Thursday, March 7, 2013

Surah Amalan Ketika Mengandung

Alhamdulillah....kandungan aku dah nak masuk 6 bulan.
Sepanjang 5 bulan lebih ni, macam-macam benda aku buat ikut petua orang tua-tua. Tapi taklah terlalu obses sangat. Mana yg patut aku ikut aku buat. =)

Aku selalu baca, orang cakap waktu mengandung ni kita kena bagi anak dalam kandungan dengar muzik yg slow-slow, atau pon perbanyakkan dengar ayat-ayat al-Quran macam letak headphone dekat perut kita sambil usap-usap dia.
Bagi aku yg suri rumah takde buat kerja apa ni, aku rasa dari bagi dia dgr headphone, it should be better anak kita dengar sendiri suara ibu dia mengaji.

Ini ada beberapa surah yg aku selalu baca dan amalkan. Takdelah dalam satu hari aku habiskan semua surah ni. Kadang-kadang sehari 1 surah, tak pon sehari 2-3 pages aku baca. Kadang-kadang terasa jugak anak ni bergerak-gerak waktu kita tgh baca al-Quran tu. ;)

  • Surah al-Fatihah: untuk terangkan hati dan kuat ingatan
  • Surah at-Taubah: untuk bersihkan jiwa dan dijauhi dari maksiat
  • Surah Yusuf: untuk memperolehi anak yg cantik rupa dan akhlak
  • Surah Nahl: untuk memperolehi anak yg berdisiplin
  • Surah Maryam: untuk permudahkan waktu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
  • Surah Luqman: untuk memperolehi anak yg cerdik
  • Surah Yaasinn: untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan
  • Surah Hujrat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersikap berhati-hati

Satu lagi aku amalkan, lepas tiap kali solat aku baca Surah an-Nahl ayat 78 sebanyak tiga kali. Dia macam ayat selusuh la, bagi senang nak bersalin nanti. Ini mak mertua aku yg bagitau.




Or else, untuk ibu-ibu mengandung tu, aku suggest beli lah buku ni. Sangat advisable baca buku ni. Dalam buku ni dia bagi surah-surah, wirid, selawat and macam-macam lagi lah khas untuk pregnant women siap ada list nama-nama anak lagi. Buku ni mak mertua aku yg bagi. Hehe..


 So, have fun being pregnant!
=) 
Assalamualaikum...


Regards,







 

3 kritikan.:

kay_are said... Best Blogger Tips

pejam celik dah 6 bulan ye.. mesti dah tak sabar kan nak tunggu baby tu lahir. =)

rj Etika said... Best Blogger Tips

@kay_are mestilah tak sabar. first baby katakan. hehehe~

AkmaFaizal said... Best Blogger Tips

dah bersalin kan...semoga ank awak jd ank yg soleh n solehah. Aamiien

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top