Wednesday, August 21, 2013

Bila Anak Menangis


Ini bukan tips.
Tapi ini pengalaman pertama aku bila anak menangis tanpa henti.

Izz menangis menangis tadi. Sakit perut gamaknya. Buat itu ini semua tak kena. Habis segala Vicks, Minyak Telon aku sapu. Tak jugak dia diam. Bagi susu habis diluahkan balik.

Kesian tengok dia. Dari mata aku mengantuk tadi terus jadi segar.
Aku memang tak reti nak buat apa. Dulu waktu dekat UIA memang aku ada ambil subjek 'Parenting' tapi dia tak ajar 'How to Handle Your Baby When He Cries All Night Long'.
Aku pon belum tamat lagi kursus 'Menjaga Bayi Ketika Sakit' dengan ibu.
Kalau lah aku tau bahasa baby dah lama aku tanya dia sakit apa.
Maaf Izz. Ibu loser.

Sekarang dia dah tidur. Atas badan aku melekat macam koala.
Itu pun lepas aku bagi ubat homeopathy Dr. Radziah.
Alhamdulillah.
Mak mertua aku yang cadangkan beli ubat homeopathy ni.
Bagus jugak rupanya.

Tapi sekarang ni aku yg tak boleh tidur lagi masalahnya.
Dua hero aku ni dah lawan berdengkur anak beranak.

Harap harap Izz berdengkur la sampai esok pagi.
Tidur lena lena ye nak.
Esok pagi bila bangun senyum macam selalu.
Main main dengan ibu dengan ayah.
=')



Jangan sakit sakit lagi tau.
Ibu takut
I love you anak.
Dan ayah dia juga.
Hikhik.

Good mornight.
ZZZzzzz....






0 kritikan.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top