Assalamualaikum,
Tanggal 28hb Jun 2013, lahirlah seorang hero di pagi Jumaat.
Alhamdulillah, berkat pagi Jumaat untuk aku dan suami.
Waktu last checkup, doctor dah suruh suami aku pick a date untuk datang induce since aku pon dah lebih hari. So, suami aku decide hari Khamis, 27 June 2013.
27 June, 9.00 am
Sampai Wad Bersalin PPUM. Sepatutnya appointment 7.30am tp biasalah kan, jalan jam. (padahal terbangun lambat)
Sampai je hospital mmg aku lambai suami aku dgn sayu sbb prosedur PPUM mmg tak boleh bawak phone apatah lagi suami untuk masuk labour room. =(
Lepas dah tukar baju semua, dia terus buat CTG untuk check heart beat baby and contraction. So, baby aku semua ok, takde pape. Contraction pon takde sangat.
Dalam pukul 10 macam tu doc datang nak check bukaan. Serius check bukaan ni sakit. Rasa nak sepak je doctor tu weh! So, dia check aku takde bukaan lagi terus dia bagi aku induce 3 jam yg pertama.
Lepas induce tu kena lah jalan-jalan sekitar wad bersalin tu bagi ada bukaan sikit. Dah kata wad bersalin, dengar lah org dok meraung sakit bagai. Tak lama lepastu dengar baby nangis. Psycho sangat!
Tengah hari dalam pukul 1 tu doc dtg lg nak check bukaan. Kali ni dah tak sakit sangat da maybe dah kebal kot. hihi. Still dia kata takde bukaan lagi. Apa lah susah sangat nak terbukak jalan ni pon aku tak tau la. Then dia masuk kan lagi induce 3 jam yg kedua. Oh, lupa nak bagitau. Induce tu dia masuk kan ubat dekat serviks kita (serviks ek?). Sakit la jugak waktu dia masuk kan tu sampai terangkat punggung.
So, berdoalah bersalin nanti korang keluar tanda-tanda awal dari korang kena induce. Sedih. T.T
Pukul 4 macam tu aku dah mula rasa sakit-sakit pinggang setiap 10minit sekali. Rasa macam tak senang duduk. Doctor pulak tak datang lagi nak tgk aku. Nasib baik suami aku datang bawak makanan. So, dapat la duduk dekat depan kaunter menunggu tu piknik kejap dgn suami aku. Tapi 10 minit sekali rasa macam terangkat kaki ni tahan sakit.
5.30pm doctor dtg check bukaan aku. Dia ckp ada bukaan 1cm. Stress aku dgr. Susah betul nak terbukak ni dah kenapa. Tp dia tak masukkan induce yg ketiga sebab dia tgk aku dah ada frequent contraction. (Maximum ubat induce dia akan masukkan cuma 3 kali je. Kalau takde bukaan jugak terus kena operate)
So, bila aku dah mula ada contraction, dia terus pecahkan air ketuban. Memang bunyi dia macam belon air yg kena pecah. Serius. Hahaha. Bila dah sakit sangat, aku mintak nurse bagi aku ubat tahan sakit. Dia inject dekat punggung. Lepas kena inject tu je terus aku mamai gila nak tidur. Semua benda aku dengar macam di awang-awangan je. Hahaha.
28 June, 1.00am
Aku dah tersedar dari mimpi yg panjang. Tapi rasa sakit tu mmg tak boleh tahan. Bila sakit tu datang je, rasa macam nak tercabut pinggang ni. Aku panggil nurse kata tak tahan dah ni. Doctor datang check bukaan dah 3cm. Nurse bagi aku ubat berak. Haha. Rasa kesian sangat dekat dia sbb kena bersihkan berak aku dalam pan besi tu. Tapi sorry la. Aku dah sakit sangat. Lepastu diorang tolak aku masuk labour room.
