaki pulak nanti, aku selesa kalau pakai simple-simple je sebab majlis tu nanti akan combine dengan majlis kahwin adik perempuan dia. So, i suppose bagi adik dia lagi menyerlah dari aku kan. Tapi masalahnya sekarang ni aku confuse nak pilih design yg macam mana. Before ni aku memang dah berkenan dengan corak yg macam 2 gambar yg first tu. Tapi haritu aku terjumpa pulak yg gambar dekat kanan sekali tu. Sangat cantik kan. Tapi takdelah aku nak buat kain meleret yang macam tu. Buat rugi kain je. So, as to solve the kerunsingan, aku rasa better pergi kedai kain and tengok kain style mana yg lagi murah. Haha.
Tapi, untuk warna tema, dia dah pilih da warna LIGHT BLUE. Ok kan.


Solemnization

Hah....baju untuk ni dah siap beli dah pon. Adik aku yang belikan. 
Terharu. :')
Ibu dah pesan dah siap-siap, baju untuk akad nikah ni jangan reveal lagi dekat pengantin lelaki. It would be surprise for him. Hihihi. Tapi warna dia PUTIH la.


Ohhh...can't wait to see all the dresses siap nanti. Tak sabar nak cuba.
Tq ibu. You are the greatest ever in my life.
Heart you.

Yang dah mengantuk,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top