Sunday, January 30, 2011

KEHIDUPAN YANG SIA-SIA DI HARI AHAD


LEBIH KURANG MACAM NI LA MUKE AKU KAT RUMAH HARINI.
Eh...tercapslock plak. hadeh la..
Tapi aku takdela pakai skirt macam budak perempuan ni.
Aku pakai baju kurung ala-ala zaman penjajahan Jepun waktu duduk rumah. Baru style.
hahah.
Ok..tak lawak. Tak payah gelak.

Harini aku buat ape je kat rumah ek?
Rase macam sia-sia je kehidupan aku harini.
Bagai melukut di tepi gantang.

!#$^*&)(*(^$#$%0

Weh...bosan weh!
Tolong aku!
Tolong joget depan aku. Bagi aku gelak pon da syukur Alhamdulillah.


Haish...takde ke kawan-kawan aku nak ajak kua harini?
Weh...korang da lupe dekat haku ke?
Henset aku langsung tak mengeluarkan sebarang lagu indah seperti nyanyian M.Nasir ataupun M. Daud Kilau.
Yang ade hanya lah bunyik katak sebab tengah hujan dari pagi tadi sampai la skang.
errkkk...hujan?
Hadeh..kalau dapat tido ni best ooo..
Pastu guling-guling dalam selimut.
Wahhhh.....indahnya dunia saya.
Tapi malangnye aku ade keje nak buat...malas gile.
Hari Ahad pon buat keje jugak. Dah macam pekerja bangla.
Takde ke ubat rajin ade jual dekat uptown ke, pasar malam ke.




Mak aihh...bosannye!
Aku da ulang ayat bosan ni banyak kali da.
Ini menunjukkan yang aku tersaaaaangat lah bosan sampai rasa nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding.

Hai kakak, pakcik makcik, abang, adik,
KORANG TAK BOSAN KE?
Mehla datang rumah saya minum-minum kopi sambil joget lambak.
Lepastu kite main polis entri ke, main pondok-pondok ke, nenek-nenek si bongkok tiga ke.
Hah kau..sumenye permainan zaman dulu je aku bagi. hahah.
Aku memang outdated.



Ini adalah 18sx. Dont do this at home.


Bila kepala otak dah tatau nak tulis ape, jadi marilah kite tido di dalam tong sampah nescaya kita akan berjaya di dalam kerjaya.
Ok..merepek macam haram.
Bai.



zzzzZZZzzzz



Tuesday, January 18, 2011

KERANA DIA ADALAH SAFINA

Hai korang, hai pakcik, hai makcik, hai kakak abang adik.
Meh sini saya nak cerita.
Harini aku tidak akan mengarut merepek meraban seperti selalu.
Aku akan kenalkan korang dengan seorang model bernama Safina.

Kerana dia adalah Safina.
Dia bukanlah blogger famous amous ke, pemain tennis dunia ke, anak Anita Sarawak ke.
Safina adalah seorang model yang menjadi Sumber Inspirasi kepada seorang designer; fqemo.
*Bukan Inspira, mahupun Alza atau Naza Kiah. (ok..merepek kejap. syhhh!)

Kenapa aku buat entry pasal perempuan ni?
Sebab dia adalah model yang bukanlah seksi, hanya menjadi diri sendiri.
Yang pasti, dia sangat comel.

Ok korang..kenalkan, ini Safina.
*Ok Safina, salam semua orang cepat!

Kembang kau hidung die bile tau aku nak cite pasal die.


Hah...inilah budak hingusan berwarna hijau yang kuat kentut dan ikut je sume perangai tak elok ayah dia.
Kalau tak, cite Adamaya tu budak ni yang dapat offer, tapi tu lah, schedule dah full sangat shooting sana-sini kan. Tu yang pass kat kawan baik dia tu, Mia.
(Ok..itu tipu)

Pernah la jugak aku berblogwalking, terbaca entry-entry pasal manusia bawahan umur dan masih hingusan ni kat blog-blog mereka.
Contohnya blog Cik Epal cerita pasal si Baby Mason, Fatin Liyana cite pasal adik dia, and the latest one is Elia (ala..yg awek Khairul Fahmi tu) pon cite pasal adik die jugak.
So, aku pon nak jugak la cite pasal si model cilik yang minum susu Snow baik untuk kesihatan, minda dan otak ni.



