Monday, December 20, 2010

Kau tak payah jadik orang MALAYSIA la! -.-"

Aiyokk....tengok tajuk entry je da menunjukkan yang aku terlalu marah. Mungkin aku akan bersikap agak racism sikit kali ini. Tapi aku tak kata dekat semua. Hanya segelintir je. We are 1Malaysia kan. :)

Semalam, aku dengan kawan aku pegilah tengok satu konsert ni dekat I-City. Korang penah pegi tak I-City? Ala...yang tempat ade banyak lampu-lampu tu. Pokok sume pakai lampu. Dulu aku selalu pegi tempat tu time mula-mula I-City baru bukak dan tiada bayaran dikenakan kalau nak masuk. FREE OF CHARGE! Tapi sejak da kene bayar ni, tak kuasa la aku nak g sane semata-mata nak tengok lampu-lampu tu. Tengok lampu kat rumah aku lagi lawa. Da la skang ni kalau nak masuk kene bayar RM10. Semalam adalah pertama kali aku jejak kan kaki ke I-City yang berbayar ni. Itupun kene bayar RM2 je.
*Ok..satu introduction yang sangat hebat! -.-"

Semalam ramai jugak artis yang ada. (Tapi aku datang tengok konsert tu semata-mata nak tengok Aizat ye..hehe. Tapi tak sempat pon nak tengok sebab Aizat kua pentas lambat sangat. Aku kene balik awal.)
Ada yang best, ada jugak yg tak best. Sementara nak tunggu artis best yang kua, terpaksa la kau dengar lagu-lagu bosan yang lain.

Mula-mula sampai tu, semua orang berdiri. Ye la, baru lepas hujan. So, takut basah la kan. Tapi bukan tanah or pasir la. Ground tu die tabur batu kecik banyak-banyak. Tapi memang tak lenguh la kalau berdiri lama-lama. So, semua orang pon duduk. Dan orang-orang yang duduk ni terpaksa la memekik terjerit-jerit suruh orang yang depan duduk jugak. Lama la jugak adegan suruh duduk tu. Al-maklumlah, manusia ni kan degil. Lagi-lagi sekumpulan budak-budak Sabah ni. Perghhh...degil die nauzubillah. Macam orang takde tamadun. haih. Da la memekak-mekak kat organizer tanye bile nak start. Weh! Konsert free je pon. Kau sabar je la.
Akhirnya semua orang pon duduk macam dekat dalam perhimpunan sekolah tu.



Dekat depan aku ni ade la pulak sebaris budak perempuan. Salah sorang dari diorang ni asyik dok tangkap gambar syok sendiri. Dari mula konsert, sampailah waktu aku nak bla dari situ. Tak habes-habes snap gambar. Muke die saje. Maybe die nak lepas kecewa die tak dapat bergambar dengan artis kot. hahah.

Ok...sampai la part budak Sabah yang aku cite tadi. Asal sebut name artis yg diorang minat, mesti diorang akan berdiri selaju mungkin dan bersorak macam orang gile. Ye...kitorang tau la korang suke artis-artis tu, tapi tak payah la batak sangat. -.-"
Time XPDC nye performance, aku sangat terkejut bile diorang joget macam pegi tengok konsert dekat luar negara. Head banging macam orang da tak ingat dunia. Apeeee la nak jadik. Mungkin baru first time tengok konsert. Bile Stacy perform, yg perempuan pulak dok terkinja-kinja berjoget mengalahkan backup dancer Stacy tu sendiri. Aku rasa Stacy patot pilih budak-budak Sabah ni jadik die punye dancer la. Bayangkan la, semua orang tengah duduk, tibe-tibe ade dua tiga kepala yg berdiri sambil joget macam beruk. Ok..sangat tarik perhatian ye. Eee...sumpah rase nak pijak.


Ini saje yang aku sempat record. Joget macam pegi clubbing.

Sangat-sangat tak tenang nak tengok konsert tu. Aku punye fokus atas stage pon da hilang gara-gara asyik tengok budak-budak ni punye perangai. Ikut kan hati, nak je aku baling batu dekat diorang. Tak lame lepastu, maybe organizer pon da menyampah tengok diorang, so die suruh pakcik-pakcik RELA yang kuat lagi gagah tu duduk dekat-dekat dengan diorang. Tapi, kalau da bangang tu bangang jugak.

Kite ni 1Malaysia. Buat la perangai elok-elok sket. Macam orang tak bertamadun nape? Kalau orang luar tengok kite macam ni, malu weh! Lagipon, konsert ni untuk tontonan umum. Kesian la sket dekat parents yang bawak anak-anak. Takkan diorang nak bagi anak diorang tengok budak-budak remaja joget cam orang gile tu. Aku tak kate la semua orang Sabah macamtu. Tapi  kepada orang-orang Sabah yg unbehaved macamtu patot dibuang negara la. Bukan setakat orang Sabah je, sume orang dekat Malaysia la tak kire negeri, kalau berperangai macamtu, rasenye tak layak nak jadik orang Malaysia. Encik Perdana Menteri, tolong buang nama diorang ni dari list rakyat Malaysia. huh.

Penat jugak aku membebel ni. Geram sangat tengok diorang. Urggghhh!!! Tapi kan, ibu cakap, kite tak boleh bencik sangat dekat orang. Takut anak-anak kite yang jadik macam tu. Ya Allah ya Tuhan ku, Kau lindungilah keturunan ku dari manusia seperti itu.
Kepada korang, jaga perangai elok-elok hokeh. Jangan jadik macam budak-budak tu. Sory ye kalau aku ade sentuh pasal perkauman ni. Peace bebeh.

zzzZZZzzz

4 comments:

Pilot Kapal Terbang Kertas! said... Best Blogger Tips

waduh ! semakin seronok membace blog kakak ye ..
bwekk ! :))

bybiehun said... Best Blogger Tips

konsert RIAng~ :D hahaha

alin said... Best Blogger Tips

xpegi pun concert tu..malas..heee~~

Unknown said... Best Blogger Tips

susah kan kalu ade org perangai macam tuh..wat malu malaysia je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top