Sunday, March 6, 2011

Mane satu yang halal? Kahwin ke Couple?

Kompang dipalu.....pengantin malu... pak pak pak.... Ewah... Hiyah!

Hah...mestilah jawapan korang KAHWIN kan!
*tibe-tibe je.

Tapi korang pandai jawab je...hakikatnye..... *sambil geleng-geleng pale.



Aku mengaku aku adalah seorang gadis yang mahu, ingin, sangat kahwin awal. Oh...indahnye hidup berkeluarga. *fikiran terawang-awangan sambil diri terbang-terbang.
Tapi setiap kali aku nyatakan hasrat aku tu, jawapan yang biasa aku dengar;

"Kau ni dah gatal sangat ke nak kahwin?"




ini adalah salah satu contoh!



Hah? Nak kahwin tu gatal ke? What the HEKamatra? Oi oi...aku nak buat benda yang halal hokeh. Bukan aku nak buat maksiat tak tentu pasal. Kenapa perlu kate gatal? Habis ibu ayah aku kahwin tu dikira gatal ke? Oh men.... Astaghfirullah....

Tapi cube kalau orang tu dapat boyfren baru ke, upload gambar dengan boyfren or girlfren ke, then orang akan cakap;


"Wah...so sweeeet..."
"Semoga korang bahagia"
"Korang nampak comel"



Kenapa orang tanak cakap;


"Kau ni dah gatal sangat ke nak bercinta?"
"Kau ni dah gatal sangat ke nak tangkap gambar peluk-peluk ape sume?"



*Kerut-kerut dahi sambil buat muka pelik.
Ok...get what i mean or not? Faham tak?
Kenapa zaman sekarang ni orang cepat menghalalkan sesuatu yang haram?
Dunia ini sangat pelik. -____-"


JADI!
Ape yang aku nak sampaikan sekarang ni,
Jangan menghentam niat suci murni orang untuk berkahwin.
Doa kan saja kebahagian orang itu.

*Walaupun aku takde pilihan hati lagi untuk masa sekarang ni. :)
--> suara-suara tambahan: "tak laku la tu." hahahaha.
Takpe...saya tak kisah korang nak cakap macam tu. :')




Kepada yang sedang bercinta, semoga anda cepat berkahwin. Amin Alhamdulillah.





zzzZZZzzz



Saturday, March 5, 2011

AKU SEDIH TENGOK MEREKA...

Sangat busy satu dua hari before ni sebab projek dah nak kene tender! -___-"


Semalam lepas balik dari ofis, aku singgah pegi bank kejap. *Eceh...orang miskin memang slalu kene kuar duit.

Korang semua pon pegi bank kan. So, korang penah tengok tak pakcik makcik yang jual-jual kerepek ke, keropok mony ke dekat depan bank? Takpon orang mintak derma untuk bina masjid ke, sekolah ke. Or, pengemis-pengemis atau peminta sedekah?

adakah ini ayah anda?

Aku memang dari kecik memang tak boleh nak tengok orang-orang tua yang macam ni. Gile sedih macam nak berderai air mata macam hujan sambil nyanyi lagu Sudirman bile tengok diorang ni jadik macam tu.
Aku tibe-tibe terfikir kalau mak atau ayah aku yang jadik macam tu.
Korang tak sedih ke?

MANA PEGI ANAK-ANAK DIORANG?
:'(

Aku pon bukanlah orang kaya jutawan hartawan poket berkepuk dengan duit. Apalah daya aku nak tolong diorang. Setakat singgit dua ringgit yang aku ade ni apelah sangat. Ye, aku tau...IKHLAS lah ketika menderma. Tapi.....aku still rase sedih....

Kalau aku tengok orang-orang macam ni, aku mesti teringat-ingat pasal diorang sampai la aku balik rumah.

Diorang tak makan ke?
Diorang ade rumah tak?
Diorang tido kat mane?
Anak diorang tanak jenguk ke?
Diorang penat tak?

Atau...adakah aku yang melebih-lebih dan sungguh beremosi tatkala berhadapan dengan orang-orang seperti ini walhal mereka biasa je.
Tapi kesimpulannya, aku simpati terhadap mereka.
Aku janji, aku takkan sia-sia kan ibu dengan ayah.
Kakak sayang ibu dengan ayah.


captured by FZart


captured by FZart




Da la...aku nak melayan emosi sedih di hari sabtu ni.
Bai.

zzzZZZzzz




bintang kecik : Fzan, kau ingat tak gambar yang kau send dekat aku thru ym ni sebab kau nak tunjuk art work kau untuk assignment? Aku pakai gambar ni letak kat blog ek.
Timaseh. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top