Tuesday, December 31, 2013

My 2013

Obviously, gave birth to the lil boy Muhammad al-Khawarizzmi is the main highlight for my 2013.
Tak akan ada pengalaman yang sama seperti itu.
Seeing him growing up everyday.
Dari sekecil tapak tangan, sampai lah dia dah boleh makan dan boleh berjalan (guna walker ;p)
Oh boy, how time flies so fast.
Jangan besar cepat sangat. Nanti ibu ayah rindu. ;')

Khawarizzmi's inside


The fresh Khawarizzmi
1 month

2 months



3 months

4 months

5 months
6 months


Being a parent. Is the best feeling ever. Wallahi.
Bila anak menangis sebab dia tercari-cari ibu dia, ya Allah, tak tahu nak gambarkan perasaan itu.
You have someone who wants you, who needs you, who cling on you.
And you have the responsibility to take care of him.
To make him the best, to make him the leader of the world.

Subhanallah, syukur ya Allah atas anugerah.
Semoga Khawarizzmi menjadi seorang anak yang soleh.
Yang sentiasa mendoakan ibu dan ayah.
Semoga keluarga kecil kita ini akan sentiasa penuh dengan gelak ketawa indah.

Kepada kawan-kawan saya yang telah berkahwin,
Saya doa kan kamu kamu semua dimurahkan rezeki yang Maha Esa.
Percayalah,
Anak itu ada setiap rezekinya.
Selamat hujung tahun 2013


Dan kepada 2014,
Be nice to this family.
Semoga suami saya yang terhebat ini dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, berkembang maju perniagaannya, dan berkurus badannya. Tehehe...

And for me,
I will work hard.
Semoga sentiasa kebal menjaga keluarga ini.
Amin....


Goodbye 2013








Wednesday, December 25, 2013

Selamat Hari Krismas: Berdosa ke untuk diucap?

Semakin canggih teknologi, semakin banyak maklumat yang kita terima setiap hari.
Baru-baru ni ramai yang share dekat facebook dan instagram yang orang Islam salah untuk ucapkan Selamat Hari Krismas, Selamat Hari Natal, ataupun Merry Christmas.



Katanya setiap ucapan itu ada maksud yang tersirat bagai. Dan kita seolah telah membunuh agama kita jika kita ucapkan kata selamat tu.

Ok.
Maafkan aku yang jahil ini.
Aku bercakap tanpa hadis, atau surah atau sebarang bukti.
Tapi aku cuma tertanya-tanya.
Betul ke salah? Betul ke berdosa?

Sedangkan, kalau kawan-kawan kita yang beragama lain ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dekat kita, tak ada pula aku dengar agama lain ada keluarkan pasal ucap Selamat Hari Raya ada maksud itu dan ini, akan menyebabkan diorang itu dan ini.
Malah kita mesti rasa terharu bila dapat ucapan dari mereka.

Kita bukan nak kata yang kita terima agama diorang.
Dan kita bukannya nak menyerupai agama diorang.
Kita cuma berniat nak beri ucapan selamat sebagai tanda menghormati sesama manusia tak kira bangsa tak kira agama.
Sedangkan dalam Islam sendiri suruh kita menghormati antara semua makhluk tak kira apa agama diorang.
Hormat bukan bererti terima.

Kau rasa kalau kau cakap dekat kawan kau yang tengah gembira nak sambut krismas,
"Sorry, aku tak boleh nak ucap selamat. Agama aku tak benarkan."
Kau rasa dia akan tertarik ke dengan ajaran Islam?

Sekali lagi maafkan aku kalau aku jahil.
Correct me if i am wrong.
Just being curious.
I am only a human.

Disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan, aku berusaha cari jawapan.
Mungkin boleh membantu sesiapa yang mempunyai persoalan macam aku tadi.

Jawapan:

Yep...memang salah kalau kita ucapkan.
Dalam hadis Riwayat Bukhari Muslim ada menyebut;
"Barang siapa yang meniru atau mengucap selamat kepada agama lain, maka dia telah kafir dan neraka jahanam lah tempatnya"
Nauzubillah!

Hari Krismas tu diorang sambut sebab diorang percaya Jesus mereka lahir pada 25 December sedangkan Nabi Isa tidak lahir pada tarikh itu.
Jadi, kalau kita ucap selamat, seolah kita setuju tentang sambutan itu. Kita setuju yang Nabi Isa adalah anak Tuhan.
Kita bukan tidak menghormati diorang, tetapi perkara yang melibatkan Tuhan susah untuk diberi toleransi.
Ia antara perkara syirik

Kalau kita ada kawan-kawan di kalangan yang sambut krismas, kita boleh ucap Tahniah atau pun Selamat Bercuti.
Elakkan dari memberi ucap selamat.
Mudah kan! ;)









Tuesday, December 24, 2013

Free Funfair

Yeppp....its FREE!
Not free entrance but it's totally free!

Kau tak perlu nak beli token untuk main permainan dekat situ. Kau cuma kena beratur panjang je. Dah kata free. Memang ramai la manusia yang pergi.
Dah la free, waktu kitorang naik merry-go-round tu pon dia bagi pusing 4 5 kali la jugak.
Bebaloi la dari bayar RM10 dekat i-city tu. Kihkih.







Kalau boleh, semua aku nak naik. Tapi Izz sampai dah tertido tunggu ibu dia yang terlebih excited dapat dtg funfair ni. Ayah dia memang gayat. Tak payah la nak ajak.
Tempat dia dekat Bangi Lama.
Nak bagi exact location aku tak tau nak cakap dekat mana. Tapi dari traffic light UKM tu, kalau dari Bandar Baru Bangi, UKM jalan straight, tapi nak pergi funfair ni amek kanan. Lepastu straighttttt je sampai jumpa funfair.

