Thursday, March 29, 2012

Kursus Kahwin Mahligai Firdaus

As to complete nak isi borang nikah, kursus kahwin adalah wajib!
So, last two weeks aku dengan dia pergi kursus kahwin.
Kursus kahwin Mahligai Firdaus.

Mula-mula aku ingat nak amek dekat UIA je, tapi tiba-tiba UIA open kursus kahwin bulan 9 nanti.
Hoh...waktu tu aku dah kahwin agaknya. =__="
So, at last kawan aku ada bagi satu number fon untuk register kursus kahwin.


Just sms "SWANGSA <nama> <no I/C> <tarikh kita nak>"
dan hantar ke 013-604 6333


Then nanti dia hantar confirmation message untuk dtg register dekat tempat kursus tu nanti.
Simple kan.

So,for those yang dekat-dekat dengan Setiawangsa tu boleh la amek kursus kahwin dekat sini.
2 hari sahaja.
Sabtu 10am - 7pm
Ahad 9am - 1.30 pm
oh...bayaran nya RM80 per person.
Tapi ceramah dia memang BESTTTT!!!! gila.
=_____________="
Biasalah kan...ceramah. Itu semua ilmu.



Btw, ini ada gambar kitorang waktu dekat kursus kahwin tu.
Maaflah....kitorang biasa-biasa je.




Oh...lupa nak bagitau. Sijil dia sebijik macam sijil penghargaan ko-kurikulum waktu sekolah dulu.
Tak macam sijil kursus kahwin pon.
=______="





Yang sudah berkursus,

So, the next stage is, Human immunodeficiency virus test.
Hurmmm.......

Saturday, March 17, 2012

My Engagement Day

Oh my oh my oh my.....serius lama berabad kurun tak update.
Aku busy study mungkin...... errrrr.....ok. Bai.


11.02.2012

It is my special date for me.....
Cause after a long long time i've been singled, rupanya masih ada lagi orang yg mahu memiliki diri ini. Cewah....
Tarikh itu dipilih sebab genap tiga bulan aku dan dia berkenalan.
Malas dah la weh nak bercinta lama-lama.
Cinta selepas kahwin mungkin lebih bahagia.
Bahagia sampai syurga.... =)


So, aku tak pernah mengimpikan hari pertunangan aku meriah dengan pelamin, khemah, lembu 2 3 ekor, bunga api, tarian zapin dan sebagainya.
Cukuplah aku sekadar berbaju kurung dan sambut tetamu yg datang ke rumah dengan senyuman.
Dan Alhamdulillah....apa yg aku nak menjadi kenyataan.
Maaflah..kalau aku biasa-biasa je hari tu.


Aku pilih tema grey and blue.
Hantaran pula 5 berbalas 7.
Pihak lelaki bagi:
  1. Sirih junjung (wajib ada waktu bertunang)
  2. Cincin bertunang
  3. Kain pasang
  4. Buah
  5. Kek
Pihak perempuan pulak balas:
  1. Sirih junjung
  2. Kain pelikat + Sejadah + Tasbih + Buku "Aku Terima Nikahnya" (Beli guna voucher 1Malaysia je. haha)
  3. Buah
  4. Kek
  5. Cupcake
  6. Gula-gula
  7. Agar-agar
Nahhh...simple je kan. This is what we called "save the budget". Haha.
So, pada pendapat aku, nak bertunang ni tak payah la nak beria sangat bagi hantaran macam nak kahwin.
Cukuplah ikut adat ala kadar.
Barang-barang macam kasut, baju tu sume kau boleh bagi dekat dia lepas kahwin nanti. Jangan risau. =)


Oh...memandangkan aku dalam mood mood kahwin, so aku amek keputusan nak tukar blog aku jadi blog B2B. InsyaAllah, I will update my kerja kahwin as future reference dekat bakal bakal B2B nanti. Hihihi.

This is my pictures during that day.


Yang dah bertunang,

Doakanlah kebahagiaan kami berdua.
Terima kasih. ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top