Monday, December 22, 2014

Journey of My 2nd Pregnancy

Kali ni aku ada masa yg banyak nak tulis entry panjang-panjang.
Sebabnya, boring sangat kena warded ni. Rindu dekat anak. Lagi rindu dekat ayah dia. Tapi malu nak cakap. Walhal waktu bercinta dulu hari-hari dok sms "i love you". Hahaha.
So, aku pon terfikir macam mana lah perasaan ibu-ibu yg bekerjaya, yang kena pergi kursus 2 3 hari tinggalkan rumah. Mesti meronta-ronta nak balik tengok anak. Aku ni pon hari-hari dok whatsapp mintak gambar Izz buat apa. Yang lagi sedih bila suami aku sanggup la bertekak dengan guard nak bawak Izz naik wad, bila dia jumpa aku, dia biasa je takde nak peluk aku ke, nangis-nangis drama sikit ke. Cheh...







Asalnya aku terus pergi hospital sebab haritu aku perasan baby macam kurang gerak. Sebab selama ni bukan main aktif, tiba-tiba haritu aku goyang gegar perut pon, baby takde respon. So, bila bagitau husband, dia terus suruh pergi Hospital Serdang.
MashaAllah punya ramai sangat patient. Aku sampai kena stay dua hari dekat kerusi untuk tunggu dapat katil dekat wad. Tidur, makan, minum semua dekat kerusi je. Sedihnya rasa nak balik rumah.
2nd day dekat hospital tu baby dah gerak macam biasa. Tapi bila diorang scan, kedudukan baby transverse. Which means dia melintang. So, memang diorang kata kena warded jugak sebab takut jadi apa-apa since aku dah 37weeks.



At first, diorang suggest nak buat ECV (External Cephalic Version), a technique diorang guna untuk pusingkan balik baby. Tapi diorang akan buat lepas dah dapat katil. Nak tunggu dapat katil pon susah, lepastu nak kena tunggu dia monitor lagi. Haihhh....



After dah dapat katil, pagi tadi doktor check dia kata kepala dah dekat bawah. Mata aku dah nampak sinar-sinar discharge tu. Malangnya doktor cakap diorang kena monitor baby kepala kat bawah at least 2 hari. Kalau dia still pusing-pusing, diorang still kena buat ECV. ECV pon belum tentu jgk baby akan sentiasa kepala dekat bawah. Kalau dia berpusing jgk, harapan terakhir aku kena ceaser la.
Ya Allah, bertambah-tambah hari duduk dalam wad tanpa sakit, dok tengok orang meraung contraction, lepastu dapat baby. Yang aku ni???
Aku berdoa sangat-sangat yang esok bila dia check kepala baby still dekat bawah. Tak mampu nak duduk saja dekat dalam ni sambil malam nangis-nangis homesick. T.T

Ada jugak aku tanya-tanya orang tips nak bagi kepala baby dekat bawah. Ramai cakap waktu solat tu cuba sujud lama-lama. Yang paling penting cakap-cakap dengan baby, pujuk baby dalam perut tu. Even doktor pon advise macam tu. Aku try la buat. Cakap-cakap dengan dia. Selama ni aku tau aku adalah seorang ibu yang teruk untuk kali ni sebab aku selalu abaikan dia, tak pernah pon cakap dengan dia, usap-usap perut pon jarang. Aku selalu bagi priority dekat abang Izz dia dengan harapan baby ni faham. Sorry adik. :(
Lepas dah try buat cara tadi tu, Alhamdulillah baru kejap tadi doktor datang check lagi sekali and dia cakap kepala baby still dekat bawah.

Ya Allah, permudahkan proses kelahiran ini ya Allah.
Keluarkanlah dari perutku ini zuriat yang soleh.

Dear baby, please be nice.
Adik tak kesian ke dekat ayah, dekat abang Izz.
Adik kan selalu dengar abang Izz nyanyi-nyanyi. Adik taknak balik rumah ke dengar suara abang Izz nyanyi sambil joget-joget?
Hoping for a better result tomorrow.
Allahumma yassir wala tu'assir


etika.



Wednesday, December 10, 2014

25 Tahun



Alhamdulillah...masih lagi diberi peluang untuk bangun pagi seperti sedia kala di antara suami dan anak. Semalam tepat 25 tahun hidup dekat dunia. Tak sangka dah tua.
Terima kasih untuk semua ucapan yang diterima. Amin amin amin untuk semuanya.

