Monday, October 22, 2012

Review: SIGNAGE DIRECTION & BUNTING KAHWIN

Today nak buat short review pasal banner & bunting waktu majlis kahwin aku haritu.
I don't have other designer lagi dah selain fqemo and i love all the design he made.

Haritu dia dah buat kan aku punya kad kahwin dan aku sangat berpuas hati.
So, untuk signage direction ke dewan pon aku hire dia untuk buat.



Mula-mula, aku propose suruh dia buat signage macam ni sebab nampak cute gila.
Since nak bg nampak different than real signage jalan, aku suruh buat warna purple sebab colour theme aku kan warna pink purple grey. Tapi ada masalah pasal bentuk dia and macam-macam lagi, dia came out dgn other design yg aku suka jugak.





So, inilah hasilnya. It was soooo different than other signage direction. Tak macam org lain punya. Hehehe.
Then, ini bunting wedding aku pulak.
Aku letak dekat pagar nak masuk dewan.



Aku tak suka sebenarnya bunting yg ada letak gambar aku sendiri. =.=
So, this kind of bunting sangat-sangat simple but nice for me.


Yang sebelah tu abang aku punya. So, it really blends together.
Harga untuk buat bunting dgn signage tadi mmg murah sangat.
Cuma RM3/sqft.
Kalau nak buat, boleh lah contact fqemo.art =)


Hope review ni boleh bagi idea dekat korang untuk buat banner or bunting or signage direction wedding nanti.




Love,








*Have a simple wedding but make it permanently remembered by your guests. =)


Wednesday, October 10, 2012

Luahan Hati Seorang Isteri untuk Suami

Assalamualaikum wbt.

Kepada suami saya yang tercinta,

yang selalu tersenyum dan tersengih setiap masa


Terima kasih untuk setiap kasih yang awak curahkan,
terima kasih untuk setiap ciuman yang awak berikan,
terima kasih untuk setiap kegembiraan yang awak lakukan,
terima kasih untuk setiap nasihat yang awak ingatkan,
terima kasih untuk setiap duit yang awak hulurkan untuk belanja saya. hehehe...


Mungkin kita baru je sebulan kahwin, tapi ketahuilah saya sangat bahagia dengan awak.
Saya taknak bahagia kita kekal sampai mati tapi saya nak kita bahagia sampai syurga nanti.
Dan awak mesti tau, setiap kali saya kata "I Love You" saya sangat berharap ada lagi ayat yang lebih super dari tu untuk menggambarkan betapa cintanya saya dekat awak.


Tapi,
kadang-kadang saya rasa penat sangat.
Penat jadi semuanya...mungkin saya tak biasa.
Hari Isnin kena bangun pagi pergi kelas,
hari Selasa sampai Jumaat kena pergi kerja,
hari Sabtu dgn Ahad pulak saya kena siapkan semua kerja rumah yang saya dah tinggalkan.

Lepastu,
Saya kena fikir menu apa untuk masak,
Saya kena basuh kain, sidai kain tengah-tengah malam, angkat kain, 2 3 hari lepastu baru lipat. ;p
Saya kena bangun pagi-pagi, kejutkan awak, iron baju, siapkan sarapan, lepastu kemas rumah.

Dan....
Bila saya stress, saya mesti marah-marah awak.


Tapi....
Awak tak pernah marah saya sikit pon.
Awak akan tenangkan saya, awak kata awak selalu ada untuk saya.
Dan bila saya menangis waktu semua kawan-kawan tengah gembira sambut konvo,
awak peluk saya, awak pujuk saya.
Awak tolong saya potong bawang, goreng telur, goreng ikan, iron baju, remind saya untuk siapkan kerja sekolah saya, kita sidai kain sama-sama, lipat baju sama-sama, kita pergi pasar sama-sama,
kita mengaji sama-sama, awak imam kan saya waktu solat,
Dan bila hujung minggu, awak akan ajak saya keluar macam zaman bercinta dulu.
Saya ingat awak pernah cakap,
"Saya nak sampai tua nanti pon kita akan keluar pegang tangan sama-sama"
Ye awak, saya pon nak macam tu. =)


Orang akan cakap wanita itu hebat boleh buat macam-macam perkara.
Tapi saya tak rasa macam tu.
Saya rasa saya dapat buat semua benda tu sebab awak ada untuk support saya.
Saya cuma rusuk, rusuk yang lembut. Yang akan bengkok suatu hari nanti.
Tapi, awaklah orang yang akan tolong pertahankan rusuk itu supaya kuat.
Bila saya terfikir, betapa mudahnya seorang isteri untuk dapat pahala.
Terima kasih awak sebab awak tolong saya untuk dapatkan pahala tu.

Tapi ketahuilah, saya cuma manusia biasa yang tak sempurna.
Saya mungkin akan melatah.
Tapi saya janji saya tetap akan berusaha untuk jadi yang solehah.
Untuk awak suami saya,
untuk Umi & Ayah,
untuk Ibu,
untuk adik-beradik kita,
dan kawan-kawan kita.


Untuk korang,
Percayalah, ikatan perkahwinan itu terlalu bahagia.
Berkongsi hidup dengan orang yang kita sayang.
Rasa bahagia tu memang takkan sama dengan waktu kita bercouple dulu.



Bagi kawan-kawan saya dan korang yang belum bertemu jodoh,
Saya doakan korang akan dapat isteri/suami yang penyabar.
Sebagaimana korang sabar menunggu kehadiran dia yang istimewa dalam hidup korang.
Amin ya rabbal alamin...




Dari,
Isteri Badi'uzzaman Muhammad








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top