Thursday, January 30, 2014

7 years and Finally...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Syukur ya Allah...
Finally i am graduated from International Islamic University of Malaysia
:')

Being trapped for 7 years in the same university. For the same degree.
Even sekolah rendah and menengah pon just took me 5 years + 5 years.
Ahhh...i feel so relieve right now.
All i just need is a short vacay to any places.
Oh please mr.husband ;)

Walaupun my CGPA not as good as others tapi kau bayangkan seksa 7 tahun itu telah berakhir after going thru ups and downs. From single, to married, and then become a mother. Then baru sekarang dapat habiskan pengajian.
I have learned so much in IIUM.
Learned how to skip classes, learned how to apply for study leave, learned to apply for changing courses, learned to apply for financial assistance, learned how to become a student and part time QS at one time, learned how to get married while still studying, learned how to study while the baby's crying, and so many things i have learned.
I am sure (i will make sure!) Khawarizzmi is proud for having me as his mother.
Tehehehe....

I wanna thank my ibu for always being there when needed.
Dia lah sumber kewangan, dia lah pendengar masalah aku nangis-nangis study tak masuk, tak dapat jawab exam, bla bla bla, and so many masalah.
Tapi after dah kahwin, semua tu beralih arah kepada suami pulak.
Thank you ayang for everything.
And to all of my uni frens, thanx for the memories. Gitteww...

One thing (so many things) that came to my mind after tengok the result tadi is,
Oh, i need to prepare my baju convo, kasut convo, and ahh...photographer!
My photographer needs to be with me for the whole day. ;*

Is this the feeling of being graduated?
I can't sleep! Gila.


Gambar selekeh-selekeh waktu study dulu banyak dalam hardisk and now Badi tengah guna pc. So, all i can do is just reupload this picture. Haha.


Bye IIUM,
etika




Monday, January 27, 2014

"jalan-jalan"

Harini rasa kelakar sangat.
Hahahaha....
Konon kata nak pergi jalan-jalan
Beria lah kita ni bersiap
Iron tudung yang baru beli
Siapkan anak
Siapkan beg anak sekali bawak pampers dgn baju lebih
Pesan siap bawak stroller
Pakai sedondon lah anak beranak
Semuanya sebab nak "jalan-jalan"
Yang paling kelakar
Kita ni siap bawak kasut baru yg masih dalam kotak belum bukak
Konon-konon lah nak cantik sebab nak "jalan-jalan"
Rupanya
Pergi print sekeping gambar
Itupun dekat sangat dengan rumah
Hahahaha
Tudung?
Beg anak?
Stroller?
Sedondon?
Kasut baru?
Hahahahaha.....

End up...




"jalan-jalan"
etika



Monday, January 20, 2014

Street Art Laman Seni Shah Alam

Siapa kata Shah Alam tak best?
Selain dari i-City yang orang selalu tergila-gila nak pergi sampai jammed jalan dekat Seksyen 7 tu every weekend yang dalam tu ada 3D tricky art tapi kena bayar kalau nak masuk, Shah Alam jugak ada Street Art ala-ala kat Penang gittewww.
Hangpa semua tak payah nak dok kalut pi sampai ke penang tu.






Agak cool jugak kan.
Takdela banyak sangat wall arts yg ada tapi bolehla kalau sekadar nak tengok2 amek gambar suka-suka ke, gambar post-wed ke, pre-wed ke, ok la kan.
At least budak-budak tak payah nak conteng-conteng dinding merata-rata. Luahkan segala idea kebolehan dekat Laman Seni ni je.
Dia dekat Lorong Belakang Seksyen 2 tu je.
Alah, dekat tempat ABC sedap dan murah tu. Yang dekat tempat students UiTM selalu pergi photostat dengan print tu.
Hahaha.

Bersyukurlah duduk Malaysia.
Ada banyak tempat cantik.
Kalau tak suka, boleh keluar dari Malaysia.
Kihkihkih.


