Monday, August 6, 2012

Dulang Hantaran Nikah

Salam Nuzul Quran =)


2 Hari lepas aku pergi Ipoh sebab nak amek dulang hantaran yang aku dah siap tempah 2 bulan lepas.
Selalunya kita akan keluarkan duit sampai RM200 lebih nak beli bunga, riben and all the stuffs untuk DIY dulang hantaran kan.
Then, kalau kita ni tak kreatif mana, kita akan keluarkan duit lagi untuk tempah nak buat dulang hantaran tu. Selalunya orang akan amek upah dalam RM20 satu dulang. Kalau dah ada 7 dulang, semua sekali RM140.
Its a waste of your money ok.
Masa aku bertunang dulu pon aku DIY sendiri dulang hantaran aku.
Tapi disebabkan takde masa, Mak Long aku kenalkan aku dengan Kedai AS Floral ni.

Dia sediakan khidmat membuat dulang hantaran kita with FOC.
Diulangi: Free Of Charge
Siapa tak suka benda free kan. Hahaha.
Kita cuma bayar untuk dulang yg kita pilih, bunga apa nak letak, renda macam mana kita nak, and semua tu diorang akan tolong buatkan macam design yg kita nak.
Seriusly sangat berbaloi!!! Dan sangat murah ever.

Kalau korang berminat, or kalau korang duduk dekat-dekat Ipoh, boleh lah singgah ke kedai ni.


AS Floral
No. 48, Medan Stesen 19/4, Station 18,
31650 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
email : as_floral@hotmail.com



Cina tu pon memang baik gila. Siap bagi byk free gift untuk aku. Dia bagi bunga, potpouri, and macam-macam lagilah.
Ini dulang hantaran aku:


Macam aku punya dulang hantaran, aku tempah ada 7. Satu untuk sireh junjung, satu untuk letak buah, another 5 untuk letak barang-barang hantaran yg lain.
Semua sekali harga dia RM188. Murah kan. ;)
Kita pon tak payah penat-penat fikir macam mana nak buat, tenaga pon tak keluar. Hehehe.


Yang atas ni pulak dulang hantaran abang aku.
Dia tempah 5 dulang and harga dia RM130.


So, kalau korang rasa tak banyak masa nak buat dulang hantaran sendiri, aku mmg suggest datang tempah dekat tempat ni.
I give 'em 15 out of 10.
Puas hati. ^_______^


Yang akan berkahwin,

*Gambar kedai tadi diambil oleh dia dengan 
menggunakan henfon Nokia bodoh aku.
Mula-mula aku amek gambar biasa-biasa je kot.
Bila dia dah mintak henfon tu, sanggup dia g seberang
jalan nak amek gambar macam tu.
Tau la photographer. =.="


Sunday, July 29, 2012

DIY BUNGA KERTAS for my TABLE CENTREPIECE

Salam Ramadhan,
Tahun ni tahun last aku akan berpuasa dan beraya sebagai seorang anak ibu.
Sebab after raya ni InsyaAllah aku akan bergelar seorang isteri. Hihihi.

So, kali ni aku nak buat tutorial untuk DIY bunga kertas.
Bunga kertas ni aku nak buat untuk table centrepiece nanti. Takdelah meja makan nanti nampak kosong je kan.
Pakai bunga ni is much more cheaper than beli bunga-bunga dekat kedai. Tak kisahla bunga plastik ke, fresh flowers ke. Lagipon aku ni bukan peminat bunga. Bunga ni pon dah cukup cantik bagi aku.
Aku belajar buat bunga kertas ni pon dekat blog mana pon aku lupa. *sorry owner blog yg dah bagi aku ilmu tu. Hihihi

For the first step, you guys pergi kedai kahwin ke, stationery ke, kedai bunga ke, then pergi beli Crepe paper.
After that, korang potong crepe paper yg dah terlipat-lipat dalam plastik tu selebar 6 inch.
Bila korang bukak crepe paper yg dah dipotong tadi, korang akan dapat seperti ini:


Selepas itu, korang lipat dua crepe paper tadi, then potong, lepastu lipat lipat tiga, potong, kemudian lipat dua , potong. Mesti tak faham kan. Senang cerita, crepe paper size kat atas tu tadi lipat dan potong sampai dapat 12 keping crepe paper kecik-kecik. Hahaha.
Macam ni ye kawan-kawan:


Nanti korang akan dapat size crepe paper yg kecik-kecik. So, korang lipat tiga macam ni pulak:


Lepas dah lipat tiga macam tadi tu, korang lipat dua macam ni pulak:


Dan korang kena potong hujung crepe tu tadi bentuk ala-ala bujur. Atau pon orang panggil half elips. Buat sampai lah dapat banyak:


And then, lepas dah dapat banyak, untuk buat sekuntum bunga, korang memerlukan lapan keping yg half elips tu tadi. Susun secara bertindih dan ikat dengan dawai. Kemudian korang jarak-jarak kan dia macam ni:


Lepas dah jarak-jarak kan, korang kembangkan semua crepe paper tu tadi satu-satu kelopak untuk membentuk bunga. Finally, siap la...hehehe:


Mudah sahaja bila dah faham.
Nanti korang boleh lah buat banyak-banyak as the decorations during wedding or e-day korang nanti.
Untuk table centrepiece aku, macam nilah hasilnya. Ini yg belum siap punya. Nanti dah siap aku tunjuk lagi okeh. =)





SELAMAT MENCUBA!






*Ya Allah, another 1month to go. Dup dap dup dap. =P
Yang kurang kreatif,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top