NAMA : Safina Fendy
UMUR : Setahun jagung
ASAL : Bandar Baru Bangi
TEMPAT LAHIR : Manchester United
NAMA AYAH : Zamani Slam
NAMA IBU : Lisa Surihani
HOBI : bersukan, mengumpul setem, online facebook.
MAKANAN KEGEMARAN : semua benda yg boleh masuk mulut
MINUMAN KEGEMARAN : Susu Snow
WARNA KEGEMARAN : Kuning

Ok...kenapa warna feveret die kuning?
Ini kerana ayah die dah tetapkan warna pilihan untuk die.
Semua barang-barang permainan die sume warna kuning.
*Jangan tanya aku kenapa sebab aku tatau ape dalam otak seni ayah die.

Sangat buas, nakal, dan sebagainya yang 18SG.
Luaran perempuan, tapi hati lelaki.
Mudah terpengaruh dengan orang sekeliling.
-Pernah sekali tu dia tengok je kitorang main game dance yg pakai mat tu. Esoknya terus die pon merengek-rengek nak joget atas mat tu. haih.-
Berjiwa kental. Tabah menghadapi segala rintangan dan halangan.
Berperangai pelik.
-ajaran dari ayah dia-


video
gile kan budak ni boleh buat macam ni.

Tapi kadang-kadang dia sangat mendengar kata.
Akan menjadi seorang yang sangat lah baik bak bidadari kalau mak ayah die pegi keje.
-Itu time kalau nak pukul-pukul die pon boleh. Tadak hal la.-
Tersangat lah bijak macam Sang Kancil dan Arnab.

video
muka bosan je test-test baju. ciss kau budak.

Suka naik kereta dan duduk di bahagian pemandu sambil main wiper kereta.
-hamboih..kecik-kecik lagi dah nak jadik minah kereta-
Paling latest keajaiban dia adalah, gemar tangkap gambar. Dia tau je orang nak tangkap gambar dia. Dia mesti akan duduk diam dan tersenyum.


BILA SI CILIK BERHADAPAN LENSA


Ana Raffali wannabe - gitar bertukar jadik kerepek pisang

Lagenda Budak Setan - bila dah degil sangat, inilah jadinya

Waktu shooting video clip Cinta Pantai Merdeka

berpijama untuk shooting cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah

On the way pegi sekolah - Shooting untuk cerita Qalesya musim baru


Actually, banyak lagi gambarajah, peta minda, fotosintesis budak ni. Mau meletup Encik DELL aku sebab simpan gambar budak ni. -__-"
Tapi kalau korang rase nak tengok gambar die lagi banyak, korang add la die dekat FACEBOOK beliau sendiri.
Hah..kau ingat budak kecik tak reti online ke hah?
Insya Allah, kalau ade mase, beliau akan melayan peminat-peminat beliau.
Kalau tak pon, korang follow je BLOG fqemo sebab dia adalah fotografer peribadi Cik Safina dan slalu hapdet dan mengedit gambar-gambar Safina.

Maka, satu perasaan mengantuk mula bertandang ke sanubari dan satu penguapan telah berlaku.
Jadi. aku terpaksa menghentikan jari-jemari aku untuk terus menari-nari di atas papan kekunci ini.
Amin Alhamdulillah.

Bai semua orang.
Makcik nak tido dulu ye.

zzzZZZzzz


Wednesday, January 12, 2011

Kepala Otak Berdarah-darah!!!


Sekawanan yang menawan tertawan melihat si lawan berlawan dalam perlawanan dengan Degawan lantas melawan si perawan yang hilang kawalan.
Ok...merepak lagi.
Eh eh..salah taip. MEREPEK ye. Keyboard ni ada banyak A pulak.
-__-"

Apabila kepala otak mula mengeluarkan gas asid hydromina H20 CH00H4, maka tercetuslah satu coretan yang sangat tidak bernilai harga nya walaupun dijual di Kedai Runcit Pak Ali dan Anak-anak.
Mata pula mula mengalami kekejangan otot yang sangat serius lantas mengeluarkan cecair yang dirembeskan oleh pemejalwapan yang terjadi dalam penyejukbekuan otak dan menghasilkan darah.
Ok..satu introduction yang sangat menjelaskan ketidak stabilan minda di ketika ini.
JANGAN BACA JIKA TIADA MASA!

