Tuesday, November 18, 2014

Handmade Baby Binder by Ibu&Me

Bismillahirrahmanirrahim


This is my current ongoing-project.
Alhamdulillah....selama setahun lebih jual barut baby ni dekat blog, finally baru terasa nak jual barut baby ni secara serius.

Mula-mula dulu tak terfikir pon nak jual, just saja nak share dekat blog jenis barut yang aku suruh ibu jahitkan untuk baby Izz dulu and alang-alang saja je la suka-suka nak promote kalau-kalau ada orang berminat nak tempah.
Ni link untuk entry tu: Barut Baby & Barut Baby Comel
Tapi memang tak sangka, dari hari ke hari makin bertambah pulak orang yang tanya-tanya dekat email pasal barut baby yang aku post tu. Dulu pon jual guna personal email je.

So, dengan support dari suami i yang terchenta ni, dia kata why not buat betul-betul jual barut baby ni. Bukannya susah sangat pon nak buat. (Yelah sebab aku tukang potong je. Ibu aku yang tolong jahit ;p)
Secara automatisnya, kitorang buat rebranding.


Dulu guna nama Ibu je sebab dia macam unik nama melayu. Then panggilan ibu tu sendiri macam lembut je. by Suffia tu sebab ibu aku yang fully buat semua, dari potong barut tu sampai lah jahit apa semua.



Tapi sekarang kitorang nak try buat dia macam universal sikit, tu yang pilih jadi Ibu & Me. Campur bahasa sikit. Melayu tambah English. Kira macam Ibu dan anak la sebab Me tu macam refer dekat anak. Then, mana lah tau kalau-kalau lepasni boleh shipping worldwide pulak kan. Mana tau. Kita cuma merancang je, Allah yang tentukan. Logo pon saja buat 2 3 colours sebab nak nampak ceria sikit.

And before ni jual jenis plain tapi macam-macam warna la ada dengan corak stripes je. Memang tak banyak pilihan. Tapi sekarang ni kitorang berusaha cari kain yang berkualiti dengan macam-macam design and pattern yang comel-comel, yang cute-cute. Seiring la dengan zaman moden skg ni kan.

Sekarang ni pon aku tengah dok busy lagi potong-potong semua kain. Tapi aku dapat buat kerja waktu malam je la. Kalau tak kang, ada yang aku berkejaran dengan Izz kat rumah ni dengan gunting.

Inshaa Allah, mungkin rezeki anak-anak, doakan semoga apa yang aku buat ni berjaya.
Siapa yang nak jadi suri rumah yang busuk je kan. Nak jugak capai cita-cita sendiri.
Lepas-lepasni ada rezeki lebih, kot-kot dapat jual macam-macam barang baby handmade yang lain ke kan.

Oh, btw for those yang berminat nak beli baby binder ni, you can contact us at:
Instagram: @ibuandme
Email : hello.ibuandme@gmail.com
Whatsapp/Telegram: 017.9999.139

Thank you,
etika
tukang gunting kain at Ibu & Me



0 kritikan.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top