Kau bayangkan aku tahan sakit sampai 8 pagi. Sakit gila kot! Walaupun labour room tu dia dah bukak aircond paling sejuk, aku still berpeluh-peluh macam berlari marathon. Aku asyik mintak air je. 8.30 am tu mmg dah tak larat sangat nak tahan sakit. Aku mintak nurse panggil doctor cepat. Doctor check bukaan dah 8cm tp diorg nak hold lg sampai 10cm. Aku kata aku dah tak tahan sangat ni sampai tak larat. Rasa sakit dia macam nak berak sembelit yg dah tak tahan nak teran tu tp taik taknak keluar. Serius. Mmg asyik rasa nak teran je. Terus diorang pon decide suruh aku bersalin sekarang sbb diorang mmg tgk aku dah tak larat. Takut aku tak larat nak push, nanti baby lemas pulak.
Sejam lebih macam tu aku dok push dalam labour room tu. Banyak kali kot aku push. Tapi diorang cakap aku tak reti teran. Diorang kata aku teran kat muka, bukan kat bawah. Aku rasa aku dah cukup teran kot. Sampai ada 4 orang doctor dalam labour room tu tlg aku. Siap ada 2 orang nurse tolong tolak perut aku. Hahaha. Punyalah tak pandai nak push. Tapi kalau korang rasa tak reti nak teran, jangan risau. Diorang akan ajar. Tarik nafas panjang-panjang. Waktu nak push tu tahan nafas, jangan keluarkan suara, push dalam 10-15 saat. Kalau rasa tak cukup nafas, curi nafas sikit. Aku push punya push baby taknak keluar jugak. Doctor marah cakap jgn berenti takut baby lemas. Dia suruh aku pegang dekat bawah tu rasa rambut baby. :')
Terus rasa semangat tu datang balik. Hahaha. Waktu kepala baby dah keluar tu rasa lega sangat-sangat. Sebab nak push dekat bahagian badan tak susah mana pon. Maybe sebab dah terbukak banyak kot.
Tengah sakit tu, aku ada nampak doctor pegang gunting, tapi serius tak rasa langsung dia gunting. Punyalah nak cakap sakit beranak tu tersangat sakit sampai dia gunting pon tak rasa sakit.
28 June, 10.19am
Baby pon keluar. Tengah darah-darah tu dia letak atas dada aku lepastu tanya baby lelaki ke perempuan. Soalan wajib jawab sebab dia nak tgk kita still concious ke tak. Then dia bawak baby keluar, maybe bersihkan sikit lepastu bawak jumpa ayah dia kot. Aku kat dalam tu dok rasa sakit kena jahit. Sakit jugak la. Waktu dia nak masuk jarum, rasa macam kena gigit dgn semut. Waktu dia tarik benang tu, rasa ngilu sangat. Fuhhh...rasa macam nak sepak je doctor tu.
Alhamdulillah, semuanya selamat. Tapi pengalaman dalam labour room tu kalau boleh taknak ingat sebab sakit sangat. Cuma rasa sakit tu macam sekejap je. Rasa semua tu jadi dalam sekelip mata je. Kuasa Allah.
Tapi kalau sesiapa tanya aku nak mengandung lagi ke tak. Maybe aku rasa "Ermmm.......tgk dulu lah macam mana" hahaha. Anak sorang pon bahagia ape!! Hahaha.
Dear Izz,
Semoga awak menjadi anak yg soleh. Yang dapat menjaga ibu dan ayah sampai kami tiada. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang ibu mengandung dan melahirkan awak. Percayalah, sesungguhnya kasih ibu itu tiada bandingnya.
Terima kasih suami,
Tanpa awak, saya takde kekuatan untuk semua ini. Awak sanggup tunggu dalam kereta tak mandi, tak makan, tak balik rumah, semata-mata nak tau perkembangan saya. Sanggup ulang-alik dari Shah Alam ke PPUM waktu saya dengan anak kena tahan dalam wad. :')
Ailebiu awak!
Ibu.