Showing posts with label Bertunang. Show all posts
Showing posts with label Bertunang. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Review: Hantaran Bertunang

This entry will review on my hantaran for bertunang 2 bulan lepas.
As i said before, it was really simple.
Aku tak suka sangat hantaran yang banyak-banyak bunga. Lagipon kos untuk beli bunga tu je dah berapa puluh ringgit boleh habis. So, to make it look kinda cute, aku pakai ribbon sahaja.
Aku habis around...less than RM50 untuk beli semua barang-barang hiasan untuk hantaran tu.



 Ribbon = Dalam RM25 
(ada yg aku beli dekat S&J, ada yg aku beli dekat kedai kahwin, the rest tu recycle ribbon lama-lama..hihi)
Bakul = Dalam RM20 
(ada aku pakai yg bakul hantaran abg2 aku dulu, ada yg aku beli dekat DAISO sebab RM5 je. Jimat.)

Dan akhirnya jadilah sebegini rupa.
Maaflah...simple-simple sahaja.



Hope this will be good reference untuk sesiapa yg nak bertunang tapi nak berjimat. (kalau bahasa kasar, tak banyak duit)
Biasalah..aku faham macam mana situasi tersebut. =)
Jangan malu untuk jadi simple.


Yang berjimat,








Saturday, March 17, 2012

My Engagement Day

Oh my oh my oh my.....serius lama berabad kurun tak update.
Aku busy study mungkin...... errrrr.....ok. Bai.


11.02.2012

It is my special date for me.....
Cause after a long long time i've been singled, rupanya masih ada lagi orang yg mahu memiliki diri ini. Cewah....
Tarikh itu dipilih sebab genap tiga bulan aku dan dia berkenalan.
Malas dah la weh nak bercinta lama-lama.
Cinta selepas kahwin mungkin lebih bahagia.
Bahagia sampai syurga.... =)


So, aku tak pernah mengimpikan hari pertunangan aku meriah dengan pelamin, khemah, lembu 2 3 ekor, bunga api, tarian zapin dan sebagainya.
Cukuplah aku sekadar berbaju kurung dan sambut tetamu yg datang ke rumah dengan senyuman.
Dan Alhamdulillah....apa yg aku nak menjadi kenyataan.
Maaflah..kalau aku biasa-biasa je hari tu.


Aku pilih tema grey and blue.
Hantaran pula 5 berbalas 7.
Pihak lelaki bagi:
  1. Sirih junjung (wajib ada waktu bertunang)
  2. Cincin bertunang
  3. Kain pasang
  4. Buah
  5. Kek
Pihak perempuan pulak balas:
  1. Sirih junjung
  2. Kain pelikat + Sejadah + Tasbih + Buku "Aku Terima Nikahnya" (Beli guna voucher 1Malaysia je. haha)
  3. Buah
  4. Kek
  5. Cupcake
  6. Gula-gula
  7. Agar-agar
Nahhh...simple je kan. This is what we called "save the budget". Haha.
So, pada pendapat aku, nak bertunang ni tak payah la nak beria sangat bagi hantaran macam nak kahwin.
Cukuplah ikut adat ala kadar.
Barang-barang macam kasut, baju tu sume kau boleh bagi dekat dia lepas kahwin nanti. Jangan risau. =)


Oh...memandangkan aku dalam mood mood kahwin, so aku amek keputusan nak tukar blog aku jadi blog B2B. InsyaAllah, I will update my kerja kahwin as future reference dekat bakal bakal B2B nanti. Hihihi.

This is my pictures during that day.


Yang dah bertunang,

Doakanlah kebahagiaan kami berdua.
Terima kasih. ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top