Monday, December 20, 2010

Kau tak payah jadik orang MALAYSIA la! -.-"

Aiyokk....tengok tajuk entry je da menunjukkan yang aku terlalu marah. Mungkin aku akan bersikap agak racism sikit kali ini. Tapi aku tak kata dekat semua. Hanya segelintir je. We are 1Malaysia kan. :)

Semalam, aku dengan kawan aku pegilah tengok satu konsert ni dekat I-City. Korang penah pegi tak I-City? Ala...yang tempat ade banyak lampu-lampu tu. Pokok sume pakai lampu. Dulu aku selalu pegi tempat tu time mula-mula I-City baru bukak dan tiada bayaran dikenakan kalau nak masuk. FREE OF CHARGE! Tapi sejak da kene bayar ni, tak kuasa la aku nak g sane semata-mata nak tengok lampu-lampu tu. Tengok lampu kat rumah aku lagi lawa. Da la skang ni kalau nak masuk kene bayar RM10. Semalam adalah pertama kali aku jejak kan kaki ke I-City yang berbayar ni. Itupun kene bayar RM2 je.
*Ok..satu introduction yang sangat hebat! -.-"

Semalam ramai jugak artis yang ada. (Tapi aku datang tengok konsert tu semata-mata nak tengok Aizat ye..hehe. Tapi tak sempat pon nak tengok sebab Aizat kua pentas lambat sangat. Aku kene balik awal.)
Ada yang best, ada jugak yg tak best. Sementara nak tunggu artis best yang kua, terpaksa la kau dengar lagu-lagu bosan yang lain.

Mula-mula sampai tu, semua orang berdiri. Ye la, baru lepas hujan. So, takut basah la kan. Tapi bukan tanah or pasir la. Ground tu die tabur batu kecik banyak-banyak. Tapi memang tak lenguh la kalau berdiri lama-lama. So, semua orang pon duduk. Dan orang-orang yang duduk ni terpaksa la memekik terjerit-jerit suruh orang yang depan duduk jugak. Lama la jugak adegan suruh duduk tu. Al-maklumlah, manusia ni kan degil. Lagi-lagi sekumpulan budak-budak Sabah ni. Perghhh...degil die nauzubillah. Macam orang takde tamadun. haih. Da la memekak-mekak kat organizer tanye bile nak start. Weh! Konsert free je pon. Kau sabar je la.
Akhirnya semua orang pon duduk macam dekat dalam perhimpunan sekolah tu.



Dekat depan aku ni ade la pulak sebaris budak perempuan. Salah sorang dari diorang ni asyik dok tangkap gambar syok sendiri. Dari mula konsert, sampailah waktu aku nak bla dari situ. Tak habes-habes snap gambar. Muke die saje. Maybe die nak lepas kecewa die tak dapat bergambar dengan artis kot. hahah.

Ok...sampai la part budak Sabah yang aku cite tadi. Asal sebut name artis yg diorang minat, mesti diorang akan berdiri selaju mungkin dan bersorak macam orang gile. Ye...kitorang tau la korang suke artis-artis tu, tapi tak payah la batak sangat. -.-"
Time XPDC nye performance, aku sangat terkejut bile diorang joget macam pegi tengok konsert dekat luar negara. Head banging macam orang da tak ingat dunia. Apeeee la nak jadik. Mungkin baru first time tengok konsert. Bile Stacy perform, yg perempuan pulak dok terkinja-kinja berjoget mengalahkan backup dancer Stacy tu sendiri. Aku rasa Stacy patot pilih budak-budak Sabah ni jadik die punye dancer la. Bayangkan la, semua orang tengah duduk, tibe-tibe ade dua tiga kepala yg berdiri sambil joget macam beruk. Ok..sangat tarik perhatian ye. Eee...sumpah rase nak pijak.


Ini saje yang aku sempat record. Joget macam pegi clubbing.

Sangat-sangat tak tenang nak tengok konsert tu. Aku punye fokus atas stage pon da hilang gara-gara asyik tengok budak-budak ni punye perangai. Ikut kan hati, nak je aku baling batu dekat diorang. Tak lame lepastu, maybe organizer pon da menyampah tengok diorang, so die suruh pakcik-pakcik RELA yang kuat lagi gagah tu duduk dekat-dekat dengan diorang. Tapi, kalau da bangang tu bangang jugak.

Kite ni 1Malaysia. Buat la perangai elok-elok sket. Macam orang tak bertamadun nape? Kalau orang luar tengok kite macam ni, malu weh! Lagipon, konsert ni untuk tontonan umum. Kesian la sket dekat parents yang bawak anak-anak. Takkan diorang nak bagi anak diorang tengok budak-budak remaja joget cam orang gile tu. Aku tak kate la semua orang Sabah macamtu. Tapi  kepada orang-orang Sabah yg unbehaved macamtu patot dibuang negara la. Bukan setakat orang Sabah je, sume orang dekat Malaysia la tak kire negeri, kalau berperangai macamtu, rasenye tak layak nak jadik orang Malaysia. Encik Perdana Menteri, tolong buang nama diorang ni dari list rakyat Malaysia. huh.

