Saturday, January 8, 2011

5 Sebab Saya Tak Suka Practical Training.

Pekerjaan yang paling berjaya.
Perlu ke Practical Training ni dekat setiap Universiti mahupun Universitas?
Ye..aku tau jawapan korang pastilah
PERLU la mangkok!

Tapi....
Kau tau tak bekerja itu sangat lah letih.
Bagai aur dengan tebing.
Seperti rusa masuk kampung.
Macam kera kena belacan.
*BM aku failed ye time SPM dulu. Mintak maaf cikgu BM. heee...
Hari-hari perasaan letih akan menguasai diri aku macam gajah yang dihempap ke atas badan aku ni.
Jadik Makcik Cleaner lagi best.
Tak payah nak berpractical bagai ni.

Rupanya dah genap 4 minggu aku berPractical Training.
Kadang-kadang rasa best weh sebab aku rasa macam aku ni seorang wanita bekerjaya yang sangat hebat sambil memandu kereta VIOS dan sering nampak sibuk dengan meeting dan appoinment dengan client tapi masih tetap bergaya.
Ching... *bunyi mata aku bersinar.

Tapi perasaan yang tu kadang-kadang je.
Yang selalu-selalu tu aku rasa tak best!!!
Diulangi..TAK BEST!
Antara faktor yang menjerumuskan aku kepada ketidak bestan itu adalah;



1. Bangun Pagi.


Bangun pagi, gosok gigi, bla bla bla...
Hah..kau nampak pukul bape aku bangun tu.
Pada aku, tido itu emas.
So, memang menangis la aku tetiap hari nak bangun pagi. Rase macam nak jadik bos je. Boleh datang lewat sket.



2. Baju.


Sebagai seorang yang bekerjaya, baju haruslah dipilih dengan teliti agar sentiasa nampak kemas dan anggun malah jelita.
(Orang hodoh seperti aku saja yang harus memikirkan soal itu)
Dah lah amek masa berfikir nak pakai baju ape untuk esok, lepastu kene iron pulak lagi. Penat berganda-ganda macam kene tembak dengan Pakcik Musa Hasan.
-.-"



3. Kerja kerja Am.


Sudah terang lagi bersuluh yang kita ni datang dekat company tu nak belajar.
Nama pon Trainee.
Tapi...perghh, keje keje am tu kadang lagi banyak.
Aku rase aku amek cos lain. Takde pulak la aku amek cos printing ke, hantar surat ke, tolong pas duit AVON dekat staff lain ke, tolong beli karipap ke, tolong bayar duit parking ke. Haih...
*Aiyok..aku mengeluh. Berdosa. Buat keje tak ikhlas.
Ok..aku cume terfikir je, kenapa sume budak-budak Trainee harus dibuli sebegitu rupa.
Mengapa oh kenapa.
Sungguh kejam ouh ouh!



4. Overtime.


Ok...bila dah kene buli dekat office, keje pon tertangguh maka keje-keje tersebut harus dibawa pulang ke rumah untuk mengejar deadline ye kawan-kawan.
Jadi, penat telah dikuasa dua kan bersamaan dengan gila meroyan macam baru hilang anak.
Tapi macam aku ni, rajin gila bawak balik keje. BAWAK BALIK saje la. Buat nye sket je. Hahah.



5. Working Environment.


Woah....bile staff sume agak membina jurang dengan trainee, maka suasana kerja pon jadi sangat sangat sangat tidak best. 
Kenapa kau nak blagak sangat? Macam before ni kau tak pernah jadik trainee je.
Baru jadik staff je kot. Bukan BOS!
Tapi kat tempat aku sume staff ok je.
Aku saje nak hyperbola cerita.
Hahah.

Ok...aku pon da mengantuk. Dah penat nak mengarut.
Semenjak keje ni aku rajin tido awal. Macam budak kecik je nak kene tido yang cukup.
Bak kata orang,
"Tak remaja la tido awal!"
Aku dah cuba sedaya upaya yang termampu untuk berjaga pada malam Sabtu yang indah ni tapi apakan daya mata berjaya menundukkan keegoan itu.
Jadi, selamat malam dan terima lah kasih kerana membaca entry yang tahpape ni.
*Bosan tapi nak menaip jugak.

zzzZZZzzz



3 comments:

Encik Amman said... Best Blogger Tips

hahaha.. baru sebulan dah mengeluh bagai ekekeke

NUR AIN AZMAN said... Best Blogger Tips

Hihi, cian u
Tapi xpe la.
Prac tu kena taw
Pengalaman semua tu kan

I prac 10hb ni, huhu
Takot pun ade

:)

bybiehun said... Best Blogger Tips

ko asek main fesbook je mmg ar :P hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top