Thursday, January 3, 2013

Nota Kecil Dari Ibu

Assalamualaikum anak ibu,
Kamu buat apa dalam tu? =)


Sekarang dah nak masuk 4 bulan kamu dalam perut ibu. Tau tak betapa happy nya ayah dgn ibu bila dapat tau kamu ada dalam perut ni. Ibu ingat lagi masa mula-mula ibu sakit perut. Ibu terus pergi klinik UIA (sebab free..hehehe) sebab ibu sakit sangat dekat ari-ari. Doktor cakap mungkin ibu pregnant kan kamu tapi ibu rasa dia tipu sebab ibu memang selalu sakit perut. Doktor suruh ibu buat test dan ibu ingat lagi ayat dia,
"Tahniah..dah jadi ibu dah rupanya"
And i was like... Ya Allah...hanya Dia je yg tau betapa bahagianya ibu dapat berita tu. Doktor cakap waktu tu kamu dah 6 minggu dalam perut sedangkan ibu baru kahwin 5 minggu. Ibu takut sgt orang fikir bukan-bukan tp rupanya mmg proses kira kehamilan macam tu. =p
Tak sempat balik rumah ibu dah bagitau ayah dulu. And he was the happiest person to know that you are in my womb. Seriously, you are a most welcome addition to us.

And now, hari-hari ibu tengok perut ibu depan cermin sebab ibu nak tgk kamu membesar. =')
Tapi kesian dekat ayah. Ibu banyak susah kan dia. Ibu nak itu, nak ini. Ibu asyik menangis, asyik marah. Sampai sekarang ni, ibu asyik muntah loya-loya lagi.

Baby,
Kalau kamu lelaki, insyaAllah ibu nak letak nama kamu Adib Raef.
Kalau kamu perempuan pulak, ibu nakkkk sangat letak nama kamu Aisyah.
Tapi ibu rasa kamu mesti hero pertama dalam family kita. Sebab ibu super pemalas sangat. Nenek kamu pon cakap macam tu. So, ibu berdoa hari-hari yang kamu jadi anak yg soleh untuk ibu dan ayah.
Kamu kena kuat tau dalam perut ibu. Kita ada lagi 5 bulan lagi untuk kamu teman ibu dalam perut.


i love you sayang.
Kamu dengan ayah memang kekuatan ibu untuk hidup dalam dunia ni.
Semoga Allah perkenan kan doa ibu dan ayah supaya kamu jadi yang terbaik untuk kami berdua.
May Allah grant us with happiness till jannah.
Amin..... =')


     




Tuesday, November 20, 2012

Maksud Bye, A'kum, Semekom, & Salam

Assalamualaikum readers,
Ingat lagi tak before ni kita pernah diberitahu tentang maksud Bye, A'kum, dan Semekom.
Mesti korang ingat lagi kan. Waktu tu heboh cakap jangan guna perkataan;

Bye = Dalam Bahasa Kristian ia bermaksud sesuatu di bawah naungan Pope (Paderi)

A'kum = Dalam Bahasa Yahudi ia bermaksud binatang

Semekom = Ia bermaksud Celaka Kamu


Tapi baru-baru ni aku ada terbaca satu status yg mengatakan "Jangan guna perkataan Salam" pulak.


Salam = Ia bermaksud Celakalah Kamu


Ok. Mungkin perkataan-perkataan shortform yg kita gunakan sebelum ni memang tersangat obvious takde dalam Kamus kita sendiri pon. So, memang patut kita elakkan untuk cakap atau tulis perkataan-perkataan tu. Tapi aku tak berapa setuju dengan penggunaan perkataan Salam yang tiba-tiba bermaksud Celakalah Kamu. Hah? 

Aku ada google, maksud Salam kalau ikut Ulama tafsir ada dua;
1. Salam al-Musalamah/al-Mutarakah = bermaksud selamat tinggal.
2. Salam at-Tahiyyah = bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.


Kalau dalam Kamus Bahasa Melayu kita pulak, Salam bermaksud kata hormat, ucap selamat, tabik.
Kalau ikut logik akal fikiran aku, kenapa kita perlu bersusah payah fikirkan maksud perkataan dari bangsa lain sedangkan bangsa kita ada maksud sendiri.

Contoh lah kalau Salam tu maksud dia Celakalah kamu dalam bahasa Yahudi, kenapa orang Yahudi tu sendiri tak susah payah nak halang orang-orang dia dari sebut perkataan Salam sebab dalam Bahasa Melayu maksudnya ucap selamat.
We are too busy with others sebab tu lah even perkataan Salam pon tiba-tiba tak boleh guna.

For those yang cepat sangat terpengaruh bila dapat tahu sesuatu info tu, cubalah banyak kan membaca.
Jangan terlalu bergantung dengan penyebaran maklumat dekat Facebook ni je.
Mungkin niat kita baik nak sampaikan ilmu dekat semua orang, tapi kita akan nampak bodoh bila kita sendiri tak tahu kebenaran ilmu itu.
Sama lah jugak dengan any maklumat yang semakin cepat tersebar dekat Facebook ni. Orang lebih suka judge dahulu daripada kaji maklumat itu dahulu.
Please, Malaysian.
Salam.


Malaysian,








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top