Pureen every once in 3 months mesti akan ada buat warehouse sale. Tersangat sale! Harga baju baby dari RM1 ke atas. Murah gilaaaa!
Siapa yang pernah pergi warehouse sale Pureen before-before ni mesti dah ada experience dan dah tau kan betapa ramainya manusia dalam tu.
Untuk first timer macam aku ni memang akan jadi culture shock.
Apa yang aku boleh cakap cuma....
GILA
Pagi-pagi lagi dah kena kejutkan budak kecik ni nak bawak pergi berperang fizikal mental dekat warehouse tu. Lebih kurang dalam pukul 7 pagi kitorang dah gerak dari rumah sebab takut ramai. Kakak-kakak ipar aku dah janji jumpa kat sana je terus.
Rumah aku dengan tempat tu tak jauh sangat pon. Dalam pukul 7 lebih macam tu dah sampai tapi waktu sampai tu dah kena parking jauh dah. Aku rasa dah cukup awal dah aku gerak tapi terkejut jugak bila tengok dekat gate dah ada orang beratur depan gate.
Itu belum bukak lagi. =.=
Once gate dah bukak, meluru orang masuk. Aku ingatkan dekat bahagian depan warehouse tu je, rupanya ada walkway menghala ke dalam lagi untuk pergi bahagian baju murah tu. Sampai je kat dalam, takde baju pon dalam rak tu. Yang aku nampak cuma tangan orang.
Bila sampai je pekerja Pureen bawak kotak nak isi baju, semua muka aku tengok macam ada satu semangat. Semangat nak berebut. Hahahaha...
Pekerja tu baru nak tuang je baju tu dalam rak, dah menggapai-gapai tangan makcik kakakdekat udara terus sambar baju tu masuk dalam beg ikea untuk acara memilih kejap lagi.
Aku tergamam.
Piranha!
Pekerja tu dah macam tengah bagi makanan dekat ikan yang kelaparan.
Kalau dekat tempat baju RM1 memang menempah maut la kalau duduk situ.
Tapi baju kebanyakannya harga RM3 la yang orang dok rebut. Cumanya dia tak jual in pair la, kau kena beli baju seluar asing. Tapi still murah jugak la kan.
The problem is, jumpa baju corak ni, seluar corak tu. Haha. Kena rajin la cari pasangan baju-baju tu.
Gambar waktu tu memang tak dan nak amek la. Semuanya berlaku sepantas kilat.
Lagipon aku cuma bawak badan je sebab segala handbag dengan anak aku suruh husband jaga.
Waktu tu aku dah macam berputus asa dah nak beli sebab semua orang aku nampak ada tertulis 'SELFISH' dekat muka.
Kau bayangkan, dia dah kaut semua baju, semuanya jenis dan corak yang sama, aku cuma nak tengok 1 je kot-kot ada saiz anak aku, dia terus rampas dari tangan aku. Ok auntie, u amek la semua. Amek amek...
Aku nampak dekat tepi-tepi walkway semua yang mengaut tadi tengah dok buat pesta pilih-pilih. So, aku pon pergi je approach diorang tanya mana baju yang diorang taknak tu, aku nak pilih sekali. A good tips jugak utk orang-orang yg sarat mengandung tu, terus je pergi dekat baju-baju yang orang dah taknak tu. Tak payah susah-susah tunggu pekerja Pureen letak baju dalam rak nak rebut-rebut.
As for me, berbaloi la jugak pergi sana sebab you can save lots of money. Setakat nak beli baju harian anak nak duduk rumah, dengan RM50 aku dapat beli 8 pasang baju. Ok la tu kan!
Banyak jugak la aku dengan kakak-kakak ipar aku dok borong tadi.
Alhamdulillah...
Untuk yang tak kuat semangat, tidak digalakkan untuk pergi. Hahaha...
Tapi at least give a try la.
Memang rasa macam nak pergi berperang.
Yang baru nak pergi tu, try review-review blog orang lain yang dah ada experience pergi Pureen warehouse sale ni so that you can get a picture how it will look like.
Takdelah terkejut sangat nanti bila sampai sana sebab waktu tu semua ibu akan berubah their character.
Demi baju anak! :')
Till then,
etika