Tapi,
Yang paling pertama aku patut ucap terima kasih mestilah dekat seorang wanita tua bernama Suffia Abd. Rahim.
Sebab dia, aku ada dekat sini.
Sebab dia, aku adalah aku yang sekarang ini.
Sebab dia, aku dapat belajar tinggi-tinggi.
Sebab dia, aku dapat rasa jadi seorang isteri.
Sebab dia, aku tahu macam mana menjadi seorang ibu untuk anak sendiri.
Sebab dia, adalah segala-galanya.
Dia tak pernah minta balasan untuk apa yang dia dah bagi.
Aku ambil keputusan untuk jadi suri rumah walaupun dah ada degree pon dia tak pernah ungkit segala penat peluh lelah dia hantar aku belajar.
Sebab dia tau, pelajaran tu sangat penting untuk kita bawa pergi mana-mana.
Apatah lagi pengorbanan sakit perit nak lahirkan aku ke dunia ni. Sikit pon tak pernah minta untuk dibalas.
Sebab, seorang ibu bukannya inginkan balasan duit untuk setiap benda yang dia lakukan. Tapi ingatan kasih sayang seorang anak tu yang paling dia perlukan.
Itu yang dia pernah cakap dekat aku untuk ingatan.
Aku tahu, semua ibu pon macam tu.
Sebab tu bila dah ada anak sendiri, baru rasa payah nya kerja fulltime jadi ibu.
Semoga tersemat kemas segala nasihat dia dalam diri aku ini.

Terima kasih juga Badi'uzzaman Muhammad untuk kenangan semalam.
Walaupun dah belanja makan dekat Chemistry, dia janji nak bawak jalan-jalan lepas tengah hari.
Walaupun dah janji nak bawak jalan-jalan, tapi tak jadi.
Walaupun merajuk sebab tak jadi tapi aku tau, dia susah payah nak cari duit untuk aku, Izz dan baby.
Balik-balik tu, dia bawak balik sepotong kek yang boleh buat aku rasa happy.
Tq awak. :*



Semoga 25 tahun ini membuatkan aku lagi matang untuk tahun-tahun berikutnya.
Aminnnn.....
Oh, doakan semoga next experience aku dalam labour room berjalan dengan lancar.
Tinggal beberapa minggu je lagi.
Ya Allah, takut dia sama je macam anak pertama.
Akhir kata, terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak-banyak untuk semua sekali.
=)

Tq Dance by Izz :B



etika.




Wednesday, December 3, 2014

Barut Baby / Baby Binder by Ibu & Me

Hello lovely mommies!
Tengah mencari barut baby atau baby binder dengan design yang comel-comel dan funky?
Ibu & Me ada jual! Yeay!!!



Kenapa barut baby by Ibu & Me sangat sesuai untuk baby anda?
  • Barut baby kami mempunyai jahitan yang cantik dan kemas pada bahagian tali dan kami menggunakan dua jenis tali iaitu saiz yang besar sedikit sebagai asas untuk memegang tiga lagi tali kecil supaya tali-tali itu kuat dan tidak mudah tertetas ketika anda menarik tali itu untuk mengikat barut baby ini ke perut baby anda.
  • Bahagian belakang barut baby kami mempunyai potongan sedikit membulat supaya barut baby ini tidak mudah terkena kotoran ketika baby anda membuang air.
  • Kami menggunakan pelbagai corak menarik dari English/Japanese cotton yang berkualiti tinggi supaya dapat memberikan mood ceria manakala di bahagian dalam barut baby, kami menggunakan kain 100% cotton kosong dengan warna yang sepadan dengan corak kerana kain itu sangat sesuai untuk kulit baby dan ia akan sentiasa terletak di badan baby anda.


Dan kenapa barut baby Ibu& Me sangat sesuai untuk pilihan anda?
Kerana kami cuma mengeluarkan satu saiz yang muat dari baby anda dari 0-5 bulan.
Anda boleh berjimat kerana tidak perlu membeli barut baby yang baru mengikut saiz jika baby anda semakin membesar.
Panjang dan lebar barut ini telah dibesarkan hasil dari komen pembeli-pembeli barut baby kami sebelum ini.


Ini antara jenis corak yang ada buat masa sekarang:















Kalau berminat dan ingin order barut-barut baby ini, anda boleh lah
  • PM kami di facebook IBU & ME atau,
  • DM kami di instagram @ibuandme atau,
  • Email kami di hello.ibuandme@gmail.com atau,
  • Terus whatsapp/telegram kami di 017.9999.139

Terima kasih =)


tukang gunting kain Ibu & Me,
etika





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top