Showing posts with label Doorgift. Show all posts
Showing posts with label Doorgift. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Review: My DIY Door Gift

After so long tak review pasal wedding, now i'm gonna review my DIY Door Gift Bag.It was the simplest thing yg aku DIY dan aku suka.
Tapi family aku bagitau ada je suara-suara sumbang yg cakap;
"Laa...bajet gila bagi macam ni"
Memang perghhhh.......biarlah. Aku tak guna duit dia satu sen pon. Malahan aku bagi dia makan lagi isi door gift tu. Alhamdulillah =)


So guys, ingat tak entry My DIY Door Gift ni?
Ini hasilnya....


Memang tak macam yg aku harapkan since aku sendiri dah takde masa nak buat waktu dah nak dekat kenduri tu. Tapi thanx to adik beradik dengan cousins aku yg dah sedaya upaya membanting tulang buat finishing dia walaupun riben pon tah kemana. Hahaha..
Yg dalam brown paper bag tu, doorgift untuk all the guest.
Dan yg dalam paper bag with pink stripe tu pulak untuk VIP macam family belah lelaki, family mertua abg aku, kawan-kawan rapat dan saudara-mara.
Dalam bag tu mak aku suruh letak makanan so that org akan makan and takdelah membazir orang main buang-buang. Antaranya;
  • Kerepek (beli dekat bandar Klang yg tempat tu mmg khas org beli utk buat kenduri, ada macam2 jenis, 1 pack besar dalam RM15 keatas)
  • Kurma (tempat yg sama beli kerepek)
  • Telur puyuh; ganti telur biasa sebab nampak comel dan senang dimakan..hihi. (beli dekat Atorn, 1000pcs RM300)
  • Kuih tart nenas (kakak ipar sponsor)
  • Gula-gula (maklong sponsor)
Yg membezakan doorgift bag biasa dgn VIP cuma packaging telur puyuh je.
Dalam bag biasa, telur puyuh tu kitorang masukkan dalam bekas telur biasa tu tapi untuk VIP kitorang masukkan dalam small jar yg dibeli di AS Floral cuma 60sen je sebalang. Murah kan...what a great bargain we had. (sorry, dah puas cari gambar jar tu tapi takde)




Semua family aku tersangat lah sibuk waktu malam before kenduri tu.Waktu diorang tgh sibuk-sibuk prepare siapkan doorgift tu, aku tgh berinai waktu ni. Hehe... Tapi takdela buat officially malam berinai pon. Cuma ada 2 3 orang kawan baik aku yg tlg pakaikan, jagakan tangan kaki aku sampai kitorang semua tertido. What a memorable night. ;)


Till the next review...
Semoga mendapat sedikit inspirasi dari DIY doorgift saya yg simple ini.
=)


The-not-so-creative,


Monday, May 14, 2012

My DIY Door Gift

Wahh....kurang dari 4 bulan lagi wedding day aku.
Tapi Alhamdulillah most of the thing dah well prepared.
One of it is the doorgift or goodies yg nak bagi untuk semua jemputan nanti.

My doorgift inspired by artchetak

Aku terjumpa waktu google google gambar doorgift yg simple yet looks nice.
So, aku terus jatuh cinta gila dengan doorgift macam tu and decided nak DIY my wedding doorgift.
Banyak kedai yg aku pergi just untuk dapatkan semua stuff nak buat tu dengan harga yg paling murah ever.
Then, this is what i got:


You guys can check it out tempat yg aku beli all the stuffs tu. Tapi kalau ada tempat lagi murah lagi bagus.
Aku kira kurang dari lima posen harga satu beg tu instead kalau kau tempah dekat luar.
Seriously jimat banyak wehhh!!!!

Ini pulak gambar the sample of doorgift aku. Saja nak tengok rupa bentuk dia before aku beli banyak2 terus kan.
The brown paper bag aku buat untuk bagi dekat adults punya jemputan meanwhile the cupcake punya doorgift tu aku plan nak bagi dekat all the kiddos. Nanti aku review doorgift untuk kiddo tu okey!

For the rubber stamp, dia dah design before kitorang nak pergi tempah dekat Achik Printing tu.
But then bila sampai dekat sana, dia mintak yg AI punya file but the design yg kitorang dah buat tu was saved in Photoshop format.
So, sebab aku nak jugak buat rubberstamp waktu tu jugak, kitorang terpaksa tukar design and guna yg dah sedia ada dekat dalam kedai tu.
But the design they have kinda lawa jugak la.

1st design for rubber stamp




Oh, ramai yang tanya kenapa aku buat 2 rubber stamp. Kenapa tak buat sekali je supaya senang nak stamp it on doily paper.
Kau bayangkan kalau buat nama aku dengan nama abang aku skali, rubber stamp tu boleh guna SEKALI SAHAJA untuk wedding ni. Tapi kalau aku buat dua macam ni, rubber stamp ni still boleh pakai lepas kahwin nanti untuk kad raya ke apa. So, takdelah membazir kan.
Hehehe...i am a Quantity Surveyor. =P

For now, walaupun exam dah nak dekat, aku masih gigih stamping benda ni.
Memang adik-adik aku boleh tolong but titik peluh sendiri terasa sangat berbaloi untuk digunakan.
Kadang-kadang aku sanggup berjaga sampai tengah malam buat benda ni dari nak buat assignment. hahahaha.



Regards,
*thank you my lovely fiance yang sanggup buat apa saja yg saya nak.
i love you lah. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top