Saturday, September 12, 2015

Sayang, Happy 3rd Anniversary!

9th Sept 2015
Baru selesai solat Maghrib berjemaah dengan husband.
Tiba-tiba husband cakap "Happy anniversary sayang. Sory la lambat wish"

Padahal.....waktu dia wish tu aku sikit punya lupa la tarikh haritu berapa haribulan.
Sumpah tak ingat. Banyak sangat benda nak fikir.
Tapi still...sebagai seorang isteri aku tetap cover dengan cakap "Itulah...ingatkan dah lupa"
Lepastu dan dan buat merajuk. Kah kah...

So, tahun ni punya anniversary aku lambat 3 hari untuk buat blogpost.
Siapa cakap jadi surirumah ni rilek. Setiap jam berkhidmat untuk keluarga tau tak. Penat jangan cakap la. Hari-hari rasa nak menjerit. Lagi pulak sekarang ni askar batallion dah jadi dua orang.
Pheww~

Tiga tahun hidup sebagai suami isteri.
Apa yg korang expect? Memang takkan sama la kan dengan first year of marriage.
Tapi kalau ada orang yg masih sama, Alhamdulillah. You have my respect.
Kalau untuk aku, jalan pegang tangan tu kadang-kadang je la boleh dapat. Sebab husband kena pegang Izz, aku kena dukung Umarr. Kadang aku dah dekat depan, husband tengah melayan Izz nak dukung taknak jalan.

Kalau dalam kereta lagila pening. Diorang nak main cak-cak la. Kejap duduk belakang. Kejap kang nak datang depan. Belum tambah suara aku ni menjerit suruh budak-budak duduk diam. Jangan harap la nak dapat suasana romantik dalam kereta selagi budak-budak ni tak tidur. Kadang tu teringat waktu bercinta naik kereta sama-sama. Senyap kaku tak gerak sebab malu tak tau nak cerita apa.

Yang paling the best part in 3 years of marriage is, both of us just having a bad conversation with each other dengan high-pitch note but we can just simply start another conversation dengan lembut atau senda gurau in a few seconds after that. This is what we called best-friend-forever. Gurau gaduh dengan dia sorang je la. Kalau gaduh lama-lama kang, aku nak sembang dengan siapa lagi dalam rumah kalau bukan dia kan.
Tapi selalunya tiba-tiba anak datang buat kelakar and all of the things yg buat gaduh tadi boleh lupa sebab kita dua terus layan kerenah anak-anak.

Untuk suami saya, Badi'uzzaman,
Banyak dah kita lalui sama-sama sepanjang tiga tahun ni.
Orang kata the first five years in a marriage is complicated and tough.
So, we have another two years to survive. Tapi awak jangan risau. Tiga tahun ni pon kita dah cekal sama-sama. Inshaa Allah, semoga Allah terus kuatkan saya untuk terus bau kentut awak tu sampai bila-bila. haha
Kita doa Allah tabahkan hubungan kita suami isteri sampai syurga ye.
Saya betul-betul bersyukur dapat suami macam awak yang susah sangat nak tinggi suara dengan saya and anak-anak.
Satu lagi, terima kasih untuk rumah kecil kita ni. hikhik

I love you sayang untuk tiga tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.
Semoga saya terus dapat wish anniversary kita dekat blog tiap-tiap tahun supaya bila kita takde, anak-anak boleh terus baca cerita anniversary kita =')





Related links: Sayang, Happy 1st Anniversary!Sayang, Happy 2nd Anniversary!


Isteri pertama dan terakhir,
etika



2 kritikan.:

Ismaliza Yahya said... Best Blogger Tips

masa awal2 review blog ni, empunya blog nota etika lum kahwin lg rasanya.. hehe..kejap je masa berlalu

IQ = Iez Qis said... Best Blogger Tips

happy anniversary!!! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top