Thursday, January 3, 2013

Nota Kecil Dari Ibu

Assalamualaikum anak ibu,
Kamu buat apa dalam tu? =)


Sekarang dah nak masuk 4 bulan kamu dalam perut ibu. Tau tak betapa happy nya ayah dgn ibu bila dapat tau kamu ada dalam perut ni. Ibu ingat lagi masa mula-mula ibu sakit perut. Ibu terus pergi klinik UIA (sebab free..hehehe) sebab ibu sakit sangat dekat ari-ari. Doktor cakap mungkin ibu pregnant kan kamu tapi ibu rasa dia tipu sebab ibu memang selalu sakit perut. Doktor suruh ibu buat test dan ibu ingat lagi ayat dia,
"Tahniah..dah jadi ibu dah rupanya"
And i was like... Ya Allah...hanya Dia je yg tau betapa bahagianya ibu dapat berita tu. Doktor cakap waktu tu kamu dah 6 minggu dalam perut sedangkan ibu baru kahwin 5 minggu. Ibu takut sgt orang fikir bukan-bukan tp rupanya mmg proses kira kehamilan macam tu. =p
Tak sempat balik rumah ibu dah bagitau ayah dulu. And he was the happiest person to know that you are in my womb. Seriously, you are a most welcome addition to us.

And now, hari-hari ibu tengok perut ibu depan cermin sebab ibu nak tgk kamu membesar. =')
Tapi kesian dekat ayah. Ibu banyak susah kan dia. Ibu nak itu, nak ini. Ibu asyik menangis, asyik marah. Sampai sekarang ni, ibu asyik muntah loya-loya lagi.

Baby,
Kalau kamu lelaki, insyaAllah ibu nak letak nama kamu Adib Raef.
Kalau kamu perempuan pulak, ibu nakkkk sangat letak nama kamu Aisyah.
Tapi ibu rasa kamu mesti hero pertama dalam family kita. Sebab ibu super pemalas sangat. Nenek kamu pon cakap macam tu. So, ibu berdoa hari-hari yang kamu jadi anak yg soleh untuk ibu dan ayah.
Kamu kena kuat tau dalam perut ibu. Kita ada lagi 5 bulan lagi untuk kamu teman ibu dalam perut.


i love you sayang.
Kamu dengan ayah memang kekuatan ibu untuk hidup dalam dunia ni.
Semoga Allah perkenan kan doa ibu dan ayah supaya kamu jadi yang terbaik untuk kami berdua.
May Allah grant us with happiness till jannah.
Amin..... =')


     




4 kritikan.:

kay_are said... Best Blogger Tips

mesti tak sabar tunggu kelahiran baby tu kan? ape pun semoga dipermudahkan nye =)

cikmegipama said... Best Blogger Tips

besnya. tahniah. kite slalu baca blog awak ni. rajin2 update tau!

moga baby dgn ibu baby sihat2 slalu!

rj Etika said... Best Blogger Tips

@kay_are Aminn....semoga selamat semuanya. thanx kr. =)

rj Etika said... Best Blogger Tips

@cikmegipama tq...hehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top