Kenapa otak saya boleh berdarah?
Ini kerana kerja saya yang sangat banyak.
*Baru praktikal je weh..dah mengeluh.
-Korang rasa sendiri la apa yg aku rasa baru boleh komplen banyak-banyak keyh!-



Ini Arkitek.

Dia melahirkan muka yang gembira apabila berjaya men'design' satu bangunan yang cantik serta penuh dengan estetika.
Jadi, SENI ITU PERLU!



Ini pula Engineer.

Mereka ini harus membuatkan bangunan pelik-pelik yang direka itu kukuh dan selamat untuk diguna pakai oleh manusia, haiwan, binatang, dan sebagainya.
Jadi, STRUKTUR ITU HARUS!



Ini pula QS yang stress.

Lantak korang la nak seni ke, nak struktur gagah perkasa ke, korang gaduh berdua je la. Kenapa nak menyusahkan QS? Haih.. penat weh.
Korang punye pasal, QS yang stress.

Arghhh!!!! Deadline hari Jumaat ni.
Tapi banyak lagi aku tak siap.
I really am going to death.
Terasa mahu menari-nari dan berjoget lambak sambil makan Cloud9.

Nyah kau si pemalas.
Jangan kau menggoda aku seperti seekor MakNyah yang ingin menarik perhatian pelanggan nya.
Mana si rajin?
Come to mama my bebeh oh yeah!

Hoi Etika!
Pegi buat keje la. Keje kau banyak lagi. Suke kau je nak menghadap PC ni main internet.
Sekurang-kurangnya nanti kau boley claim OT. hikhik.

JADI!
Etika harus membuat kerjanya!
Selamat malam...
~Seeelamat malammm...tidurlah, sayangkuuu..uuuuhhh...
Siang kan tiba bercahaya....lalala~
*Tatau lirik.

Babai makcik pakcik kakak abang sume.
Muahh...ailebiu.

zzzZZZzzz

eh..jangan tido! Buat keje!
Ok..GO!

dhurrr~


Tuesday, January 11, 2011

Ironi si renyuk itu!

Mata sudah berkelip-kelip.
Mulut sudah menguap.
Tapi masih ada satu lagi hal yang perlu diselesaikan malam ini jugak!
Tidak boleh berlengah lagi.
Jika tidak makin jadi parah.
Ye...aku perlu berbuat sesuatu.

Kenapa ia harus berlaku kepada aku?
Setiap hari, setiap masa.
Kecuali pada hujung minggu.

Hey..kau tahu tak kau itu beban kepada aku?
Beban yang berganda-ganda berat dari seekor anak gajah.
Kenapa kau tak sedar?
Arghhh!!!! Benci! Benci!



Dari aku memekak membuat bising sambil jari menari-nari di papan kekunci ini, lebih baik aku mencapai si punca itu dan meregangkan segala kekusutan ia.
Baiklah...akan ku lakukan jua demi menjaga masa tidur ku esok pagi.


Warghh...mengantok gile weh. Kalau aku tak iron baju aku malam ni, esok aku kene bangun awal sket dari biasa.
hoish!

** Si rabun mengarut lagi untuk kesekian kali pada hari ini **
Jangan ditahan si jari itu untuk menaip apa yang ingin disampaikan oleh minda.

zzzZZZzzz

Monday, January 10, 2011

TOLONG INGATKAN AKU!

Ouh ouh....kenapa dan mengapa beliau menang?
Aku suke lagu tu..suke sangat.
*Sebab ada Zahiril Adzim. hehe.
Tapi tapi tapi...Suara Black dengan Faizal Tahir lagi best. Lagu diorang pon best.
Uhuk uhuk..merajuk dengan AJL. Tanak tengok lagi dah tahun depan.
Wuwuwuwu~




Ahh..kecewa lemah longlai terasa mahu tido tanak bangun-bangun.
Ape kene-mengena?
Biarlah..
Adat pertandingan. Ada kalah ada menang.
Sepatutnya Khairul Fahmi yang menang.
Sedap die nyanyi lagu Enjit-enjit Semut tu.
Ok..aku dah mula mengarut terkarut berkerut sebentar.

Tolong Ingatkan Aku,
esok pagi aku harus bangun untuk pergi keje.
Tapi terasa malas.
Boleh tak aku nak cakap dekat bos;

"Bos, saya tak dapat datang keje sebab Ana Raffali menang AJL. Harap Bos faham."
*petikan dari status facebook Si. Otak. Bulat

haih...pergilah malas. pergilah pergi.
Esok saya mahu keje.
Saya harus bangun pagi.
Saya harus jadi pekerja berETIKA kerana saya adalah ETIKA.

