Assalamualaikum wbt.
Kepada suami saya yang tercinta,
|
yang selalu tersenyum dan tersengih setiap masa |
Terima kasih untuk setiap kasih yang awak curahkan,
terima kasih untuk setiap ciuman yang awak berikan,
terima kasih untuk setiap kegembiraan yang awak lakukan,
terima kasih untuk setiap nasihat yang awak ingatkan,
terima kasih untuk setiap duit yang awak hulurkan untuk belanja saya. hehehe...
Mungkin kita baru je sebulan kahwin, tapi ketahuilah saya sangat bahagia dengan awak.
Saya taknak bahagia kita kekal sampai mati tapi saya nak kita bahagia sampai syurga nanti.
Dan awak mesti tau, setiap kali saya kata "I Love You" saya sangat berharap ada lagi ayat yang lebih
super dari tu untuk menggambarkan betapa cintanya saya dekat awak.
Tapi,
kadang-kadang saya rasa penat sangat.
Penat jadi semuanya...mungkin saya tak biasa.
Hari Isnin kena bangun pagi pergi kelas,
hari Selasa sampai Jumaat kena pergi kerja,
hari Sabtu dgn Ahad pulak saya kena siapkan semua kerja rumah yang saya dah tinggalkan.
Lepastu,
Saya kena fikir menu apa untuk masak,
Saya kena basuh kain, sidai kain tengah-tengah malam, angkat kain, 2 3 hari lepastu baru lipat. ;p
Saya kena bangun pagi-pagi, kejutkan awak, iron baju, siapkan sarapan, lepastu kemas rumah.
Dan....
Bila saya stress, saya mesti marah-marah awak.
Tapi....
Awak tak pernah marah saya sikit pon.
Awak akan tenangkan saya, awak kata awak selalu ada untuk saya.
Dan bila saya menangis waktu semua kawan-kawan tengah gembira sambut konvo,
awak peluk saya, awak pujuk saya.
Awak tolong saya potong bawang, goreng telur, goreng ikan, iron baju, remind saya untuk siapkan kerja sekolah saya, kita sidai kain sama-sama, lipat baju sama-sama, kita pergi pasar sama-sama,
kita mengaji sama-sama, awak imam kan saya waktu solat,
Dan bila hujung minggu, awak akan ajak saya keluar macam zaman bercinta dulu.
Saya ingat awak pernah cakap,
"Saya nak sampai tua nanti pon kita akan keluar pegang tangan sama-sama"
Ye awak, saya pon nak macam tu. =)
Orang akan cakap wanita itu hebat boleh buat macam-macam perkara.
Tapi saya tak rasa macam tu.
Saya rasa saya dapat buat semua benda tu sebab awak ada untuk support saya.
Saya cuma rusuk, rusuk yang lembut. Yang akan bengkok suatu hari nanti.
Tapi, awaklah orang yang akan tolong pertahankan rusuk itu supaya kuat.
Bila saya terfikir, betapa mudahnya seorang isteri untuk dapat pahala.
Terima kasih awak sebab awak tolong saya untuk dapatkan pahala tu.
Tapi ketahuilah, saya cuma manusia biasa yang tak sempurna.
Saya mungkin akan melatah.
Tapi saya janji saya tetap akan berusaha untuk jadi yang solehah.
Untuk awak suami saya,
untuk Umi & Ayah,
untuk Ibu,
untuk adik-beradik kita,
dan kawan-kawan kita.
Untuk korang,
Percayalah, ikatan perkahwinan itu terlalu bahagia.
Berkongsi hidup dengan orang yang kita sayang.
Rasa bahagia tu memang takkan sama dengan waktu kita bercouple dulu.
Bagi kawan-kawan saya dan korang yang belum bertemu jodoh,
Saya doakan korang akan dapat isteri/suami yang penyabar.
Sebagaimana korang sabar menunggu kehadiran dia yang istimewa dalam hidup korang.
Amin ya rabbal alamin...
Dari,
Isteri Badi'uzzaman Muhammad