Thursday, August 11, 2011

4 JENIS MANUSIA YANG DATANG ISI MINYAK

attn. to SHELL user!

*Ini adalah pengalaman aku sepanjang aku jadik cashier dekat SHELL.
Memang ini adalah perkara biasa yang berlaku hari-hari dan ye...kalau anda adalah pengguna Shell yang bijak, hentikanlah perbuatan ini. =__="





1. Kau bagi je duit dekat kaunter tanpa cakap pape.

"........................................................................."

Adakah kau dilahirkan bisu atau kau nak buat amal jariah dengan memberi duit tu dekat cashier?





2. Kau bagi duit kau dekat kaunter dan dengan bangganye kau laungkan jenis kereta/motor yang kau pakai atau pun kau cuma bagitau nombor plat kereta/motor kau.

"Kak....yang kereta kancil turbo kaler pink tu ek. Alaaa....yang depan kete mevi tu. Seploh ringgit ek kak." 

Ye...memang kereta kau sorang je dekat pam tu. o_O





3. Kau bagi duit kau dekat kaunter lantas kau sebutkan kenderaan kau di pam berapa dan ........... kau terus tunggu ...... dan tunggu............

Kau memang seorang yang setia. Kau akan pastikan si cashier betul-betul dah key in duit kau ape jadah sume sampai kau nak dengar cashier cakap "Err...dah boleh isi da." What theee......





4. Dan bila kawan-kawan aku dapat tau aku jadik cashier dekat Shell, kebiasaan ayat diorang adalah;

"Waahh....boleh la dapat minyak free kan" 
=_____________=

Ye...ye...aku memang keje untuk kawan-kawan dapat minyak free. Shell tu memang bapak aku yang punye.





Secara konklusinya, aku rindukan bangla-bangla dekat Shell tu. :')


Dan aku juga rindukan Dunkin Donut free waktu keje malam.
Ye...tersangat rindu oh oh...







 *bapak lame gile aku tak update blog weh. dah bau kepam da blog aku ni.






    Sunday, July 31, 2011

    Selamat Menyambut Ramadhan

    niat puasa sebulan :
    sahaja aku berpuasa esok hari selama sebulan Ramadhan kerana Allah Taala..
    sesiapa yg terlupa niat pada mana2 malam, puasanya adalah sah jika telah berniat sebulan seperti diatas..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    back to top