Saturday, September 9, 2017

Sayang, Happy 5th Anniversary!



Eh dah 5 tahun dah?
Rasa macam sekejap tapi sebenarnya rasa macam banyaknyeeeee suka duka susah senang pahit manis maung yang kitorang dah hadap sama-sama.
Dari anak bujang sorang, sampailah dah ada 3 orang anak teruna.

Tahun ke 5 dan ke 6 mendatang ni memang kitorang tahu akan banyak lagi pengalaman susah dan pahit untuk kitorang tempuh sama-sama.
Semoga yang indah dan manis tu akan terbit di kemudian tahunnya.
Inshaa Allah aaminn....

Nak celebrate pun tak dapat sebab tengah berkain batik dan berstokin.
Anak ketiga ni pun still merah lagi. Nama pun takde lagi. Haha.
So, kita duduk diam-diam dekat rumah sambil tunggu suami balik dari ambil gambar.
Anniversary pun ambil job oi!

Ok lah.
Time-time anniversary ni lah nak teringat momen-momen time bercinta dulu-dulu.
Kah.
Disebabkan kitorang kenal pun tak lama, so ada beberapa kali je la keluar dating sama.
First time keluar dating, after dia dah datang jumpa family time mula-mula kenal dulu.
Itupun dia ajak teman dia keluar pergi Wangsa Walk dengan adik-adik dia yg baru datang dari Kelantan.
Konon je lah tu kan. Haha
Yang ada time tu Hadi sebab dia memang duduk UIA. Lepastu ada Baha, Imtiyaaz dengan Mukmin.

Mula-mula kitorang pergi tengok wayang. Tak silap rasanya cerita Ice Age kot.
Malangnya kita yang tak minat cerita kartun-kartun time tu (sekarang ni dah terpaksa minat la sebab anak suka tengok kan) selamba je tertidur dalam wayang. Tak jaga langsung tatasusila sebagai bakal kakak ipar time tu. Hewhew..

Dah habis tengok wayang, dia ajak teman dia pergi atm keluar duit.
Kita ni duduk la jauh-jauh. Ye la, orang nak keluar duit kan. Kang kata nak merompak pulak kalau duduk dekat. Hahaha
Tiba-tiba si Badi ni panggil datang dekat dia kat mesin atm tu.
Tanpa dipinta, dia bagitahu no pin Bank Islam dia. Tiba-tiba je.
Time tu rasa macam, ewahh...hang ingat aku ni wanita materialistik gamaknya.
Hahahaha.
Kot la korang boleh apply dekat girlfriend korang nanti. Antara tips and tricks nak mengorat bakal isteri. Kahkah.

Lagi satu antara momen tak dapat lupa,
Ada satu hari tu, kita ni keluar pergi KLCC dengan Dila. Saja nak jalan-jalan shopping habiskan duit ptptn.
Tiba-tiba Badi call nak jumpa kejap dekat area KLCC tu. Katanya baru lepas ambil gambar dengan Mushi.
Ok lah. Kita ni suruh la Dila balik UIA dulu.
Ntah macam mana tak perasan yang bateri fon habis.
Time tu dah zaman milenia. Segala public phone semua tak boleh guna.
Ke hulu ke hilir dari tingkat atas ke tingkat bawah mencari public phone semata.
Sampai dah penat dekat sejam, ikut je lah rasa hati pergi tunggu dekat walkway dari dalam mall nak keluar ke tren KLCC tu.
Ada lah duduk berdiri saja dekat situ dalam 15 minit.
Lepastu saja lah nak terpandang dekat hujung walkway belah sana.
Tiba-tiba, nampak one guy ni pun tengah tunggu dekat hujung walkway sana.
Rupanya si Badi ni pun baru terpandang kita ni jugak.
Sumpah tak tipu weh macam dalam filem melayu hero heroin terpandang. Kahkahkah!!!
Katanya dia pun lebih kurang dalam 10-15 minit berdiri kat situ. Bila dia call tak dapat. So dia fikir tunggu je lah kat situ kot kita lalu kat situ nak naik tren balik UIA. haha.
Tolonglah muntah. Sebab itulah momen yang rasa macam jiwang habis. >.<

Sekarang ni, tak payah lah dikenang nak dapat keluar dating dengan perasaan romantis macam dulu.
Ada je anak dok buat perangai nak mainan itu lah, makanan ini lah. Tantrum lah.
Last sekali, ayat yg keluar dari mulut kita ni,
"Haaa..dah lah. Jom je lah balik. Lepasni tak payah dah ikut ibu dengan ayah keluar"
Serabut kepala bila keluar dengan anak-anak. Ni lagi lah, dah masuk tiga orang hero.
Ibu is stress.
Tapi kadang bila ibu ni yang nak keluar, anak-anak juga yang dipergunakan suruh bisik dekat ayah bawak jalan. Hahaha.

Alhamdulillah, finally kita dapat jugak survived all the first five years in our marriage.
Semoga tahun ke 5 ini adalah tahun tough yang terakhir buat kita.
Harapnya 5 tahun ini lah yang kita akan ingat segala jerih perit untuk kita lagi bahagia dan kuat untuk tahun-tahun seterusnya.
Dan semoga bila senangnya kita nanti, kita tak akan lupa segala susah kita yang dah kita lalui selama ini.

Semoga Allah balas segala tenaga yang awak korbankan,
segala keringat yang awak keluarkan,
segala duit yang awak hulurkan,
segala makanan yang awak suapkan,
segala bahagia yang awak berikan.


Semoga Allah balas setiap satunya tanpa tertinggal sikit pun.

Sebab saya sayangkan awak sebanyak pengorbanan sakitnya saya lahirkan anak-anak kita.
Terima kasih sayang.




Wanita Terbahagia,
etika.


Related links: Sayang, Happy 1st Anniversary!, Sayang, Happy 2nd Anniversary!, Sayang, Happy 3rd Anniversary!, Sayang, Happy 4th Anniversary!


0 kritikan.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top