Saturday, March 5, 2011

AKU SEDIH TENGOK MEREKA...

Sangat busy satu dua hari before ni sebab projek dah nak kene tender! -___-"


Semalam lepas balik dari ofis, aku singgah pegi bank kejap. *Eceh...orang miskin memang slalu kene kuar duit.

Korang semua pon pegi bank kan. So, korang penah tengok tak pakcik makcik yang jual-jual kerepek ke, keropok mony ke dekat depan bank? Takpon orang mintak derma untuk bina masjid ke, sekolah ke. Or, pengemis-pengemis atau peminta sedekah?

adakah ini ayah anda?

Aku memang dari kecik memang tak boleh nak tengok orang-orang tua yang macam ni. Gile sedih macam nak berderai air mata macam hujan sambil nyanyi lagu Sudirman bile tengok diorang ni jadik macam tu.
Aku tibe-tibe terfikir kalau mak atau ayah aku yang jadik macam tu.
Korang tak sedih ke?

MANA PEGI ANAK-ANAK DIORANG?
:'(

Aku pon bukanlah orang kaya jutawan hartawan poket berkepuk dengan duit. Apalah daya aku nak tolong diorang. Setakat singgit dua ringgit yang aku ade ni apelah sangat. Ye, aku tau...IKHLAS lah ketika menderma. Tapi.....aku still rase sedih....

Kalau aku tengok orang-orang macam ni, aku mesti teringat-ingat pasal diorang sampai la aku balik rumah.

Diorang tak makan ke?
Diorang ade rumah tak?
Diorang tido kat mane?
Anak diorang tanak jenguk ke?
Diorang penat tak?

Atau...adakah aku yang melebih-lebih dan sungguh beremosi tatkala berhadapan dengan orang-orang seperti ini walhal mereka biasa je.
Tapi kesimpulannya, aku simpati terhadap mereka.
Aku janji, aku takkan sia-sia kan ibu dengan ayah.
Kakak sayang ibu dengan ayah.


captured by FZart


captured by FZart




Da la...aku nak melayan emosi sedih di hari sabtu ni.
Bai.

zzzZZZzzz




bintang kecik : Fzan, kau ingat tak gambar yang kau send dekat aku thru ym ni sebab kau nak tunjuk art work kau untuk assignment? Aku pakai gambar ni letak kat blog ek.
Timaseh. :)

11 comments:

syafiqa said... Best Blogger Tips

sedih kan tgk.
tp tah la...iqa kdgn kalo nk tlg
mcm byk pk...sama ada dorg betul2
perlu atau dorg ni d paksa.
skng kan byk kes mcm tu =.=
tp serius anak2 dorg kejam/zalim.
sanggup buat mcm tu.

Arpiiz said... Best Blogger Tips

entahlah, tak boleh komen lebih sangat..
memang kesian gak lah..T_T

Cik Rimau said... Best Blogger Tips

hurrmm same la dgn cik rimau.. sedih tgok dorang.. klau pakcik makcik yg nampak uzur sgt, lg cik rimau sdih.. xpon klau pg2 cik rimau nmpak dorg tidur kat bwh2 bangunan dgn berselimutkan paper je.. sedih tp xmampu nak tlg.. bdn2 kbjikan xde alternatif ke nak tlong dorg ni ek?? hurmmm

Anonymous said... Best Blogger Tips

Salam..sayu je baca..kan..manelh ank2 mereka snggup biarkn mak ayh mereka mcm tu.

Zeanne said... Best Blogger Tips

tak sampai hati dgn diorang ni..

n@jwamz said... Best Blogger Tips

yup dear...
i'm touched(T_T)
ya..i keep think like that everytime i sees them..

kay_are said... Best Blogger Tips

betul2.. memang simpati r bile tengok dorang ni.. tapi ade gak yang anak kaye sume.. tapi nak gak wat keje2 camtu.. bosan kate nye dok umah (sumber dari mastika)

psst: memang r sedap lagu ni.. siap tunggu lagu ni habis g.. huu

zul permatang badak said... Best Blogger Tips

kesihan.....kita agaknya macammana ye.......
tapi....andaikata
saya.......awak nak tolong tak???

Encik Amman said... Best Blogger Tips

:0 tu la..mana la anak2 mereka kn.. kesian la tgk mak bapak cmni..

Mr. Swift said... Best Blogger Tips

Life is unexpected. :')

mrs kayrul said... Best Blogger Tips

memang boleh emo bila tengok situasi nie...huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top