Amin Alhamdulillah.
Ok..bai bai bai.
zzzZZZzzz

*psstt : Hai Encik Zahiril Adzim saya minat awak. Eh..maksud saya, saya minat lakonan awak. :)


Saturday, January 8, 2011

5 Sebab Saya Tak Suka Practical Training.

Pekerjaan yang paling berjaya.
Perlu ke Practical Training ni dekat setiap Universiti mahupun Universitas?
Ye..aku tau jawapan korang pastilah
PERLU la mangkok!

Tapi....
Kau tau tak bekerja itu sangat lah letih.
Bagai aur dengan tebing.
Seperti rusa masuk kampung.
Macam kera kena belacan.
*BM aku failed ye time SPM dulu. Mintak maaf cikgu BM. heee...
Hari-hari perasaan letih akan menguasai diri aku macam gajah yang dihempap ke atas badan aku ni.
Jadik Makcik Cleaner lagi best.
Tak payah nak berpractical bagai ni.

Rupanya dah genap 4 minggu aku berPractical Training.
Kadang-kadang rasa best weh sebab aku rasa macam aku ni seorang wanita bekerjaya yang sangat hebat sambil memandu kereta VIOS dan sering nampak sibuk dengan meeting dan appoinment dengan client tapi masih tetap bergaya.
Ching... *bunyi mata aku bersinar.

Tapi perasaan yang tu kadang-kadang je.
Yang selalu-selalu tu aku rasa tak best!!!
Diulangi..TAK BEST!
Antara faktor yang menjerumuskan aku kepada ketidak bestan itu adalah;



1. Bangun Pagi.


Bangun pagi, gosok gigi, bla bla bla...
Hah..kau nampak pukul bape aku bangun tu.
Pada aku, tido itu emas.
So, memang menangis la aku tetiap hari nak bangun pagi. Rase macam nak jadik bos je. Boleh datang lewat sket.



2. Baju.


Sebagai seorang yang bekerjaya, baju haruslah dipilih dengan teliti agar sentiasa nampak kemas dan anggun malah jelita.
(Orang hodoh seperti aku saja yang harus memikirkan soal itu)
Dah lah amek masa berfikir nak pakai baju ape untuk esok, lepastu kene iron pulak lagi. Penat berganda-ganda macam kene tembak dengan Pakcik Musa Hasan.
-.-"



3. Kerja kerja Am.


Sudah terang lagi bersuluh yang kita ni datang dekat company tu nak belajar.
Nama pon Trainee.
Tapi...perghh, keje keje am tu kadang lagi banyak.
Aku rase aku amek cos lain. Takde pulak la aku amek cos printing ke, hantar surat ke, tolong pas duit AVON dekat staff lain ke, tolong beli karipap ke, tolong bayar duit parking ke. Haih...
*Aiyok..aku mengeluh. Berdosa. Buat keje tak ikhlas.
Ok..aku cume terfikir je, kenapa sume budak-budak Trainee harus dibuli sebegitu rupa.
Mengapa oh kenapa.
Sungguh kejam ouh ouh!



4. Overtime.


Ok...bila dah kene buli dekat office, keje pon tertangguh maka keje-keje tersebut harus dibawa pulang ke rumah untuk mengejar deadline ye kawan-kawan.
Jadi, penat telah dikuasa dua kan bersamaan dengan gila meroyan macam baru hilang anak.
Tapi macam aku ni, rajin gila bawak balik keje. BAWAK BALIK saje la. Buat nye sket je. Hahah.



5. Working Environment.


Woah....bile staff sume agak membina jurang dengan trainee, maka suasana kerja pon jadi sangat sangat sangat tidak best. 
Kenapa kau nak blagak sangat? Macam before ni kau tak pernah jadik trainee je.
Baru jadik staff je kot. Bukan BOS!
Tapi kat tempat aku sume staff ok je.
Aku saje nak hyperbola cerita.
Hahah.

Ok...aku pon da mengantuk. Dah penat nak mengarut.
Semenjak keje ni aku rajin tido awal. Macam budak kecik je nak kene tido yang cukup.
Bak kata orang,
"Tak remaja la tido awal!"
Aku dah cuba sedaya upaya yang termampu untuk berjaga pada malam Sabtu yang indah ni tapi apakan daya mata berjaya menundukkan keegoan itu.
Jadi, selamat malam dan terima lah kasih kerana membaca entry yang tahpape ni.
*Bosan tapi nak menaip jugak.

zzzZZZzzz



Wednesday, January 5, 2011

Hoi! Jangan baca entry ni!

