Tuesday, September 9, 2014

Sayang, Happy 2nd Anniversary!




Alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana kami berdua masih dapat bersama sehingga tahun kedua inshaa Allah dengan dua putera. Hehe...
Just a simple celebration at home dengan sebiji kek. Itupun aku kumpul duit balance yang singgit-singgit dalam handbag untuk beli kek tu. Haha..
Yang paling terharu bila suami sendiri wish anniversary dekat facebook sebab itu adalah perkara romantik yang paling dia takkan buat. =.="

So, selalunya bila time anniversary, orang mesti akan ingat balik detik-detik akad nikah, hari persandingan yang meriah, dan semua yang indah-indah belaka.
Tapi untuk kitorang, hari nikah kitorang adalah satu bahan jenaka yang aku rasa kalau boleh aku taknak ingat! Huh!

Semuanya terjadi gara-gara si wedding planner.
From the start, bila aku mintak gambar jenis warna pelamin dan kain-kain yang dekat khemah tu macam mana, she kept saying since baju aku warna kelabu bla bla bla, so dia akan bagi kain purple dan pink. Aku mmg dah takut jenis purple dan pink macam mana dia nak guna sebab dua warna tu macam warna yg shocking dan sebab tu aku mintak jenis gambar tapi tak pernah dapat. Waktu tu aku cuma tenangkan hati sendiri yang dia seorang wedding planner, so dia mesti tau apa yg terbaik untuk client dia. Dan aku berdoa agar dia cuma gunakan warna-warna pastel.
Malangnya on that day, my dream day, purple dan pink dia sangat menakutkan. Dua-dua tu dia guna block colour.

Ditambah pulak dengan mekap aku pada hari pernikahan aku. Hari yang aku mahu ingati sampai mati. Tapi.....
Pagi tu dia sampai lambat sikit walaupun aku akan akad nikah pukul 10. Bila dia sampai, dia cakap dekat aku,
"Sorry lah, akak demam la. Dah la pasang pelamin sampai pukul berapa siap tadi. Akak tak tido lagi ni...." dan dia terus menyambung bebelan dia sambil menyedut-nyedut hingus.
Dalam hati aku cuma terfikir, kenapa dia nak merungut sedangkan aku dah bayar dia untuk dia buat kerja dia.
Benda tu tak habis dekat situ je. Sambil mekap, dia terus meng up kan diri dia.
"Akak ni selalu mekap artis macam Fasha Sanda, Rita Rudaini, bla bla bla.....akak dah lama jugak mekap-mekap artis ni"
Aku pon berharap aku akan bertukar pooff mcm artis bila dia dah siap ni.
Malang sekali lagi bila adik-adik sedara sepupu aku semua mcm terkejut dengan mata aku. Diorang cakap kenapa buruk dia letak eyeliner warna putih dekat bahagian garis bawah mata tu. Wuwuwu...aku dah lambat 30minit dah ni nak pergi surau. So, redha je lah dengan mekap yang ada dengan lilitantudung aku yang macam nangka dia buat. Aku pakai tudung pergi class lagi cantik wehh...







Lepas dah akad nikah tu, dia betulkan mekap aku untuk terus ke majlis resepsi di dewan sebelah. Aku bagitau dia yang aku tak suka dia mekapkan mata aku macam akad nikah tadi. Dia dengan selamba cakap
"Ohh...akak saja nak try mekap mcm tu td untuk besarkan mata awak"
Saja try? Krikk...krikk... Terkedu aku dengar. Woi, aku nikah sekali tu je kot dalam seumur hidup!
So, mekap untuk resepsi pulak agak ok dari yg akad nikah. Tapi tudung dia masukkan dalam baju aku sebab dia kata nampak kemas. Ye...waktu tu aku nampak macam budak-budak choir sekolah.






Sehari sebelum majlis bermula pulak, dia banyak kali suruh abang aku tambah lagi kuantitimakanan buffet sebab dia kata takut tak cukup. Last sekali di akhir majlis, lauk banyak terbuang tak habis. Haihhh..





Nasib baik gambar-gambar perkahwinan kami masih lagi cantik sedangkan pada asalnya kami berdua dah takde duit nak hire photographer. Tapi, walaupun cantik, gambar-gambar tu hanya mampu aku tatap depan computer je. Janji suami aku nak siapkan album kahwin kami mungkin akan makan masa beberapa tahun lagi.

So, sebab itulah setiap kali anniversary, aku berharap aku dapat buat majlis perkahwinan yang sempurna setiap tahun. Aku nak nampak cantik depan suami aku setiap kali 9 September. ;p
Tapi apakan daya, setiap kali 9September, suami aku akan teringat betapa hodohnya aku di hari pernikahan kami dan setiap kali itulah dia akan gelakkan aku. How i wish i can delete that memories.

Sekarang ni, bila suami aku balik dari shoot gambar wedding dan aku tengok mekap pengantin tak cantik, atau pelamin yang kurang menarik, atau tema warnanya yang sangat blocking, aku takkan terus kutuk pengantin directly. Aku tau, itu pasti bukan pilihan pengantin 100%. Pasti ada silap di mana-mana. Sebab aku sendiri salah seorang dari pengantin buruk itu. We are in the same boat.

Tapi aku still bersyukur, hari-hari biasa kami lagi indah dari hari pernikahan yang cuma sehari tu. Indah dengan bebelan aku, indah dengan dota suami aku, indah dengan busuknya Khawarizzmi berak, dan bakal indah lagi dengan tangisan bayi baru di tengah malam.
Semoga yang indah ini akan berkekalan sampai bila-bila.
=)

Last year's link: Sayang, Happy 1st Anniversary!



Isteri Badi'uzzaman,
etika




1 comments:

miss n said... Best Blogger Tips

semoga bahagia hingga ke syurga nanti :D


anda telah di tag :)
http://amieznuown.blogspot.com/2014/09/24-liebster-award.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top