Monday, May 30, 2011

SINGLE is SATU

Bila tengok sana,


BF dengan GF tengah jalan pegang pegang tangan.
So sweeetttt....










Bila tengok sini,


BF tengah bagi bunga dekat si GF.
Sang perempuan buat muke malu-malu binatang.








Bila tengok situ,


GF tengah suap kan si BF.
nyam nyam...dap nyew!!!







Bila tengok sana lagi,


BF dengan GF main gurau-gurau senda.
hikhikhikhik....u ni klaka la.







Bila tengok sini pulak,


GF dan BF peluk peluk sakan.
Kepala dua, badan satu.











Bila tengok situ balik,


BF tengah reply message GF.
GF  tengah reply message BF.
Awak kat mane. Awak buat ape. Awak dah makan. Awak itu. Awak ini.







Bila online FACEBOOK,


Sang GF dengan sang BF tengah main reply reply comment.
 Olololo....













Bila tengok diri sendiri.....


errrrkkk....kenapa aku sorang sorang?
Gile loser kau ni etika. =__="




Aku nak jugak hero untuk diri sendiri.
Lelaki yang boleh protect aku dari bf Cik Azeya ni. *ketawa kecil. hahaha~

Ok.
Just keep praying for my jodoh to come.
Ehehe...


Bai.
Guwa nak pegi carik jodoh ni.


zzzZZZzzz



Mungkin orang cakap Single itu Best.
Tapi tak selamanya hidup kita perlu single. 





Thursday, May 26, 2011

Keep Alive After Your Death

Logik ke kalau kau dah mati, tapi kau hidup lagi?
Kau bela saka ek..... (oh..tibe-tibe teringat dekat Samer Shahedza...hahaha!)
Hoi...dosa weh!

Atau kau hidup sebab jadik zombie.


Mesti korang tau kan, ada 3 perkara yang takkan mati walaupun korang dah takde lagi.
1. Sedekah korang selama korang hidup
2. Ilmu yang korang turunkan.
3. Dan doa dari anak-anak korang.


Tapi tapi tapi......lecturer aku ade tambah lagi satu lagi.
Korang akan tinggalkan penulisan korang.
Dan orang lain akan terus membaca.......
Kalau korang ni jenis yang rajin menulis lah kan.
Contohnya diary, blog, facebook....(kalau ikut zaman sekarang punye teknologi lah)


So, maknanya....nanti bile aku mati, blog ni jadi kenangan yang akan aku tinggalkan. :)




Tapi malu jugak aku kalau orang bace...lagi-lagi kalau aku ade anak nanti.
Mesti diorang cakap;
"Perghh..teruknya bahasa mak aku dulu..." =_="


Aku mintak maaf siap-siap la...
"Sory anak-anak, sory ibu, sory ayah, sory suami, sory kawan-kawan....ini cuma penulisan sewaktu muda remaja."


Mungkin penulisan aku bukan lah penulisan berilmiah..tapi aku rasa cukup lah penulisan aku ni melambangkan diri aku yg sebenar.


So, kepada korang korang...buat lah sesuatu untuk dijadikan pengalaman terbaik kepada orang lain.


"Harimau mati meninggalkan belang, Etika mati meninggalkan belog : Petak Nota Etika...."

peace bebeh!


=)



zzzZZZzzz







Monday, May 16, 2011

KAWAN BAIK SAYA LELAKI. SO?


Harini 16 Mei. Hari guru.
Tapi aku tak nak cite pasal guru.
Meh aku cite dekat korang pasal kawan baik aku.

PHOTO DELETED

Sudah terang lagi bersuluh kau nampak dua orang tu lelaki kan.
Sorang Aman dan sorang lagi Fazly.
Diorang bukan gay. Diorang lelaki normal.
Siyes.
Aku dengan diorang memang macam kucing dan anjing.
Err...aku kucing dan.... hoh. aku gurau.


Aku kenal diorang 6 tahun yang lepas.
Mungkin bukan satu tempoh yang sangat lama.
Tapi lama la jugak bagi aku. Sebab aku susah nak berkawan.


Aku malas la nak cite betapa rapat nye aku dengan diorang.
Sebab korang sume pon mesti ade kawan baik kan.
So, aku rasa same je.
Macam semua orang.


Tapi aku tak berapa faham kalau ade orang cakap, kawan baik dengan lelaki lama-lama boleh jatuh cinta.
Dah 6 tahun dah ni. Kenapa ku tak terpikat pon dekat diorang? =.="


Cuma masalah besar kalau berkawan baik dengan lelaki ni bila diorang ade gf dan aku ade bf.
Si gf dan bf tu mesti rasa cemburu.
Ohh..what theee.....hell.
Cemburu itu bagus.
Tapi perlu bertempat ye sayang.
i kenal diorang lagi lame dari i kenal u.
Faham!
(aku ckp pasal ni sebab kes ni dah pernah terjadik pon atara kitorang. dan aku rase tak suke.)


Tapi Alhamdulillah...si budak laki Fazly tu dah ade steady gf dah sekarang.
Dan gf die juga baik. Tak ade rase cemburu macam babi dan buta.
Cuma aku dan si Aman masih lagi mencari cinta. ahah.
(marilah beli Aman. Aku jual die dengan harga RM20k. hahah)


JADI!!!
marilah kita terjah menerjah belog mereka!


Budak ni lebih kurang rajin jugak update entry.
Lagi-lagi pasal makan.
Kau tengok la badan die yang taff taff tu. :D
Tapi kalau mood die tengah mengarut, memang ayat ayat dalam entry die memang macam silaka.
hahah.
Contohnya entry; segmen ni dan segmen ni.
Lepas kau bace, mesti kau rase nak tikam perut die dengan pisau.



Oh. mamat ni pulak dah penah ade blog dah before ni.
Tapi tatau kenapa. Die buat yang baru.
Mungkin ade masalah hormon tak stabil. Ok. tadekaitan.
Sangat bz sebab tu jarang gila update entry.
Entry die selalunya benda yg terjadi dekat die.



"i'd rather lose my boyfriend rather than lose my friends"

Ingat tu.
Semat dalam otak.


Bai.


zzzZZZzzz






*oh. sekarang sangat susah nak lepak sama-sama. Masing-masing bz. Kalau waktu sekolah dulu boleh kata hari-hari lepak Khulafa. Rindu~ T.T 




Saturday, May 7, 2011

Tak Semua Kita Nak Kita Dapat



Kau tau tak gambar ni perli aku?
Benci. Tak suke.
Tapi...itulah hidup.

Kalau kau dapat semua apa yang kau nak, tak best lah hidup kau.
Takde cabaran.
Ibarat kacang lupakan kulit.
Ok. Tadekaitan.

Hah..aku?
Eh..aku ok je.
Biaselah.
Kepada semua orang yang pernah bagi kritikan dalam entry ni, timaseh korang.
Aku hargai.
Dan aku dah cuba pon cara yang korang suggest kan tu.
Siyes.
Timaseh sekali lagi.
Aku rasa lega. (tak..tipu. aku langsung tak rasa lega.)


Oh..lupa aku nak pesan.
Seboleh-boleh nya elak kan diri kau menjadi orang ketiga.
Kerana sesungguhnya orang yang ketiga itu adalah syaitan.
Hahah.
Ok. Tak lawak langsung.
Kau mesti marah kan kalau ade orang ketiga dalam hubungan kau.
So, sila respek hubungan orang lain.
;)





Ok la.
Tu je.




Bai.




zzzZZZzzz




*Ohh...blog ni da upgrade ek? Aku baru tau.
Ye la..aku jarang online sekarang ni.
MALAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top