Semua ibu mesti tak sabar kan nak tunggu baby dia umur 6 bulan sebab nak bagi dia makan.
So, harini aku nak bagitau macam mana cara aku buat puree untuk Khawarizzmi.
Seriously, making puree for your baby is really a fun thing to do.
Lagi best bila kita dah buat tu, dia makan sungguh-sungguh sampai comot. :')
Seeloknya bagi baby makan waktu umur dia 6 bulan.Tapi aku start bagi Izz makan since dia 5m+ without pediatrician's advice. Sebab aku rasa perut Izz macam dah kuat nak terima makanan. Ala, beza berapa berapa minggu je sebelum dia nak masuk 6mths. Itu pun aku bagi dia makan during weekend je as preparation utk perut dia nak makan betul-betul nanti. Boleh ke macamtu? Haha. Tapi sebagai seorang ibu kepada anak kita, kita sendiri akan tau apa yang terbaik untuk anak.
Sampai masa kau akan rasa, "Ok, it's time to feed him!" :D
Mula-mula, aku just bagi dia puree yang aku beli. Aku beli jenama Heinz. RM4 sebotol yang kecik. Sebenarnya aku saja je nak try benda tu. Lagipun once kita dah bukak botol tu, puree tu cuma boleh tahan for 48 hours je kalau simpan dalam peti sejuk. Aku sempat try bagi dekat dia dalam 4 botol je.
Izz sangat suka flavour ni |
Tepat je umur dia 6 bulan, aku buatkan sendiri puree untuk dia makan.
Excited gila pergi beli buah-buah dengan sayur. Siap beli blender baru lagi sebab ibu aku cakap jangan guna blender yang sama kita blend bawang cili tu semua sebab takut melekat rasa tu dekat makanan anak. Aku takdelah mampu nak beli blender khas untuk blend makanan baby yang siap ada steamer bagai tu. Aku just beli blender Shake 'n' Take dekat kedai Marissa Shoppe sebab setakat ni dia jual blender tu paling murah. Cuma RM70 je. Hihi.
Jadual makan dia selalunya aku akan bagi makan puree buah waktu dia breakfast.
Dalam pukul 3 petang macam tu aku bagi makan puree sayur.
And petang before nak mandi tu bagi puree buah balance yang aku buat pagi tadi.
Aku pernah baca orang cakap kena bagi makanan yang sama dekat baby selama 4 hari berturut-turut sebab nak detect kalau dia ada alahan. Tapi kau bayangkan kita sendiri muak kalau nak makan benda sama 4 days in a row. Aku dah pernah cuba buat macam ni dekat Izz tapi ternyata hari ke 3 dia dah taknak makan makanan tu bukan sebab alah, tapi sebab boring.
Ok, first of all aku akan potong dadu buah/sayur kecik-kecik.
Kalau untuk puree buah, aku just potong dan terus masuk dalam blender. Aku campur sikit dengan susu yang aku pump. Sikit je. Lebih kurang 1/2 oz sebab nak bagi puree tu tak terlalu cair. So, baby suka bila ada rasa tekstur sikit.
Kalau puree sayur pulak, aku potong dadu kecik-kecik sayur tu lepastu rebus sekejap dengan air bagi dia lembut supaya senang nak blend. Kalau nak bagi rasa masin, letak la dalam 1 2 ikan bilis rebus sekali. Lepastu blend semua yang direbus tadi. Guna air rebusan tu waktu nak blend. Tapi jangan letak semua, letak dalam 1/2 oz macam yang aku cakap tadi.
And then blend lah korang sesuka hati gaya dan rasa. Blend sampai betul-betul hancur supaya baby senang nak makan tak tercekik. Lepastu siap! Letak dalam bekas, bagi baby makan.
Omnomnom.
Cuba try macam-macam resipi puree.
Setiap hari try resipi baru.
Kalau untuk buah, campur la masam ada, manis ada. Same goes to vegetables.
Contohnya,
Epal hijau + Strawberry
Pisang + Oren
Apricot + Avocado
Oren + Pear + Delima
Atau,
Bayam + Tomato
Tomato + Carrot
Potato + Broccoli + Mushroom
Carrot + Broccoli + Mushroom
Dalam 3 minggu lebih dia da makan puree ni, bolehlah beralih buat bubur nasi untuk dia.
Satu tips untuk buat bubur dengan lebih cepat, blend beras dulu baru tanak. Takdelah lama sangat nak tunggu dia masak.
Ok!
=)
Selamat Mencuba,
6 comments:
bila baca entry ni, baru tau puree tu apa.. hihi
Hai salam kenal. Tq for info.sy pon br nk start bg baby mkn puree. Nk tnya. Untuk heinz tu tahan 48h je kn. klu nk bg bby kne biar suam ke ape ye. Takkan nk bagi sejuk gitu. Maaflah br belajar huhu
@Kyla Pearlisha sory lambat reply. Selalunya saya akan letak dalam bekas then bekas tu saya biarkan terapung dalam air panas. Senang cerita mcm cara nak panaskan susu badan yg kita pam. :)
Salam. Nk tanya. Kalo nk buat puree epal guna shake n take ni xperlu rebus dulu ke?
@cikfaizah kalau buah, saya tak rebus dulu sebab buah2 dah lembut. Kalau rebus mcm takut hilang pulak zat dia. :)
cari solid food,jumpa blog awk nie..anyway mcm lega baca pendapat awk (x terlalu rigid sgt dgn rules) hihi. plan nak start bg baby mkn umur 5+mo sbb skrg ni 4+mo dia dah galak mengunyah bila nmpk org mkn huhu!
Post a Comment