Si gelabah tiada diea untuk letak title entry.
Hah..nampak. Saya tesalah taip. IDEA ye kawan-kawan. Bukan diea, mahupun daia. Malas nak betulkan.

Sebab apa entry ini wujud?
Adakah sebab lapar?
Adakah sebab mengantok?
Adakah sebab gila?
Adakah sebab sewel?
Adakah sebab seteres?
Tettt...jawapan anda salah.
Sape yg memberikan jawapan?
Hoi si gila merepek merapu meraban.
Ape kau taip ini hah?
Tatkala penat baru pulang dari ofis, sume jadi serba tak kena.
Itu Ini tiada destinasi.
Biar lah aku buat entry ni.
Aku tau tade sape bace.
Kejap AKU, Kejap SAYA.
Mane satu?
Ahh...tensyen.
Kemengarutan mula bangkit dari phoenix.





Kenapa saya nak tulis jugak entry ni walaupun takde idea?
Cacat.
Bangkitlah kamu dari kerusi itu.
Pergilah mandi nescaya air sejuk itu akan membantu menghilangkan seteres kamu.
Si busuk ini harus mandi segera.
Perlu.
Tangkas.
Segera.
Come on bebeh.
You can do it. ;)


Jadi kawan-kawan, saya mahu mandi.
Yeayyy!!!
Babai babai babai.


zzzZZZzzz


Saturday, January 1, 2011

2010 YANG TAK BEST!

Babai 2010 yang  menyedihkan dan sadis dan tak hensem dan merana dan meraung dan sumenye yang tak best.
Hai 2011. Saya harap awak lagi hensem dari 2010 ye...ye...
Hah...kenapa aku cakap 2010 aku tak best? Banyak sangat benda yang jadik dekat aku sepanjang 2010 ni. Dan...YEAY! Aku gembira 2010 sudah berakhir. Nenong nenong...wiuwiuwiu...piwit...kebabom... Ok...itu da mengarut ye kawan-kawan.

Kenapa aku tak sambut New Year? Aku masih lagi berblogging di kala semua orang sibuk tengok bunga api dan sebagainya. Antara sebab aku malas nak sambut New Year :

1. Jalan-jalan raya akan sesak begitu juga dengan nafas aku yang akan sesak.
2. Bersesak-sesak untuk tengok bunga api je lepastu habeskan segala suara untuk jerit "SELAMAT TAHUN BARU!"
*ape aku dapat kalau aku buat macamtu ek?
3. Mak aku marah aku keluar malam g sambut New Year sebenarnye. Hahaha.


Ok...just jump to the main story je la ye. Kalau tulis entry panjang-panjang pon InsyaAllah takde orang bace kan kan... hahah. Aku kan tak femes macam blogger-blogger hebat yang lain. *Aku mane reti berblogging sebenarnye weh. :(
Banyak pencalonan yang aku dah buat senarai hitam untuk kategori
MY WORST 2010
Antara calon-calon nya ialah.......................................................................
jeng jeng jeng............................................................................................





































1. DITINGGALKAN KELUARGA


DELETED





2. DITINGGALKAN BOIFREN

Jeng jeng jeng...hah...kesian kan aku bile kene tinggal boifren. ahah. Itulah namenye jodoh tak panjang. Nak buat macam mane.

PHOTO DELETED

Maybe aku tak boleh jadik perempuan sopan macam yang die nak. Itsoke ye kawan-kawan.
*hah...nampak. Aku malas nak komen panjang-panjang pasal cite ni. wuwuwuwu...SEDIH lagi. :'(





3. NOTA DARI SEORANG RAKAN

Tahun 2010 juga aku telah berperang dan bergaduh lantas berlaku kejadian tembak menembak di antara aku dengan 2 orang kawan aku. Hah...ganas tak aku? Heheh. Asal berlaku pergaduhan ni adalah kerana punca yang sangat la kecil. Tapi biaselah manusia, sume nak menang. Ye..aku memang nak menang! woah. hahaha.


