Thursday, November 13, 2014

My Degree Convocation Day




Alhamdulillah....after a looooonnnngggg journey i've been through, finally on 13th Oct 2014 berjaya jugak jadi official fresh grad. Phewhhh~
Dalam wishlist teringin nak ibu, and my lil family; husband and Izz dtg convocation. Tapi Allah maha merancang. Dia bagi extra baby for me as peneman waktu dalam dewan. =')
Dulu waktu final exam, Izz dalam perut tolong aku jawab exam. Kali ni adik dia pulak yang tolong teman aku naik atas stage. Wiwiwi~




This is my ibu.
Proud single-mommy. Yang berjaya besarkan anak-anak dia. Walaupun kitorang semua takdelah berjaya mana pon. ;p
Tapi Alhamdulillah, berkat doa dari ibu lah, aku dapat rasa kehidupan yang sekarang ni.
Ya Allah, panjangkan umur ibu ku agar dia dapat lihat dan berkongsi lebih banyak lagi pencapaian aku dalam hidup ini.



And....this is my lovely man.
My man-behind-the-camera. Walaupun cuma few hours je dia bertahan dalam dewan, tapi dia lah susah payah sepanjang hari convo aku. Dia lah lelaki yang lambai tangan dekat aku waktu aku keluar dewan. Dan dia jugak lah lelaki yang bagi aku bunga on that special day. Walaupun dia terus bagi bunga tanpa sepatah kata-kata romantik, tapi aku tau dia malu nak cakap. Hehehe. Sebab dah berbulan aku kata, "Nanti hari convo saya nanti awak mesti bagi bunga tau!" tapi dia tak pernah pon cakap nak bagi.




Ini. Budak kecik yang selalu kacau ibu waktu nak buat assignment. Semoga satu hari nanti Izz dan adik akan lebih berjaya dari ibu dan ayah. Belajar rajin-rajin ye wahai anak-anakku.




Ini Fazlin. Fazlin bt Md Ali.
Dia single lagi. ;p
Cuma aku dan dia je yang tinggal tak convo lagi. Kawan-kawan lain semua dah lama dah grad. Sob sob... Selalu orang akan beria amek gambar convo dengan kawan-kawan. Malangnya aku cuma ada 1 kawan je nak amek gambar sama-sama. Haha..




Then, ini adik aku. Tufa.
Dia baby-sitter Izz waktu aku, husband and ibu ada dalam dewan.
Tq acu sebab tolong jaga Izz. Sepatutnya ada Hadi, adik ipar aku sekali tolong jaga. Tapi dia tiada dalam gambar.




The bestfriend, Annur.
Dia teman aku waktu nak hantar robe.
Walaupun dia convo dulu, tapi dalam geng, cuma kitorang je yang jadi suri rumah sepenuh masa.
Selalu dok lepak rumah masing-masing. Dok tido, gosip, bebel-bebel, kongsi resepi. Suri rumah sangat perangai! haha...




These are my pre-convo punya gambar.
Waktu ni aku menangis-nangis nak suruh suami sendiri amekkan gambar.
Yelah, asyik amek gambar orang je...bila gambar isteri sendiri asyik delay. Sedih taw!










Ini pulak versi post-convo sebab nak hantar robe.
Perli sangat laki aku ni! Hahaha.
Tapi semua gambar-gambar ni dapat buat simpanan dalam pc je la.
But at least gambar-gambar husband aku amek ni cantik banyak dari gambar yg official photographer utk uia punya convo tu amek. Nak letak dalam frame tayang kat rumah pon malu. Buruk sangat! T.T






Kalau nak bagi ucapan terima kasih untuk semua orang memang tak tertulis la kan. Sebab aku rasa semua orang yang got involved dalam hidup aku ada peranan masing-masing untuk aku bagi ucapan terima kasih. Tak kiralah dari side positive mahupun negative. Semuanya membantu aku untuk jadi aku pada hari ini.
Walaupun aku amek keputusan untuk jadi fulltime-housewife walaupun dah bertahun penat belajar tapi aku dapat rasa keputusan ni adalah yang paling tepat.
Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap setakat jadi suri rumah, takde pegang duit sendiri, tak dapat nak beli barang-barang yang kita nak, jadi katak bawah tempurung selekeh serabai jaga anak je kat rumah. Tapi suri rumah adalah pekerjaan yang paling mulia bagi seorang isteri.
Biasalah tak cukup itu ini, tapi aku ada masa yang sangat cukup untuk keluarga aku sendiri.
Inshaa Allah, ada rezeki lebih aku akan berusaha jadi businesswoman. Heheheh...
Dan inshaa Allah jugak kalau ada peluang aku teringin jugak nak sambung Master.
Supaya ilmu yang aku dapat jadi manfaat untuk anak cucu cicit aku nanti. =)



Proud-housewife,
etika




Wednesday, November 5, 2014

Birthday Surprised for Mr. Hub

Tahun ni aku saja buat surprise nak sambut birthday husband dekat cafe Foodsbury sbb aku ada ternampak dekat instagram yang diorang ada provide birthday packages. Actually dah lama aku buat reservation thru email.



So, petang tadi aku saja la ajak dia try makan dekat cafe ni lepas Maghrib dengan alasan tak larat nak masak. Walhal memang aku dah reserved pukul 8 malam. Sesampainya di cafe, aku terus ajak pergi dekat meja yang ada deco-deco Happy Birthday. Lalu dia pon tersengih-sengih tak tau nak cakap apa. Malu letteww. Ahahaha.




Not bad jugak dia punya birthday packages. Dia ada sediakan dari 2 pax - 20 pax and the price range starts from RM60-RM510. Waktu nak reserved awal-awal tu dia ada bagi kita pilih menu main course, cake, air, free tidbits and deco semua inclusive in the package.




Aku pilih Spagheti Aglio Olio, Iced Lemon Tea, dengan Choc cake. Itupun aku gigih tanya husband antara menu-menu bla bla bla...dia akan pilih apa. Konon-konon saja nak tanya soalan-soalan mcm tu. Padahal aku nak reserved menu.



Kebetulan pulak, memang every Wednesday diorang ada buat openmic macam ada orang nyanyi-nyanyi buat performance. So, kira kitorang dapat free show la sempena birthday dia. Haha. Tapi tak dapat nak stay lama tengok performance sebab Izz demam pulak start malam semalam. Then terpaksa la kitorang balik awal lepas setel makan-makan.
Maybe aku yang beria nak surprise buat reservation bagai, tapi at the end, he is the one who paid the bills. Haha..sorry lah. Isteri awak tak kerja. Takde duit nak bayar. ;p

So, for those yang rasa nak buat birthday surprise tapi tak tau nak buat kat mana, try lah cafe Foodsbury ni. Dia dekat Seksyen 9 Shah Alam. Boleh follow diorang dekat instagram @foodsbury or terus email dekat foodsbury@gmail.com for any inquiries.
Thank you Foodsbury for the good food and the services.
Will definitely come back next time.
=)

And for my loved hub,
Semoga Allah panjangkan umur awak supaya kita dapat rasa tua sama-sama.
Semoga awak dimurahkan rezeki supaya kita dapat lihat jatuh bangun kita sama-sama,
Semoga awak sentiasa dalam keberkatan Allah supaya awak dapat bimbing saya sama-sama ke syurga.
Semoga Allah kuatkan bahu kita supaya kita dapat tanggung segalanya sama-sama.
Semoga keluarga kecil kita akan sentiasa bahagia sampai bila-bila.



Sincerely,
etika



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top