Tuesday, January 12, 2016

Umarr alKhayr bin Badi'uzzaman - Another Love of My Life

Alhamdulillah....setahun dah usia anak bujang kedua aku ni. Paling mudah segala-galanya si Umarr ni dari dalam perut sampailah sekarang. Semoga dia sentiasa menyenangkan semua orang.



Dulu waktu mengandungkan dia, takde alah, takde mengidam teruk-teruk, tak pernah susah nak tido. Tido mengiring ke, terlentang ke, semua boleh. Solat pon takde halangan rasa mengah ke apa. Rasa mudah je. Kadang terlupa langsung tengah mengandung. Bayangkan dah 35 weeks boleh berlari lagi. Aku pon tak tahu kenapa aku aktif sangat bergerak sana sini waktu mengandungkan Umarr.

Sampailah hari Sabtu, 10 Januari 2015. Husband ada amek gambar orang kahwin dekat Klang. Doa banyak-banyak tak bersalin lagi sebab dah lebih due sehari.
Tapi perancangan Allah jua lah yang lebih hebat dari kita.

10.00am
Baru bangun sebab tido lewat semalam. Dah siap mandikan Izz, sembang-sembang dengan ibu dalam bilik. Lepastu cakap dekat ibu terasa macam nak berak la. Perut rasa memulas makan apa tah. Terus mandi apa semua. Keluar dari bilik air still rasa sakit perut. Kali ni sakit dia sampai terbongkok-bongkok tahan sakit. Taktau lagi tu contraction.

12.00pm
Sakit dia sampai merangkak-rangkak dah. 10 minit sekali rasa sakit sangat. Ibu suruh siap2 pakai tudung. Dia call abang ngah mintak tolong hantar pergi Hospital Serdang. Dalam tengah-tengah sakit tu, cakap kat ibu sedapnya kalau dapat makan Udang Masak Lemak. Sepantas kilat ibu masak. Selera lagi nak makan walaupun tengah sakit. Hahaha.

2.40pm
Abang ngah sampai. Time tu sakit dah macam orang gila. Terus cakap dekat abang ngah pergi Hospital Klang je sebab dekat dengan rumah (padahal selalu bersumpah takkan beranak dekat hospital tu sbb asyik dengar review tak best) haha. Tapi tengah sakit, aku tak fikir apa dah.

3.00pm
Sampai dekat PAC. Dia check bukaan. Dia kata dah 8cm. Ok terus tolak labour room. Labour room dia hanya guna kipas siling yg macam nak tercabut, dan divider antara labour room hanyalah menggunakan plywood. Nurse doctor suruh push bila ada contraction tp aku tak tau contraction utk push tu time bila sbb rasa dia tak sama langsung mcm kena induce tu. Induce tu pada aku sakit sangat bila dibandingkan dengan rasa sakit normal ni.

3.14pm
Alhamdulillah....tak lama pon dalam labour room baby dah keluar. Mudah sangat-sangat. Diorang pon suruh cakap baby boy ke girl then diorang amek baby, lepastu diorang tolak aku keluar dekat koridor yg aku nampak nurse lalu lalang. Adalah dalam 15 ke 20 minit. Barulah diorang bawak aku ke wad.
Sampai dekat wad, takde bantal pon diorang bagi dan katil pon katil besi je tak boleh adjust nak duduk ke apa. Mintak bantal pon xdapat dapat last-last aku amek bantal katil sebelah kebetulan org tu baru discharge.
Barang baby apa semua dalam kereta husband. So baby pakai apa yg ada je nurse bagi. Kesian sangat dekat anak aku sorang ni. Semuanya tak perfect pon mcm abg dia dapat dulu.

6.00pm
Masih menunggu suami datang. Tapi dia kata tengah amek gambar outdoor. Bergenang air mata aku. Dia belum dengar lagi suara ayah dia azan.

7.30pm
Ayah dia baru sampai. Tapi waktu melawat dah habis. So dapat duduk sekejap je.

Ini bukan cerita aku nak condemn hospital ke apa. Aku memang akan tulis pengalaman aku mengandung setiap anak supaya aku tak lupa setiap momen tu. Cumanya yang ini aku lambat update setahun sebab takde masa pon nak spend time berbelog-belog depan pc. Tapi apa yang aku boleh cakap, berbeza sangat banyak dari segala persediaan dan persiapan anak pertama aku dengan yang kedua ni.

Sama la dengan behaviour diorang pon. Izz macam tu, Umarr macam ni. Izz suka main masak-masak, Umarr suka main kereta. Izz kalau kentut dia malu, Umarr kalau kentut dia ketawa. Tapi Umarr laju. 4 bulan dah boleh berdiri pegang rak tv. Dia start berjalan umur 8 bulan. Aku rasa sebab dia tengok abang dia, semua benda dia ingat dia boleh buat mcm abang dia.
Walaupun ayah dia lambat tengok dia keluar, tapi sekarang dia lah yang paling taknak berenggang dengan ayah. Ayah balik je kerja, dia terus terkam ayah dia mintak dukung dan taknak jejak lantai langsung. Ya Umarr......

Semoga Umarr jadi anak yang soleh, yang menyenangkan semua dan segala-galanya yang baik. Ibu sayang anak-anak ibu. Dunia dan akhirat.
Aamiinn...

Semoga yang seterusnya, ibu dengan ayah akan berusaha untuk buat persiapan yang terbaik nanti. Inshaa Allah.



Our lil happy family. Yeay!


1st Son : Muhammad al-Khawarizzmi bin Badi'uzzaman


Ibu.



0 kritikan.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top