Its 4am now.
And i cant even close my eyes.
Suami. Anak. Zzzzz
Waktu ni lah aku curi masa nak melipat baju bagai.
Hidup aku sekarang. Memang serba serbi selekeh serabai. Kadang-kadang rasa diri ni macam langsuir dalam rumah.
Bau badan penuh dengan muntah anak.
Nak buat biskut raya pon tak sempat. Apatah lagi kemas rumah.
Baru nak pegang penyapu, few minutes later dengar suara anak menangis.
Kadang tu baru nak berborak dengan suami, anak dah panggil nak borak sekali jugak.
Ini bukan mengeluh. Cuma nak bagitau hows my life totally change sekarang.
Tidur?
Jangan tanya la. Before ni boleh la kalau anak tidur, aku pon kena tidur sekali.
Tapi lepas berpantang sendirian berhad ni, bila anak tidur, aku kena bertukar jadi supermak buat kerja rumah segala.
Tidur bila betul-betul letih. Itupun sebab tertidur. Atas kerusi. Sambil menyusukan anak.
Bila terjaga, kepala anak dah longlai tertidur sekali. Dan dengan automatiknya aku akan check pernafasan dia. Takut kot. :D
For mommy-to-be outhere, you better be prepared.
Physical and mental.
Tapi.
Kadang-kadang aku boleh tenung muka anak sendiri dalam masa beberapa jam.
Nak cakap how blessed i am to have a child. My precious son.
Tengok anak sendiri membesar depan mata.
Dari badan sebesar lengan yang penuh darah. Sampai lah dah jadi debab-debab tembam.
Bila dia senyum, rasa melting sangat. Ouhh anak....
Setakat ni, antara aku dan suami.
Sesungguhnya aku lah yang garang.
Jadi,
Watch out son.
Try lah jadi nakal.
Dan nanti, pergilah mengadu dengan ayah.
Ok. Dia nangis. Better go and check on him.
Nak harap ayah dia? Berdengkur.
Tapi bila aku letih, dia jugak lah yg gigih dodoikan anak.
Jauh dari lubuk hati, saya nak ucap, terima kasih awak. :)
**************************************
Ok. Sambung.
Macam ni lah hidup aku sebagai seorang ibu sekarang.
Harus multi-tasking.
Kalau sesiapa ada contact dengan supplier yg jual tangan sotong, sila bagitau.
Aku amat memerlukannya.
Sekarang ni pon aku tengah menaip menggunakan tangan kanan manakala tangan kiri sedang memegang anak.
Bila tgk rancangan apa-apa pasal anak dia sakit itu ini, aku mesti akan tersentuh.
Sebak.
Fikir macam mana kalau jadi dekat anak aku.
Ye.
Naluri keibuan aku dah semakin menebal dalam diri.
Sekarang aku ada satu penyakit kronik.
Aku hari-hari akan ambil gambar atau video anak aku.
Sebab.
Aku taknak terlepas setiap momen dia membesar.
:)
Sungguh indah rasa ini.
Macam ni lah ibu aku rasa selama ni.
Bila diri sendiri dah jadi mak baru tau rasa itu.
Ye lah, selama ni bila mak marah-marah kita mula lah nangis tulis dalam diary
"Ibu dah tak sayang aku lagi"
Haha.
Cliche sungguh.
Korang semua mesti pernah buat kan.
Oh.
Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan memegang dua title terus.
Isteri & Ibu.
Dan juga.
Tahun pertama aku beraya di rumah mertua.
(Jemput datang raya rumah. Pasir Puteh ye)
Hari selasa ni baru kami sekeluarga berangkat ke kampung.
Harap aku tak nangis dalam kereta bila dengar lagu raya dalam radio nanti.
Tsk...tsk...
Hurm...
Sangat sentimental entry aku kali ni.
Ok lah.
Nak kejut suami bangun sahur.
Esok suami cakap nak bawak pergi shopping raya. Hikhik.
Jadi,
Selamat bersahur semua.
Assalamualaikum.
a mother,