Saturday, July 7, 2012

Kad Jemputan Kahwin

Ok...my wedding day tinggal lagi 2 bulan lebih je lagi.
Preparations Alhamdulillah goes within the plan.
Selain sibuk dengan preparation wedding sendiri, aku pon sibuk dengan wedding invitation orang lain sekali.
Ye la, mak aku pesan, rajin-rajin kena datang kenduri orang tolong-tolong.
Nanti kita nak jemput orang datang kenduri kita pulak.

So, kalau nak jemput orang, kena ada kad kahwin kan.
Haa...jadi, ni lah kad kahwin saya.

Click gambar untuk design kad


Main idea untuk kad kahwin ni adalah "mudah dan senang difahami"
Generally untuk orang-orang tua macam sedara mara and kawan-kawan mak aku.
Ye la, zaman sekarang ni kan orang dok sibuk buat kad kahwin macam tiket la, passport la, buku la bagai.
Kalau orang-orang muda macam kita ni dapat ok la. Kalau orang tua, tak reti mana nak tengok tarikh ape sume.
So, aku pilih design ni sebab simple. Tak payah nak guna sampul lagi dah.
And it looks classic.


Kad kahwin ni aku tempah dekat fqemo.
Kalau korang nak guna khidmat fqemo, boleh la contact dia thru blog.
Banyak lagi jenis kad kahwin yang dia boleh buat.
Tapi basically, kad kahwin aku ni dia dah design macam kat atas ni guna photoshop, then after dah siap, baru kitorang consult dengan fqemo pasal design and printing.
So, fqemo alter-alter sikit, trace pakai AI, and bawak g printing.
It cost me only RM200 for 500pcs of cards.


Awal bulan depan boleh la start nak distribute kad kahwin.
Hihihi. Tak sabar nak kawen-kawen. =P
Oh..korang dah tengok kan kad kahwin tu. So, automatically you are invited to my wedding.
=)






Yang bakal berkahwin,


*Oh, aku dah mula menjadi wanita bekerjaya.
Semoga aku berjaya.

Monday, May 14, 2012

My DIY Door Gift

Wahh....kurang dari 4 bulan lagi wedding day aku.
Tapi Alhamdulillah most of the thing dah well prepared.
One of it is the doorgift or goodies yg nak bagi untuk semua jemputan nanti.

My doorgift inspired by artchetak

Aku terjumpa waktu google google gambar doorgift yg simple yet looks nice.
So, aku terus jatuh cinta gila dengan doorgift macam tu and decided nak DIY my wedding doorgift.
Banyak kedai yg aku pergi just untuk dapatkan semua stuff nak buat tu dengan harga yg paling murah ever.
Then, this is what i got:


You guys can check it out tempat yg aku beli all the stuffs tu. Tapi kalau ada tempat lagi murah lagi bagus.
Aku kira kurang dari lima posen harga satu beg tu instead kalau kau tempah dekat luar.
Seriously jimat banyak wehhh!!!!

Ini pulak gambar the sample of doorgift aku. Saja nak tengok rupa bentuk dia before aku beli banyak2 terus kan.
The brown paper bag aku buat untuk bagi dekat adults punya jemputan meanwhile the cupcake punya doorgift tu aku plan nak bagi dekat all the kiddos. Nanti aku review doorgift untuk kiddo tu okey!

For the rubber stamp, dia dah design before kitorang nak pergi tempah dekat Achik Printing tu.
But then bila sampai dekat sana, dia mintak yg AI punya file but the design yg kitorang dah buat tu was saved in Photoshop format.
So, sebab aku nak jugak buat rubberstamp waktu tu jugak, kitorang terpaksa tukar design and guna yg dah sedia ada dekat dalam kedai tu.
But the design they have kinda lawa jugak la.

1st design for rubber stamp




Oh, ramai yang tanya kenapa aku buat 2 rubber stamp. Kenapa tak buat sekali je supaya senang nak stamp it on doily paper.
Kau bayangkan kalau buat nama aku dengan nama abang aku skali, rubber stamp tu boleh guna SEKALI SAHAJA untuk wedding ni. Tapi kalau aku buat dua macam ni, rubber stamp ni still boleh pakai lepas kahwin nanti untuk kad raya ke apa. So, takdelah membazir kan.
Hehehe...i am a Quantity Surveyor. =P

For now, walaupun exam dah nak dekat, aku masih gigih stamping benda ni.
Memang adik-adik aku boleh tolong but titik peluh sendiri terasa sangat berbaloi untuk digunakan.
Kadang-kadang aku sanggup berjaga sampai tengah malam buat benda ni dari nak buat assignment. hahahaha.



Regards,
*thank you my lovely fiance yang sanggup buat apa saja yg saya nak.
i love you lah. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top