Thursday, July 17, 2014

Hikmah

Kebiasaan aku, aku akan prepare segala bahan-bahan untuk aku masak sahur nanti waktu tengah malam.
Dan semalam macam biasa aku potong sayur, blend cili, rebus paru, dan last sekali aku perah kelapa.
Lepas habis perah dapat la dalam semangkuk santan. Aku nak tukar ke bekas yg bertutup sebab nak simpan dalam peti ais. Tapi tiba-tiba segala santan yang baru aku perah tadi habis jatuh tumpah lebih dari separuh. Memang tak cukup untuk aku masak kobis masak lemak sahur nanti.

Kalau ikut rasa hati yang penat ni memang rasa macam nak marah. Kelapa tu dah la saki baki yang last ada dalam peti ais. Dah jadi satu keje nak suruh suami pergi kedai tengah-tengah malam buta beli kelapa, dan perah lagi nak dapatkan santan.
Tapi bila fikir balik kenapa tiba-tiba santan tu boleh jatuh tertumpah.
Mungkin ada hikmah Allah nak bagi.
Iye, walaupun cuma santan kelapa.
Kalau ikutkan kelapa tu agak dah lama aku simpan dalam freezer atas.
Lepas dah perah pon, santan yang dapat tak pekat mana pon mungkin sebab dah terlalu lama.
Aku cuba bau. Hmmm....bau agak macam dah tak berapa fresh.
Kalau aku masak sahur nanti guna santan tu mungkin lauk tu jadi tak sedap, atau tak tahan lama untuk bagi Izz makan tengah hari nanti.
Mungkin lepas dah makan akan sakit perut ke.

Yup.
Every cloud has a silver lining.
Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya.
Mungkin kes aku ni agak kecil, tapi dalam tak sedar walaupun sekecil-kecil kejadian, Allah sentiasa ada untuk jaga kita.
Dalam setiap hari-hari aku, apa yang berlaku di sekeliling aku, apa yang aku rasa sempit dalam setiap benda, semuanya mesti ada hikmah Allah bagi.

Satu contoh aku boleh bagi.
Kau dah berusaha segala penat lelah kau keje siang malam cari duit sampai kau boleh beli kereta baru.
Tiba-tiba tak sampai sebulan pon kau pakai, kereta kau ter kemalangan, atau ter calar sebab orang lain.
Kalau ikut rasa hati yang amarah dan sentimental value, memang kita akan rasa teramat marah dengan orang tu. Tapi, mungkin sebenarnya Allah hantar dia untuk ingatkan kau sesuatu.
Sesuatu yang kau tak sedar tapi bagus untuk kau.

So, beringatlah.
Allah sentiasa ada untuk kita.
Sama ada kita sedar atau tak, kita terlalu leka dengan dunia sampai kita boleh lupa Dia sedangkan Dia tak pernah lupa kita.



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah Al-Baqarah:216)




Wallahualam.
Terima kasih Allah.
=)


Salam 19 Ramadhan,
etika


0 kritikan.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top