Penduduk Shah Alam,
etika



Sunday, January 12, 2014

Cara Membuat Puree untuk Baby


Semua ibu mesti tak sabar kan nak tunggu baby dia umur 6 bulan sebab nak bagi dia makan.
So, harini aku nak bagitau macam mana cara aku buat puree untuk Khawarizzmi.
Seriously, making puree for your baby is really a fun thing to do.
Lagi best bila kita dah buat tu, dia makan sungguh-sungguh sampai comot. :')

Seeloknya bagi baby makan waktu umur dia 6 bulan.Tapi aku start bagi Izz makan since dia 5m+ without pediatrician's advice. Sebab aku rasa perut Izz macam dah kuat nak terima makanan. Ala, beza berapa berapa minggu je sebelum dia nak masuk 6mths. Itu pun aku bagi dia makan during weekend je as preparation utk perut dia nak makan betul-betul nanti. Boleh ke macamtu? Haha. Tapi sebagai seorang ibu kepada anak kita, kita sendiri akan tau apa yang terbaik untuk anak.
Sampai masa kau akan rasa, "Ok, it's time to feed him!" :D

Mula-mula, aku just bagi dia puree yang aku beli. Aku beli jenama Heinz. RM4 sebotol yang kecik. Sebenarnya aku saja je nak try benda tu. Lagipun once kita dah bukak botol tu, puree tu cuma boleh tahan for 48 hours je kalau simpan dalam peti sejuk. Aku sempat try bagi dekat dia dalam 4 botol je.

Izz sangat suka flavour ni

Tepat je umur dia 6 bulan, aku buatkan sendiri puree untuk dia makan.
Excited gila pergi beli buah-buah dengan sayur. Siap beli blender baru lagi sebab ibu aku cakap jangan guna blender yang sama kita blend bawang cili tu semua sebab takut melekat rasa tu dekat makanan anak. Aku takdelah mampu nak beli blender khas untuk blend makanan baby yang siap ada steamer bagai tu. Aku just beli blender Shake 'n' Take dekat kedai Marissa Shoppe sebab setakat ni dia jual blender tu paling murah. Cuma RM70 je. Hihi.

Jadual makan dia selalunya aku akan bagi makan puree buah waktu dia breakfast.
Dalam pukul 3 petang macam tu aku bagi makan puree sayur.
And petang before nak mandi tu bagi puree buah balance yang aku buat pagi tadi.
Aku pernah baca orang cakap kena bagi makanan yang sama dekat baby selama 4 hari berturut-turut sebab nak detect kalau dia ada alahan. Tapi kau bayangkan kita sendiri muak kalau nak makan benda sama 4 days in a row. Aku dah pernah cuba buat macam ni dekat Izz tapi ternyata hari ke 3 dia dah taknak makan makanan tu bukan sebab alah, tapi sebab boring.

Ok, first of all aku akan potong dadu buah/sayur kecik-kecik.

Kalau untuk puree buah, aku just potong dan terus masuk dalam blender. Aku campur sikit dengan susu yang aku pump. Sikit je. Lebih kurang 1/2 oz sebab nak bagi puree tu tak terlalu cair. So, baby suka bila ada rasa tekstur sikit. 

Kalau puree sayur pulak, aku potong dadu kecik-kecik sayur tu lepastu rebus sekejap dengan air bagi dia lembut supaya senang nak blend. Kalau nak bagi rasa masin, letak la dalam 1 2 ikan bilis rebus sekali. Lepastu blend semua yang direbus tadi. Guna air rebusan tu waktu nak blend. Tapi jangan letak semua, letak dalam 1/2 oz macam yang aku cakap tadi.


And then blend lah korang sesuka hati gaya dan rasa. Blend sampai betul-betul hancur supaya baby senang nak makan tak tercekik. Lepastu siap! Letak dalam bekas, bagi baby makan.



Omnomnom.


Cuba try macam-macam resipi puree.
Setiap hari try resipi baru.
Kalau untuk buah, campur la masam ada, manis ada. Same goes to vegetables.
Contohnya,

Epal hijau + Strawberry
Pisang + Oren
Apricot + Avocado
Oren + Pear + Delima
 
Atau,

Bayam + Tomato
Tomato + Carrot
Potato + Broccoli + Mushroom
Carrot + Broccoli + Mushroom

Dalam 3 minggu lebih dia da makan puree ni, bolehlah beralih buat bubur nasi untuk dia.
Satu tips untuk buat bubur dengan lebih cepat, blend beras dulu baru tanak. Takdelah lama sangat nak tunggu dia masak.
Ok!
=)


Selamat Mencuba,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top