Wednesday, November 7, 2012

Kisah Happy Birthday Suami!







5 November 2012,
Hari jadi dia yang pertama kali aku sambut. Ye, memang pertama kali.
Sebab tahun lepas, aku tak kenal dia lagi.

Disebabkan dia sentiasa ada dengan aku hampir setiap masa, so, susah la sikit aku nak keluar beli hadiah dia. Ada satu hari tu aku tak kerja, aku terpaksa menipu dia dengan mengatakan aku nak teman adik aku beli barang dekat Watson kejap. Oh...really sorry.

Mula-mula aku ingat nak bagi pen lepastu carve nama dia 'Badi'uzzaman'.
Tapi bila fikir balik, handphone wallet pon selalu tertinggal. Apatah lagi kalau aku bg pen yg sekecik ni.
Mesti waktu balik kerja, terus rendam baju dengan pen tu skali. =.="

So, aku tengok benda yang tak pernah lekang kat tangan dia ialah JAM.
Lagipon dulu before kahwin, kitorang selalu cari jam untuk buat hantaran.
Tapi disebabkan kitorang sangat susah pada zaman before kahwin dulu, so takdelah hantaran jam.
Nak jam Fossil, memang tak mampu la aku bagi kan. haha.
Dia pulak jenis yang suka jam sporty yg macam getah-getah tu.
Masuk la satu kedai jam ni. Tanya punya tanya, ok terus nak amek jam tu.
Jam murah je. Takdelah sampai beribu-ribu ringgit bagai.


Oleh kerana terlalu excited, ada satu malam tu sebelum tidur aku ter cakap aku belikan jam untuk dia sebagai hadiah hari jadi.
Gila betul...tak boleh simpan rahsia la aku ni. Pffttt....
Terus dia tanya aku mana jam tu. Dan aku bagi dekat dia 2 hari awal dari birthday dia. Tak surprise langsung. =.="


Bila birthday dia hari Isnin tu, aku beria la cari hadiah lain sebagai pengganti surprise yang tak jadi.
Kali ni aku belikan baju T-shirt kolar untuk dia. Dan harga dia lebih murah dari hadiah tadi.
Tapi takpe, niat nak buat surprise tu yg penting. Lepastu aku siap beli kek tiramisu satu slice utk dia.
Siap-siap aku letak baju tu dalam beg kertas comel-comel then letak atas katil tunggu dia balik kerja.

Waktu dia balik kerja tu, aku dalam toilet. So, aku terfikir dia akan belek barang dalam beg tu dan terus rasa terharu.
Bila aku keluar bilik air, aku bawak skali kek dalam fridge nak bagi dekat dia.
Tengok-tengok dia tengah baring-baring atas katil tanpa terusik pon beg tu.
Aku tanya dia kenapa tak tgk apa ada dalam beg ni? Dia cakap;
"Oh...ingatkan awak pergi kenduri kahwin siapa tadi dapat beg ni. Dah la harini rasa pening-pening"
=O
Mana ada kenduri hari Isnin sayang oii...
Again. Surprise tak jadi lagi. =.="


Tak nak buat surprise dekat dia lagi dah. Merajuk sampai setahun ni.


Yang buat surprise tak jadi,
etika


Thursday, November 1, 2012

Perubahan Hormon Perempuan

Zaman Remaja

 


Waktu sekolah dulu selalu beli magazine-magazine macam ni.
Konon-konon nampak stylo gila baca benda ni. Dapat tau lah sikit-sikit pasal fashion up-to-date. Ataupun baca pasal hal-hal perempuan baru nak matang ni kan.
Beli tiap-tiap keluaran sampai boleh buat koleksi jadi pembaca setia lah kiranya.




Zaman Universiti

 


Bila dah besar sikit, baca majalah macam ni. Dapatlah jaga badan jadi kurus cantik. Dapat petua dekat dalam ni untuk penjagaan muka la bagai. Lepastu tgk fesyen-fesyen tudung yg trendy boleh pakai pergi kelas ke dinner ke. Maklumlah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Hihihi





Zaman Persiapan Kerja Kahwin

 
 Lagi beberapa bulan nak kahwin, majalah ni tak pernah miss la beli. Konon-konon nak cari idea untuk baju kahwin, doorgift, candy booth la, ataupun dulang hantaran.
Asal beli issue baru je, rasa macam nak tukar style baju sanding. =.=





Zaman Selepas Kahwin


Dah semestinya lepas kahwin nak pregnant. Kebetulan pulak aku bunting pelamin. Rasa teruja naluri keibuan tu mmg tinggi la kan. Belum lagi beli majalah ni. Tapi mak mertua selalu pesan baca banyak buku-buku pasal ibu hamil ni supaya dapat banyak info.
Haih..comel pulak bila tgk baby ni pakai tudung. =')




Tak sangka, masa berlalu sangat cepat.
Dalam masa beberapa tahun, bukan setakat hormon je berubah. Bahan bacaan pon berubah jugak.
Adakah korang juga rasa apa yang aku lalui?
Semoga Allah berkati setiap pertambahan umur kita di dunia. =)



Regards,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top