Sunday, January 30, 2011

KEHIDUPAN YANG SIA-SIA DI HARI AHAD


LEBIH KURANG MACAM NI LA MUKE AKU KAT RUMAH HARINI.
Eh...tercapslock plak. hadeh la..
Tapi aku takdela pakai skirt macam budak perempuan ni.
Aku pakai baju kurung ala-ala zaman penjajahan Jepun waktu duduk rumah. Baru style.
hahah.
Ok..tak lawak. Tak payah gelak.

Harini aku buat ape je kat rumah ek?
Rase macam sia-sia je kehidupan aku harini.
Bagai melukut di tepi gantang.

!#$^*&)(*(^$#$%0

Weh...bosan weh!
Tolong aku!
Tolong joget depan aku. Bagi aku gelak pon da syukur Alhamdulillah.


Haish...takde ke kawan-kawan aku nak ajak kua harini?
Weh...korang da lupe dekat haku ke?
Henset aku langsung tak mengeluarkan sebarang lagu indah seperti nyanyian M.Nasir ataupun M. Daud Kilau.
Yang ade hanya lah bunyik katak sebab tengah hujan dari pagi tadi sampai la skang.
errkkk...hujan?
Hadeh..kalau dapat tido ni best ooo..
Pastu guling-guling dalam selimut.
Wahhhh.....indahnya dunia saya.
Tapi malangnye aku ade keje nak buat...malas gile.
Hari Ahad pon buat keje jugak. Dah macam pekerja bangla.
Takde ke ubat rajin ade jual dekat uptown ke, pasar malam ke.




Mak aihh...bosannye!
Aku da ulang ayat bosan ni banyak kali da.
Ini menunjukkan yang aku tersaaaaangat lah bosan sampai rasa nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding.

Hai kakak, pakcik makcik, abang, adik,
KORANG TAK BOSAN KE?
Mehla datang rumah saya minum-minum kopi sambil joget lambak.
Lepastu kite main polis entri ke, main pondok-pondok ke, nenek-nenek si bongkok tiga ke.
Hah kau..sumenye permainan zaman dulu je aku bagi. hahah.
Aku memang outdated.



Ini adalah 18sx. Dont do this at home.


Bila kepala otak dah tatau nak tulis ape, jadi marilah kite tido di dalam tong sampah nescaya kita akan berjaya di dalam kerjaya.
Ok..merepek macam haram.
Bai.



zzzzZZZzzzz



Tuesday, January 18, 2011

KERANA DIA ADALAH SAFINA

Hai korang, hai pakcik, hai makcik, hai kakak abang adik.
Meh sini saya nak cerita.
Harini aku tidak akan mengarut merepek meraban seperti selalu.
Aku akan kenalkan korang dengan seorang model bernama Safina.

Kerana dia adalah Safina.
Dia bukanlah blogger famous amous ke, pemain tennis dunia ke, anak Anita Sarawak ke.
Safina adalah seorang model yang menjadi Sumber Inspirasi kepada seorang designer; fqemo.
*Bukan Inspira, mahupun Alza atau Naza Kiah. (ok..merepek kejap. syhhh!)

Kenapa aku buat entry pasal perempuan ni?
Sebab dia adalah model yang bukanlah seksi, hanya menjadi diri sendiri.
Yang pasti, dia sangat comel.

Ok korang..kenalkan, ini Safina.
*Ok Safina, salam semua orang cepat!

Kembang kau hidung die bile tau aku nak cite pasal die.


Hah...inilah budak hingusan berwarna hijau yang kuat kentut dan ikut je sume perangai tak elok ayah dia.
Kalau tak, cite Adamaya tu budak ni yang dapat offer, tapi tu lah, schedule dah full sangat shooting sana-sini kan. Tu yang pass kat kawan baik dia tu, Mia.
(Ok..itu tipu)

Pernah la jugak aku berblogwalking, terbaca entry-entry pasal manusia bawahan umur dan masih hingusan ni kat blog-blog mereka.
Contohnya blog Cik Epal cerita pasal si Baby Mason, Fatin Liyana cite pasal adik dia, and the latest one is Elia (ala..yg awek Khairul Fahmi tu) pon cite pasal adik die jugak.
So, aku pon nak jugak la cite pasal si model cilik yang minum susu Snow baik untuk kesihatan, minda dan otak ni.



NAMA : Safina Fendy
UMUR : Setahun jagung
ASAL : Bandar Baru Bangi
TEMPAT LAHIR : Manchester United
NAMA AYAH : Zamani Slam
NAMA IBU : Lisa Surihani
HOBI : bersukan, mengumpul setem, online facebook.
MAKANAN KEGEMARAN : semua benda yg boleh masuk mulut
MINUMAN KEGEMARAN : Susu Snow
WARNA KEGEMARAN : Kuning

Ok...kenapa warna feveret die kuning?
Ini kerana ayah die dah tetapkan warna pilihan untuk die.
Semua barang-barang permainan die sume warna kuning.
*Jangan tanya aku kenapa sebab aku tatau ape dalam otak seni ayah die.

Sangat buas, nakal, dan sebagainya yang 18SG.
Luaran perempuan, tapi hati lelaki.
Mudah terpengaruh dengan orang sekeliling.
-Pernah sekali tu dia tengok je kitorang main game dance yg pakai mat tu. Esoknya terus die pon merengek-rengek nak joget atas mat tu. haih.-
Berjiwa kental. Tabah menghadapi segala rintangan dan halangan.
Berperangai pelik.
-ajaran dari ayah dia-


gile kan budak ni boleh buat macam ni.

Tapi kadang-kadang dia sangat mendengar kata.
Akan menjadi seorang yang sangat lah baik bak bidadari kalau mak ayah die pegi keje.
-Itu time kalau nak pukul-pukul die pon boleh. Tadak hal la.-
Tersangat lah bijak macam Sang Kancil dan Arnab.

muka bosan je test-test baju. ciss kau budak.

Suka naik kereta dan duduk di bahagian pemandu sambil main wiper kereta.
-hamboih..kecik-kecik lagi dah nak jadik minah kereta-
Paling latest keajaiban dia adalah, gemar tangkap gambar. Dia tau je orang nak tangkap gambar dia. Dia mesti akan duduk diam dan tersenyum.


BILA SI CILIK BERHADAPAN LENSA


Ana Raffali wannabe - gitar bertukar jadik kerepek pisang

Lagenda Budak Setan - bila dah degil sangat, inilah jadinya

Waktu shooting video clip Cinta Pantai Merdeka

berpijama untuk shooting cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah

On the way pegi sekolah - Shooting untuk cerita Qalesya musim baru


Actually, banyak lagi gambarajah, peta minda, fotosintesis budak ni. Mau meletup Encik DELL aku sebab simpan gambar budak ni. -__-"
Tapi kalau korang rase nak tengok gambar die lagi banyak, korang add la die dekat FACEBOOK beliau sendiri.
Hah..kau ingat budak kecik tak reti online ke hah?
Insya Allah, kalau ade mase, beliau akan melayan peminat-peminat beliau.
Kalau tak pon, korang follow je BLOG fqemo sebab dia adalah fotografer peribadi Cik Safina dan slalu hapdet dan mengedit gambar-gambar Safina.

Maka, satu perasaan mengantuk mula bertandang ke sanubari dan satu penguapan telah berlaku.
Jadi. aku terpaksa menghentikan jari-jemari aku untuk terus menari-nari di atas papan kekunci ini.
Amin Alhamdulillah.

Bai semua orang.
Makcik nak tido dulu ye.

zzzZZZzzz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top