Penat jugak aku membebel ni. Geram sangat tengok diorang. Urggghhh!!! Tapi kan, ibu cakap, kite tak boleh bencik sangat dekat orang. Takut anak-anak kite yang jadik macam tu. Ya Allah ya Tuhan ku, Kau lindungilah keturunan ku dari manusia seperti itu.
Kepada korang, jaga perangai elok-elok hokeh. Jangan jadik macam budak-budak tu. Sory ye kalau aku ade sentuh pasal perkauman ni. Peace bebeh.

zzzZZZzzz

Saturday, December 11, 2010

Excuse me! Wedges ke Flat??!

Hey hey...aku bukan nak cite pasal makanan ke rumah flat ke. Tapi sekarang ni aku confuse sangat nak pakai ape pegi praktikal isnin ni. PRAKTIKAL weh! Da 3 tahun rupenye aku membanting tulang dalam QS ni. -.-"

Aku slalu fikir, kalau pakai wedges or heels, kang akak-akak dekat situ akan bercakap dalam hati "Eh..budak ni baru praktikal je, tapi pakai kasut mengalahkan aku yang da bertahun keje. Makcik cleaner pon datang keje pakai kasut skolah."
Kalau aku pakai flat shoes plak, aku akan terfikir akak-akak tu cakap "Budak ni nak pegi class ke hape? Budak ni tak layak lagi nak mula bekerja rupenye."
Oh! Oh! Habestu nak pakai ape??? 
*Macam berat sangat je masalah aku ni kan. hahah.
Tapi kalau ikut hati aku ni, aku rase aku nak pakai crocs je. Selesa hokeh. :D

Ihsan Makcik Google. Wah wah...nak pilih gambar kasut mahal je. hehe. Ok ke tak pakai wedges ek?


Kasut macam ni comel sangat. Tapi takdelah aku terasa diri aku comel pakai kasut ni.
Aku rase aku perlu pegi carik dekat kedai kasut ape yg sesuai nak pakai dengan baju kurung isnin ni. Ye...itu yang sepatutnya.
Aku da tanye mak aku tapi jawapan die tak memuaskan hati.
Jawapan standard dari seorang mak "Pakai je la kasut ape yang kakak selesa"
-.-"
Adeh...

Err..korang rase? Tapi kalau nak ikutkan follower aku yg terlalu ramai di waktu ini, jangan harap la aku dapat jawapan dari korang kan. hahaha. Tapi aku nak jugak post masalah aku ni! Tak kire! Arrghhh!! *sawan

zzzZZZzzz

Friday, December 10, 2010

Dua puluh satu sahaja

Ape yang dua puluh satu? Sejenis duit kah? Sejenis CGPA kah? Sejenis kuih kah?
Arghhh....semakin tua.
Tapi masih lagi pendek. Takpe, pendek itu stabil. hahah.
Ibu cakap dekat aku, waktu umur dia 21, dah ade anak 2 orang.
Tapi...tapi...kenapa aku.... Masih.....seorang.
Sangat lambat jodoh itu datang ye. Uhuk..uhukk...

Sempena hari jadi aku yang ke-21 ini, aku hadiahkan diri aku sendiri dengan sebuah blog. Ye..blog ini direka khas sempena 9 Disember 2010 ini.
Mungkin sambutan harijadi aku tahun ni takdela meriah sangat macam before-before ni.
Tapi...aku masih tetap happy. Wiiii~
10 minit nak pukul 12tgh malam (semalam punye kejadian ye), aku masih lagi baring-baring atas katil bermain-main dengan Xpress Music 5800. Wah...batak je. hahah. Saje la carik carik ringtone untuk contact. Tibe-tibe rase nak download lagu baru pulak. Pegilah kejap dekat pc. Tanpa disangka, ade salji jatuh atas kepala aku. hoho. ibu bermain kasar. Aku ingatkan bile duduk rumah, takdela kene baling dengan tepung, telur dan sebagainya. Oh ibu! Terima kasih. :')
Yang paling tak disangka, ade kek jugak untuk aku. hehe.


ini lah kek harijadi saya yg ke-21. Adik aku yg belikan. Tq Emi.
Lepas da mandi sume, aku pon ajak la member aku si Paktam ni lepak McD. heheh. Paktam blanje aku hokeh. yeay!! Next time blanje lagi ye. hahah.
Tapi selama 21 tahun ni, tak pernah sekali pon aku sambut birthday aku dengan seorang lelaki yang bernama BF. hihi..gedik gila.
Tapi yang paling penting sekarang ni aku tanak kene baling tepung ke, telur ke, air busuk ke, oleh sorang budak bernama Aman.
*Kepada Encik Aman, balas dendam itu tak elok ye. hahahaha~


hoh..entry yang pertama ni mungkin agak bosan kerana aku pon baru je buat blog ni. Tak sampai sehari pon umur die. Akan di improvise from day to day.
InsyaAllah.


Kepada ibu, i love u so much.
Anak dara ibu dah besar. :)


zzzZZZzz,
etika
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top