Wednesday, November 7, 2012

Kisah Happy Birthday Suami!







5 November 2012,
Hari jadi dia yang pertama kali aku sambut. Ye, memang pertama kali.
Sebab tahun lepas, aku tak kenal dia lagi.

Disebabkan dia sentiasa ada dengan aku hampir setiap masa, so, susah la sikit aku nak keluar beli hadiah dia. Ada satu hari tu aku tak kerja, aku terpaksa menipu dia dengan mengatakan aku nak teman adik aku beli barang dekat Watson kejap. Oh...really sorry.

Mula-mula aku ingat nak bagi pen lepastu carve nama dia 'Badi'uzzaman'.
Tapi bila fikir balik, handphone wallet pon selalu tertinggal. Apatah lagi kalau aku bg pen yg sekecik ni.
Mesti waktu balik kerja, terus rendam baju dengan pen tu skali. =.="

So, aku tengok benda yang tak pernah lekang kat tangan dia ialah JAM.
Lagipon dulu before kahwin, kitorang selalu cari jam untuk buat hantaran.
Tapi disebabkan kitorang sangat susah pada zaman before kahwin dulu, so takdelah hantaran jam.
Nak jam Fossil, memang tak mampu la aku bagi kan. haha.
Dia pulak jenis yang suka jam sporty yg macam getah-getah tu.
Masuk la satu kedai jam ni. Tanya punya tanya, ok terus nak amek jam tu.
Jam murah je. Takdelah sampai beribu-ribu ringgit bagai.


Oleh kerana terlalu excited, ada satu malam tu sebelum tidur aku ter cakap aku belikan jam untuk dia sebagai hadiah hari jadi.
Gila betul...tak boleh simpan rahsia la aku ni. Pffttt....
Terus dia tanya aku mana jam tu. Dan aku bagi dekat dia 2 hari awal dari birthday dia. Tak surprise langsung. =.="


Bila birthday dia hari Isnin tu, aku beria la cari hadiah lain sebagai pengganti surprise yang tak jadi.
Kali ni aku belikan baju T-shirt kolar untuk dia. Dan harga dia lebih murah dari hadiah tadi.
Tapi takpe, niat nak buat surprise tu yg penting. Lepastu aku siap beli kek tiramisu satu slice utk dia.
Siap-siap aku letak baju tu dalam beg kertas comel-comel then letak atas katil tunggu dia balik kerja.

Waktu dia balik kerja tu, aku dalam toilet. So, aku terfikir dia akan belek barang dalam beg tu dan terus rasa terharu.
Bila aku keluar bilik air, aku bawak skali kek dalam fridge nak bagi dekat dia.
Tengok-tengok dia tengah baring-baring atas katil tanpa terusik pon beg tu.
Aku tanya dia kenapa tak tgk apa ada dalam beg ni? Dia cakap;
"Oh...ingatkan awak pergi kenduri kahwin siapa tadi dapat beg ni. Dah la harini rasa pening-pening"
=O
Mana ada kenduri hari Isnin sayang oii...
Again. Surprise tak jadi lagi. =.="


Tak nak buat surprise dekat dia lagi dah. Merajuk sampai setahun ni.


Yang buat surprise tak jadi,
etika


4 comments:

kay_are said... Best Blogger Tips

sweet tapi yang tak sweet tu sebab tak jadi.. ish ish.. memang jenis tak pernah kne surprise kot husband tu.. huu

Hamba Kepada Yang Maha Kuat said... Best Blogger Tips

kak ika .hehe
sorry to say .
kami adik beradik tak pernah sambut hari jadi walau makan kek .
yang abang2 ni komfem la memang tak pernah sambut .
untuk adik imtiyaz pernah la kot .

ayah bawak makan2 .
so jangan nk suprise sangat bagi hadiah dekat abg badi .hehe

rj Etika said... Best Blogger Tips

@kay_are yup...exactly! hahaha

rj Etika said... Best Blogger Tips

@Encik Hati tapi rasanya sebab tak pernah dapat surprise la supposedly dia akan rasa surprise bila kak ika buat surprise. huhuhuh~
nampaknya abg badi' mmg tak boleh ada surprise thingy ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top