Thursday, August 11, 2011

4 JENIS MANUSIA YANG DATANG ISI MINYAK

attn. to SHELL user!

*Ini adalah pengalaman aku sepanjang aku jadik cashier dekat SHELL.
Memang ini adalah perkara biasa yang berlaku hari-hari dan ye...kalau anda adalah pengguna Shell yang bijak, hentikanlah perbuatan ini. =__="





1. Kau bagi je duit dekat kaunter tanpa cakap pape.

"........................................................................."

Adakah kau dilahirkan bisu atau kau nak buat amal jariah dengan memberi duit tu dekat cashier?





2. Kau bagi duit kau dekat kaunter dan dengan bangganye kau laungkan jenis kereta/motor yang kau pakai atau pun kau cuma bagitau nombor plat kereta/motor kau.

"Kak....yang kereta kancil turbo kaler pink tu ek. Alaaa....yang depan kete mevi tu. Seploh ringgit ek kak." 

Ye...memang kereta kau sorang je dekat pam tu. o_O





3. Kau bagi duit kau dekat kaunter lantas kau sebutkan kenderaan kau di pam berapa dan ........... kau terus tunggu ...... dan tunggu............

Kau memang seorang yang setia. Kau akan pastikan si cashier betul-betul dah key in duit kau ape jadah sume sampai kau nak dengar cashier cakap "Err...dah boleh isi da." What theee......





4. Dan bila kawan-kawan aku dapat tau aku jadik cashier dekat Shell, kebiasaan ayat diorang adalah;

"Waahh....boleh la dapat minyak free kan" 
=_____________=

Ye...ye...aku memang keje untuk kawan-kawan dapat minyak free. Shell tu memang bapak aku yang punye.





Secara konklusinya, aku rindukan bangla-bangla dekat Shell tu. :')


Dan aku juga rindukan Dunkin Donut free waktu keje malam.
Ye...tersangat rindu oh oh...







 *bapak lame gile aku tak update blog weh. dah bau kepam da blog aku ni.






    24 kritikan.:

    aisya said... Best Blogger Tips

    best nya dapat free dunkin donut malam2.. hehe

    alien said... Best Blogger Tips

    nak rokok sekotak free
    aggagaga

    ZWAN SABRI said... Best Blogger Tips

    wah! dah siap boleh buat kategori customer.. HAHA


    MySuaraBlog: Kurangkan Makan Nasi

    isma said... Best Blogger Tips

    sy pon pernah kje kat petrol station.. tapi esso... :)

    syrupmasin said... Best Blogger Tips

    bangla tuh mesti berbau harum kan?? :D

    mykhalis said... Best Blogger Tips

    khalis pergi petronas..huuu

    padle said... Best Blogger Tips

    aku jelez tang dapat makan dunkin donut tu....

    dill said... Best Blogger Tips

    tu lah. ramai yang tingin nak expose diri sbenanye kat stesen minyak tu. hihi

    dill.

    Yuslia Suhana said... Best Blogger Tips

    Eh yang no.3 tu selalu aku buat.. Hahahahaha

    CreativColor said... Best Blogger Tips

    entri yang simple tapi ada isi.. :) i like..

    Bazilah said... Best Blogger Tips

    woi woi ni draft bile ni baru publish kee haha

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @aisya
    dah lame2 muak jugak kalau hari2 makan dunkin donut. ;p

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @alien
    bawah umur tak boleh hisap rokok. hahaha. ;p

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @ZWAN SABRI
    dah hari2 jumpe customer. pelik2 kot perangai. =.="

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @isma
    owh...esso ade kedai ke tak ek?

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @syrupmasin
    ini bukan bangla busuk punye. hari2 pakai minyak wangi bau kuat weh. naik pening pale keje dengan diorang. siyes wangi gile babas.

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @mykhalis
    Petronas tak best. Baik g SHELL. ;p

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @padle
    Kau nak ke? Kadang2 waktu malam si bangla tu suke jual 3 singgit. slambe je diorang jual padahal sume donut tu kene buang takpon bawak balik rumah.

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @dill
    Lagi bengang kalau orang tu bagi duit main campak je. perghhh.......rase nak sepak je. grrr...

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @Yuslia Suhana
    =___________="
    tak percaya dekat cashier ke weh.... T.T

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @CreativColor
    heh...terima kasih. ;)

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @Bazilah
    bijak la kau ni...hahaha. memang ini draft je. sebab dah lame sangat tu aku tambah perenggan rindu tang hujung skali tu. hahahahah...

    Woofer Storm said... Best Blogger Tips

    dulu pena keja cshier petronas,dah keja tu mcm2 pergai orang kita leh nmpak ni..dunia3..

    nice entry ni^^

    rj Etika said... Best Blogger Tips

    @Woofer Storm
    hahaha...kan kan. yang kaya perangai camni. yang tak bape kaya perangai camni. macam2 perangai pelik. =.="

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    back to top