Friday, July 19, 2013

Post Natal Confinement

Salam ramadhan kareem everyone =)
Alhamdulillah harini dah masuk hari ke-21 aku berpantang. Yeay!
And of course la aku tak dapat nak berpuasa. Sedihhh... :(
Walaupun tak dapat puasa, jangan ingat aku best dapat makan sedap-sedap. Kesian dekat aku, waktu org berbuka aku cuma boleh tgk je murtabak, kuih-muih, air tebu dan sebagainya. Tsk tsk...

So, sepanjang berpantang ni, inilah antara benda yg aku amalkan.



Untuk set berpantang, aku beli Air Mancur. Cuma RM65 je. Oldskul tak? Hahaha. Tapi tapi tapi, aku tak makan pon jamu yg dia bagi dalam set tu. Aku cuma pakai benda-benda sapu je macam pilis yg sapu dekat dahi tu. (tu pon aku pakai berapa hari je sbb aku rasa pening pakai benda tu) Then aku pakai tapel, dia sapu dekat perut sebelum nak pakai bengkung. Bengkung pon aku pakai yg tradisional punya je. Tak mampu nak pakai corset tu sume. =(
So, kain sepanjang 5 meter tu kena dok lilit kuat-kuat kat perut. Mengah! Believe it or not, perut aku nampak macam shrink sikit lepas seminggu pakai bengkung murahan tu. Wallahi. Muahaha.
Lepastu waktu ada makcik datang urut untuk 3 hari tu, dia ada la sapu apa-apa benda entah dalam set jamu tu dekat satu badan dengan muka aku. Tapi jamu dalam tu mmg aku tak makan. It's a big NO for me!




So, untuk ganti jamu tu, aku makan la ubat-ubatan ni. Since dua-dua ubat Shaklee tu aku dah consume dari pregnant lagi, so aku teruskan makan sampai sekarang. Then, yg lain-lain tu aku cuma makan madu kelulut bagi tambah tenaga sikit, tablet ikan haruan (sebab geli nak makan pati sebab tu beli pil) untuk baik kan luka bahagian dalam, habbatus sauda dengan makan kurma.

Kalau nak keringkan luka jahitan tu dengan cepat, nurse cakap kat aku, bersihkan kawasan jahitan tu dengan air asam keping. Memang tempat jahit tu baik cepat. Dalam seminggu lebih macam tu aku dah boleh jalan tanpa rasa sakit lagi dah. Rebus je asam keping 5-6 keping macam tu dengan air. Waktu nak mandi or everytime nak buang air, amek air asam keping tu buat basuh.

Alhamdulillah, masuk minggu ketiga ni aku rasa macam sihat sangat.
Semoga aku terus diberikan kesihatan yg baik oleh Allah swt. Amin.
When i'm ill, it is He who cures me.
=)


Selamat berpuasa from me,








0 kritikan.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top