So, petang tadi aku saja la ajak dia try makan dekat cafe ni lepas Maghrib dengan alasan tak larat nak masak. Walhal memang aku dah reserved pukul 8 malam. Sesampainya di cafe, aku terus ajak pergi dekat meja yang ada deco-deco Happy Birthday. Lalu dia pon tersengih-sengih tak tau nak cakap apa. Malu letteww. Ahahaha.
Not bad jugak dia punya birthday packages. Dia ada sediakan dari 2 pax - 20 pax and the price range starts from RM60-RM510. Waktu nak reserved awal-awal tu dia ada bagi kita pilih menu main course, cake, air, free tidbits and deco semua inclusive in the package.
Aku pilih Spagheti Aglio Olio, Iced Lemon Tea, dengan Choc cake. Itupun aku gigih tanya husband antara menu-menu bla bla bla...dia akan pilih apa. Konon-konon saja nak tanya soalan-soalan mcm tu. Padahal aku nak reserved menu.
Kebetulan pulak, memang every Wednesday diorang ada buat openmic macam ada orang nyanyi-nyanyi buat performance. So, kira kitorang dapat free show la sempena birthday dia. Haha. Tapi tak dapat nak stay lama tengok performance sebab Izz demam pulak start malam semalam. Then terpaksa la kitorang balik awal lepas setel makan-makan.
Maybe aku yang beria nak surprise buat reservation bagai, tapi at the end, he is the one who paid the bills. Haha..sorry lah. Isteri awak tak kerja. Takde duit nak bayar. ;p
So, for those yang rasa nak buat birthday surprise tapi tak tau nak buat kat mana, try lah cafe Foodsbury ni. Dia dekat Seksyen 9 Shah Alam. Boleh follow diorang dekat instagram @foodsbury or terus email dekat foodsbury@gmail.com for any inquiries.
Thank you Foodsbury for the good food and the services.
Will definitely come back next time.
=)
And for my loved hub,
Semoga Allah panjangkan umur awak supaya kita dapat rasa tua sama-sama.
Semoga awak dimurahkan rezeki supaya kita dapat lihat jatuh bangun kita sama-sama,
Semoga awak sentiasa dalam keberkatan Allah supaya awak dapat bimbing saya sama-sama ke syurga.
Semoga Allah kuatkan bahu kita supaya kita dapat tanggung segalanya sama-sama.
Semoga keluarga kecil kita akan sentiasa bahagia sampai bila-bila.
Sincerely,
etika
0 comments:
Post a Comment