Ini kawan pertama yang aku telah bertikam lidah. Semuanya gara-gara FACEBOOK. Yeah...kite boikot Mark Zuckerberg! *err..betul ke eja nama die macamtu. hahaha.
Imej di atas adalah ayat yang die tulis dalam fb untuk aku.
Tapi sumenye misunderstanding ye. Disebabkan keegoan yang menebal dalam diri masing-masing, maka aku dan die buat bodoh saja dan dah tak rapat macam dulu.





Ini kawan aku lagi sorang. Ape yang aku print screen ni hanya suku je kata-kata yang die hamburkan kepada aku dalam FACEBOOK. *fb lagi. hoh.
Kalau aku nak print screen banyak-banyak kang, buat penat aku je. Lagipon takkanla aku nak memalukan die sangat kan. Die ni ade sejenis penyakit yang dikenali sebagai Bipolar Disorder. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila tekan link ini.
Pelik betul dengan perangai die. Die akan serang kawan-kawan yang agak rapat dengan die dan mewujudkan cerita-cerita yang sangat tidak munasabah dan munasarawak.
Korang bayangkan, aku agak rapat dengan die. Satu geng weh. Tibe-tibe die cerita pasal aku macam-macam. Haih...
Semoga die berbahagia sekarang. Sory weh aku cerita pasal korang dalam blog aku sebab aku terharu korang sanggup buat macamni dekat aku. wuwuwuwu...SEDIH jugak. :'(





4. SUAMI ORANG

Fuhhh...jahat tak aku kacau laki orang? Hoh... Aku bukan kacau ye. Tapi...tapi...hah, ape yang kau tapi kan? Tak reti jawab? Padan muke aku.
Actually beliau adalah kekasih aku zaman purba kala. Then die ade problem dengan isteri die, so kitorang TERcontact balik. hah...nampak TER kat situ. Itu bermakna kejadian ini sangat tidak disengajakan. Entah macam mane, boleh TERsayang balik dekat die. Aiyok...
Tapi masing-masing da besar, da pandai fikir sendiri. Die ade keluarga sendiri. Buat ape aku nak kacau kan.
Lantas, kami pon berpisah lagi untuk kali yang kedua.
Mungkin aku ni memang tak berjaya dalam karier cinta. wuwuwuwu...SEDIH sangat. :'(





5. MOHD DELL SAKIT

Haish....baru bape tahun aku hidup dengan Mohd Dell aku ni. Rasenye baru 3 tahun lebih or 4 tahun macam tu la. Tapi tahun 2010 ni da bape kali die jatuh sakit. Mula-mula batery tak tahan. Mane tak nye, setiap kali aku pakai laptop aku akan pasang charger die skali sampai die kene bergantung hidup dengan charger je. Serupa macam aku pakai PC je la. -.-"

Mohd Dell ni jugak pernah kene serangan virus yang terlalu kuat sampai orang tanak la masuk pendrive diorang kat laptop aku. hahahaha. Aku penternak hokeh.
Aku ni pon bukanlah reti sangat bab bab komputer ke hape. Aku tau pakai je. hehehe.


Hah....kau nampak cooling fan aku macam mane. Hahahaha. lol. Old skool bukan. At first aku pon macam orang lain jugak pakai cooling fan biase-biase tu. Tapi bile panas sket, DELL ni akan terpadam. Aku geram aku hamek la kipas besar gedabak ni. Tah sape punye tah aku jumpe dalam rumah ni. Memang kuat weh angin die. DELL aku memang ngam la ngan die. Tak penah tepadam da lepas pakai kipas ni. Tapi lately ni DELL aku still terpadam jugak. Tadi baru je terpadam. Bencik betol aku kene on DELL balik. Kenapa ek jadik camni? Korang tau tak? wuwuwuwu...SEDIH sikit. :'(


Ok..inilah list TOP 5 aku yang sangat menyayat hati sepanjang tahun 2010. Korang nak tau ape azam aku 2010? Korang tanak tau pon aku bitau jugak. Aku berazam nak kawen on that year. Hah..gatal kan aku. hahahah. Hampir-hampir nak tercapai azam itu tapi apakan daya, memang aku ditakdirkan tak boleh kawen lagi.
Jadi, azam tahun 2011 ni aku berazam tak nak berazam lagi sebab aku susah nak capai azam aku tu. Sia-sia je aku pasang azam nanti.

Kepada para blogger sekalian, ape azam korang tahun ni? Wish u guys have a blast in 2011! Yeayy!
zzzZZZzzz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top