Thursday, August 21, 2014

TIPS: Lampin Anak

Tips ni strictly untuk suri rumah je sebab ia memerlukan penjagaan dan perhatian yg penuh kalau nak pakai lampin dekat anak. Kalau kau cuba nak bagi lampin dekat pengasuh anak kau, takut nanti bila kau bukak lampin anak kau balik tu, lampin tu terus terkulai layu akibat terlalu basah.

Lately ni Izz buang air kecil a.k.a kencing semakin banyak mungkin sebab dia banyak main membuatkan dia cepat haus dan akan minum dengan banyak. Kadang kalau aku bagi pakai Drypers, cukup sekali dia kencing, pampers tu penuh ya Rabbi dan kalau utk kali kedua dia kencing kemungkinan besar akan bocor. Kadang time tido tgh malam, aku boleh terjaga sebab rasa basah pampers dia bocor. Haihhh...
Dalam masa 2 minggu ni pampers pack yg 80 pcs tu dah nak habis sebab kekerapan kena tukar. Miskin kalau macam ni.

So, aku berbalik kepada rutin memakai lampin macam waktu dia baby dulu.
Ye..pakai lampin boleh saving banyak sangat! Tapi penat la sebab nak kena selalu tukar. Penat basuh lampin tak hilang lagi dah kena tukar lampin yg lain. Haha.



Aku prefer lampin tradisional macam zaman dulu-dulu ni sebab dah terbiasa. Ada jugak lampin pakai buang yg jenis lain nama dia Cloth Diapers tu. Corak-corak gitteww. Macam-macam ada lah zaman sekarang ni. Yang murah, yang mahal semua ada. Tapi tips aku bagi ni jenis lampin yg aku pakai ye. Hehe..

1. WAKTU DIGALAKKAN
Kalau nak bagi anak pakai lampin selalunya waktu siang. Sebab malam aku malas nak berjaga untuk tukar-tukar lampin dia. Gila penat macam tu. So, bila malam dia pakai pampers, make sure waktu dia bangun pagi tu biar dia makan minum dulu, main-main sampai dia berak. Izz ni senang berak, setengah jam bangun kadang dah berak dah. Kalau dia tak berak lagi, aku akan pakaikan dia pampers jgk lepas mandi sebab aku malas nak basuh taik yg melekat kt lampin. =.=

2. KEKERAPAN TUKAR
Kalau utk baby, 2 jam sekali check la lampin anak tu. Kalau rasa dah basah-basah sangat tu boleh la tukar. Kalau peringkat umur setahun macam Izz ni, dalam sejam sekali dah kena tukar.

3. CARA MEMBASUH
Untuk lampin yang basah sebab kencing je, selalunya aku akan basuh-basuh macam tu je dekat sink. Tapi kalau dia berak, siram dengan air panas nak bagi taik yg melekat kat lampin tu senang keluar. Lepastu tenyeh-tenyeh dengan sabun mandi yg buku tu. Confirm akan hilang. So, lampin yang dah basuh tu takdelah aku terus peram je dalam baldi. Nanti bertaik lalat pulak. Aku akan jemur bg dia kering dan bila dah kering, letak lah dalam bakul, kumpul banyak-banyak utk dibasuh guna washing machine pulak.

Leceh kan. Kalau korang rajin boleh lah guna lampin. Lampin ni pon bagus jugak. Bila dah kerap tukar, hygiene anak pon terjaga sama. Kalau guna pampers tu, kadang aku tunggu sampai penuh baru nak tukar. Kesian anak terperap dengan kebasahan kencing sendiri. Sorry Izz.




Ibu yg berjimat,
etika





1 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

Cloth diaper bukan pakai buang. CD function sama cam lampin biasa, tp tahan basah(ikut kualiti insert) up to 4hrs. Betul. Pernah guna kejap. Jimat mmg jimat, tp x praktikal ntok anak kuat nanges.huhu..jd x dan nk urus cepat2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top