Tuesday, October 4, 2011

KENAPA PERLU POKE?

Kau pernah tak tibe-tibe dapat notification dekat Facebook macam ni?



POKE?

Pokemon?
Pokedot?
Poke amai-amai?

Kau yang poke orang tu kau faham ke maksud die ape?
=____________="


Kau tahu tak bahawa,

POKE = CUCUK

Jadi....
Kenapakah kau harus cucuk cucuk aku?
Aku bukan sate!
Kalau kau cucuk aku pon thru facebook, bukan aku rasa sakit apatah lagi geli geli.


Sampai sekarang aku masih lagi tak faham apakah objektif utama main poke poke ni.
Lelaki perempuan sama je buat keje bodoh ni.
Dah la aku tak kenal pulak tu.

Yang paling aku tak tahan bile 

kes poke poke

lol. :D
Dah la die yang poke aku.
Bile aku tanye boleh pulak die sound aku kerek macam bagus.
dhurrr.....
gile psiko die ni. =.="


Kesimpulannya, poke ni tak bagus untuk kesihatan.
Baik aku korek hidung dari layan orang macam ni.

Oh....sebenarnye aku cuma nak bagitau yang


Lisa Surihani poke aku.
C'mon la lisa.
Takkan dengan aku pon nak jeles sampai kene poke ni.

Ok lah.
Bai.
Jangan poke poke lagi taw!
Kiteww tak shuke lha...ahax!


Yang bercermin mata,

Thursday, August 18, 2011

Surat Cinta untuk Si Penjual Kuih

*Amaran keras : Maaf di atas penggunaan bahasa yang terlampau gewdiq!


Assalamualaikum....


Hai awak yang selalu tolong mak awak jual kuih dekat Bazar Ramadhan yang bertempat di depan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Awak tau tak, kite suke awak. Kite selalu beli kuih dekat awak tapi mak awak yang bungkuskan. *Ciss...

inilah kuih yang mak awak buat tu. ceeeedap cangat!


 

Hari-hari mesti kita beli kuih Sri Ayu dekat awak sebab kedai awak je yang jual kuih tiga singgit. Kedai lain sume mahal nak mampos suke cekik darah. Di samping membeli kuih awak, saya sempat jeling-jeling dekat awak yang tengah buat apam balik tu. Hikhikhik.



Awak nak tau kenapa kite suke awak? Sebab kan.....awak ni sweet. Awak nampak macam budak baik. Comel je bile awak cakap "Ibu ibu..tolong bungkuskan kuih die ni singgit."
Oh...comelnye awak. Rase nak lempang-lempang je pipi awak tu. Paangg!!!
Awak nampak tulus dan ikhlas serta tabah tolong mak awak jual kuih dekat bazar tanpa rasa segan. Sangat sesuai jadi ketua keluarga.



Nanti kan, kalau kite dah kawen, boleh la mak awak buatkan kuih Sri Ayu tu dekat saya hari-hari. Eh..err...maksud saya nanti boleh la saya belajar buat kuih tu dekat mak awak. Heee....
Nanti kite letak nama anak kite Siti Nur Sri Ayu ye.



Oklah awak....saya berhenti setakat ini saja. Disini saya sertakan sekali sekeping gambar awak yang saya tangkap secara serang hendap. Maaf..gambar agak blur sebab saya neves waktu tu.
Semoga awak terus menjual kuih dekat situ sampai puasa yang last nanti. Jangan naikkan harga kuih tau. Jangan jadik macam orang lain ade yang jual kuih 5 dua ringgit, ade yang satu nam posen pon ade. Gile mahal. Tak sedap pulak tu. Dosa je die buat camtu kat pelanggan die. Awak punye gerai je yang tetap menjadi idaman hati kite. Ingat tu, saya tetap di sisi awak sampai puasa yang last nanti.
Ok..bai awak. xoxo





Yang benar,
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Kalau awak baca blog saya,
Ketahuilah...saya tulis dengan ikhlas. =)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top