Hai 2011. Saya harap awak lagi hensem dari 2010 ye...ye...
Hah...kenapa aku cakap 2010 aku tak best? Banyak sangat benda yang jadik dekat aku sepanjang 2010 ni. Dan...YEAY! Aku gembira 2010 sudah berakhir. Nenong nenong...wiuwiuwiu...piwit...kebabom... Ok...itu da mengarut ye kawan-kawan.
Kenapa aku tak sambut New Year? Aku masih lagi berblogging di kala semua orang sibuk tengok bunga api dan sebagainya. Antara sebab aku malas nak sambut New Year :
1. Jalan-jalan raya akan sesak begitu juga dengan nafas aku yang akan sesak.
2. Bersesak-sesak untuk tengok bunga api je lepastu habeskan segala suara untuk jerit "SELAMAT TAHUN BARU!"
*ape aku dapat kalau aku buat macamtu ek?
3. Mak aku marah aku keluar malam g sambut New Year sebenarnye. Hahaha.
Ok...just jump to the main story je la ye. Kalau tulis entry panjang-panjang pon InsyaAllah takde orang bace kan kan... hahah. Aku kan tak femes macam blogger-blogger hebat yang lain. *Aku mane reti berblogging sebenarnye weh. :(
Banyak pencalonan yang aku dah buat senarai hitam untuk kategori
MY WORST 2010
Antara calon-calon nya ialah.......................................................................
jeng jeng jeng............................................................................................
1. DITINGGALKAN KELUARGA
DELETED
2. DITINGGALKAN BOIFREN
Jeng jeng jeng...hah...kesian kan aku bile kene tinggal boifren. ahah. Itulah namenye jodoh tak panjang. Nak buat macam mane.
PHOTO DELETED
Maybe aku tak boleh jadik perempuan sopan macam yang die nak. Itsoke ye kawan-kawan.
*hah...nampak. Aku malas nak komen panjang-panjang pasal cite ni. wuwuwuwu...SEDIH lagi. :'(
3. NOTA DARI SEORANG RAKAN
Tahun 2010 juga aku telah berperang dan bergaduh lantas berlaku kejadian tembak menembak di antara aku dengan 2 orang kawan aku. Hah...ganas tak aku? Heheh. Asal berlaku pergaduhan ni adalah kerana punca yang sangat la kecil. Tapi biaselah manusia, sume nak menang. Ye..aku memang nak menang! woah. hahaha.
Ini kawan pertama yang aku telah bertikam lidah. Semuanya gara-gara FACEBOOK. Yeah...kite boikot Mark Zuckerberg! *err..betul ke eja nama die macamtu. hahaha.
Imej di atas adalah ayat yang die tulis dalam fb untuk aku.
Imej di atas adalah ayat yang die tulis dalam fb untuk aku.
Tapi sumenye misunderstanding ye. Disebabkan keegoan yang menebal dalam diri masing-masing, maka aku dan die buat bodoh saja dan dah tak rapat macam dulu.
Ini kawan aku lagi sorang. Ape yang aku print screen ni hanya suku je kata-kata yang die hamburkan kepada aku dalam FACEBOOK. *fb lagi. hoh.
Kalau aku nak print screen banyak-banyak kang, buat penat aku je. Lagipon takkanla aku nak memalukan die sangat kan. Die ni ade sejenis penyakit yang dikenali sebagai Bipolar Disorder. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila tekan link ini.
Pelik betul dengan perangai die. Die akan serang kawan-kawan yang agak rapat dengan die dan mewujudkan cerita-cerita yang sangat tidak munasabah dan munasarawak.
Korang bayangkan, aku agak rapat dengan die. Satu geng weh. Tibe-tibe die cerita pasal aku macam-macam. Haih...
Semoga die berbahagia sekarang. Sory weh aku cerita pasal korang dalam blog aku sebab aku terharu korang sanggup buat macamni dekat aku. wuwuwuwu...SEDIH jugak. :'(
4. SUAMI ORANG
Fuhhh...jahat tak aku kacau laki orang? Hoh... Aku bukan kacau ye. Tapi...tapi...hah, ape yang kau tapi kan? Tak reti jawab? Padan muke aku.
Actually beliau adalah kekasih aku zaman purba kala. Then die ade problem dengan isteri die, so kitorang TERcontact balik. hah...nampak TER kat situ. Itu bermakna kejadian ini sangat tidak disengajakan. Entah macam mane, boleh TERsayang balik dekat die. Aiyok...
Tapi masing-masing da besar, da pandai fikir sendiri. Die ade keluarga sendiri. Buat ape aku nak kacau kan.
Lantas, kami pon berpisah lagi untuk kali yang kedua.
Mungkin aku ni memang tak berjaya dalam karier cinta. wuwuwuwu...SEDIH sangat. :'(
5. MOHD DELL SAKIT
Haish....baru bape tahun aku hidup dengan Mohd Dell aku ni. Rasenye baru 3 tahun lebih or 4 tahun macam tu la. Tapi tahun 2010 ni da bape kali die jatuh sakit. Mula-mula batery tak tahan. Mane tak nye, setiap kali aku pakai laptop aku akan pasang charger die skali sampai die kene bergantung hidup dengan charger je. Serupa macam aku pakai PC je la. -.-"
Mohd Dell ni jugak pernah kene serangan virus yang terlalu kuat sampai orang tanak la masuk pendrive diorang kat laptop aku. hahahaha. Aku penternak hokeh.
Aku ni pon bukanlah reti sangat bab bab komputer ke hape. Aku tau pakai je. hehehe.
Hah....kau nampak cooling fan aku macam mane. Hahahaha. lol. Old skool bukan. At first aku pon macam orang lain jugak pakai cooling fan biase-biase tu. Tapi bile panas sket, DELL ni akan terpadam. Aku geram aku hamek la kipas besar gedabak ni. Tah sape punye tah aku jumpe dalam rumah ni. Memang kuat weh angin die. DELL aku memang ngam la ngan die. Tak penah tepadam da lepas pakai kipas ni. Tapi lately ni DELL aku still terpadam jugak. Tadi baru je terpadam. Bencik betol aku kene on DELL balik. Kenapa ek jadik camni? Korang tau tak? wuwuwuwu...SEDIH sikit. :'(
Ok..inilah list TOP 5 aku yang sangat menyayat hati sepanjang tahun 2010. Korang nak tau ape azam aku 2010? Korang tanak tau pon aku bitau jugak. Aku berazam nak kawen on that year. Hah..gatal kan aku. hahahah. Hampir-hampir nak tercapai azam itu tapi apakan daya, memang aku ditakdirkan tak boleh kawen lagi.
Jadi, azam tahun 2011 ni aku berazam tak nak berazam lagi sebab aku susah nak capai azam aku tu. Sia-sia je aku pasang azam nanti.
Kepada para blogger sekalian, ape azam korang tahun ni? Wish u guys have a blast in 2011! Yeayy!
zzzZZZzzz
4 comments:
miahahahahha..aku suka part gaduh tuhh.lempang je fb die.bia fb die masuk spital.aci? huhuhuh
rilek la beb. Manusia memang macamtu. Macam-macam. Maafkan je lah. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang ok! ;)
kenapa en.Dell awak ade sticker saye..? saye kurang faham disitu ya.. diharap awak boleh berikan penjelasan yg terperinci.. sekian~
sabar je lah...lumrah manusia..moga 2011 ni lebih baik drpd yang sebelum nye...:)
k e n a n g a n
Post a Comment