Saturday, March 8, 2014

TIPS: Etika Berbisnes (Online Sellers)

Haritu, tiba-tiba ada orang whatsapp aku
"Ika, Izz da jadi model ** **** ****** ek?"
Dia bagi dengan screen shot sekali



Eh, ni macam gambar anak aku ni yang aku guna untuk jual barut ni.
Ya Allah....tak baiknya orang ni. Profile picture dgn cover photo page dia kemain islamic. Page dia pon dah berpuluh ribu likers. Habistu dia berniaga macam mana selama ni?
Tanpa segan silu aku terus share gambar tu dan aku terus pm inbox dia suruh dia delete gambar aku tu. Dia cakap dia amek gambar tu dari google search.

Ok kawan-kawan,
Saya tau zaman sekarang ni ramai yang berniaga secara online.
Sebab saya pon ada jugak berniaga barut guna blog saya ni.
TAPI!
Terapkan etika berniaga yang betul dan jujur.

1. KITA JUAL APA YANG KITA JUAL
Yup...kita jual apa yang kita jual, bukan orang lain jual.
Maksud aku, jangan senang-senang nak amek gambar thru google search and pap...terus kita guna untuk tujuan kita berniaga. Awak awak semua bayangkan, mungkin orang tu dah habis duit untuk bayar model, bayar photographer, habiskan tenaga, habiskan masa untuk guna gambar tu sebagai tarikan pembeli, tiba-tiba awak guna gambar tu untuk jual produk awak tanpa keluar duit sesen pon. Kan tak bagus tu. Kalau takde duit nak hire apa semua, keluarkan camera phone awak, amek gambar sendiri, terus upload. Baru betul awak jual barang awak sendiri.

2. JANGAN MENCURI
Kita berniaga mestilah dengan cara yang halal. Barulah berkat perniagaan kita. Mencuri gambar orang lain untuk tujuan menjual barang awak pon dikira haram la kan. Kalau ye pon awak menjual barang yang sama dengan orang tu, awak cuba mintak izin dia nak guna gambar dia, creditkan nama dia sekali ke, atau buatlah macam mana pon at least ada authorization untuk guna kan gambar orang lain. Kalau awak guna gambar dari google search pon, every gambar dalam google image tu semua dia ada bagi link. Youcan make some effort untuk tekan link tu dan mintak izin tuan punya gambar atau creditkan ke link tu. Simple!

3. JANGAN MENIPU PEMBELI
Awak mungkin amek gambar thru google search sebab awak takde pon lg produk tu dekat tangan awak. So, just tell it out to your customer. Buatlah pre-order ke whatsoever. Jangan tipu! Macam yang saya kena ni, dia kata dia jual barut using material cotton flanel tp gambar barut saya tu guna material 100% cotton. Haaah...kan dah menipu namanya.

Nak berniaga ni kita kena jujur.
Jangan orang nak berniaga, awak pon nak berniaga. Tapi cara salah.

Itu sahaja sedikit tips dari saya.
Semoga Allah berkati setiap perkara yang kita lakukan.
=)


Penjual barut jenama IBU,
etika





3 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

miszexora said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
miszexora said... Best Blogger Tips

Good one! mohon share..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top