Alamak, Izz da gerak-gerak.
Mesti dia bangun jap lagi ni.
Gtg!


Serius free,
etika


Sunday, December 1, 2013

Pureen Warehouse Sale Nov-Dec 2013

Pureen every once in 3 months mesti akan ada buat warehouse sale. Tersangat sale! Harga baju baby dari RM1 ke atas. Murah gilaaaa!
Siapa yang pernah pergi warehouse sale Pureen before-before ni mesti dah ada experience dan dah tau kan betapa ramainya manusia dalam tu.
Untuk first timer macam aku ni memang akan jadi culture shock.
Apa yang aku boleh cakap cuma....
GILA



Pagi-pagi lagi dah kena kejutkan budak kecik ni nak bawak pergi berperang fizikal mental dekat warehouse tu. Lebih kurang dalam pukul 7 pagi kitorang dah gerak dari rumah sebab takut ramai. Kakak-kakak ipar aku dah janji jumpa kat sana je terus.




Rumah aku dengan tempat tu tak jauh sangat pon. Dalam pukul 7 lebih macam tu dah sampai tapi waktu sampai tu dah kena parking jauh dah. Aku rasa dah cukup awal dah aku gerak tapi terkejut jugak bila tengok dekat gate dah ada orang beratur depan gate.
Itu belum bukak lagi. =.=

Once gate dah bukak, meluru orang masuk. Aku ingatkan dekat bahagian depan warehouse tu je, rupanya ada walkway menghala ke dalam lagi untuk pergi bahagian baju murah tu. Sampai je kat dalam, takde baju pon dalam rak tu. Yang aku nampak cuma tangan orang.

Bila sampai je pekerja Pureen bawak kotak nak isi baju, semua muka aku tengok macam ada satu semangat. Semangat nak berebut. Hahahaha...
Pekerja tu baru nak tuang je baju tu dalam rak, dah menggapai-gapai tangan makcik kakakdekat udara terus sambar baju tu masuk dalam beg ikea untuk acara memilih kejap lagi.
Aku tergamam.
Piranha!
Pekerja tu dah macam tengah bagi makanan dekat ikan yang kelaparan.
Kalau dekat tempat baju RM1 memang menempah maut la kalau duduk situ.
Tapi baju kebanyakannya harga RM3 la yang orang dok rebut. Cumanya dia tak jual in pair la, kau kena beli baju seluar asing. Tapi still murah jugak la kan.
The problem is, jumpa baju corak ni, seluar corak tu. Haha. Kena rajin la cari pasangan baju-baju tu.

Gambar waktu tu memang tak dan nak amek la. Semuanya berlaku sepantas kilat.
Lagipon aku cuma bawak badan je sebab segala handbag dengan anak aku suruh husband jaga.

Waktu tu aku dah macam berputus asa dah nak beli sebab semua orang aku nampak ada tertulis 'SELFISH' dekat muka.
Kau bayangkan, dia dah kaut semua baju, semuanya jenis dan corak yang sama, aku cuma nak tengok 1 je kot-kot ada saiz anak aku, dia terus rampas dari tangan aku. Ok auntie, u amek la semua. Amek amek...

Aku nampak dekat tepi-tepi walkway semua yang mengaut tadi tengah dok buat pesta pilih-pilih. So, aku pon pergi je approach diorang tanya mana baju yang diorang taknak tu, aku nak pilih sekali. A good tips jugak utk orang-orang yg sarat mengandung tu, terus je pergi dekat baju-baju yang orang dah taknak tu. Tak payah susah-susah tunggu pekerja Pureen letak baju dalam rak nak rebut-rebut.

As for me, berbaloi la jugak pergi sana sebab you can save lots of money. Setakat nak beli baju harian anak nak duduk rumah, dengan RM50 aku dapat beli 8 pasang baju. Ok la tu kan!






Banyak jugak la aku dengan kakak-kakak ipar aku dok borong tadi.
Alhamdulillah...
Untuk yang tak kuat semangat, tidak digalakkan untuk pergi. Hahaha...
Tapi at least give a try la.
Memang rasa macam nak pergi berperang.
Yang baru nak pergi tu, try review-review blog orang lain yang dah ada experience pergi Pureen warehouse sale ni so that you can get a picture how it will look like.
Takdelah terkejut sangat nanti bila sampai sana sebab waktu tu semua ibu akan berubah their character.
Demi baju anak! :')

Till then,
etika




Sunday, October 27, 2013

Barut Baby Comel Lagi

Mommy-to-be,
Looking for baby binder to your lil bub in the tummy?
Nahhh....take a look at this.



The material is 100% cotton.
And the size is about 21inch length x 6inch wide
Fit to baby 0-5 months
Semua barut jenis bertali


ini detail bahagian belakang




Currently, we only have barut baby jenis stripe dengan jenis plain.
And we do not have barut using cotton flanel. As for me, cotton flanel tu macam panas for the baby.




Barut baby sangat penting waktu umur 1-2 bulan sebab ia berguna untuk mengelakkan kembung perut dari masuk angin.
My Izz pon sampai sekarang ni dah 4 months still pakai barut tapi waktu malam je la bagi perut dia selesa waktu tidur.

 
Wanna place your order?
Just email me at hello.ibuandme@gmail.com to see the latest colour and pattern that we have.
Atau boleh terus drop your phone number dekat email tu and i will whatsapp you the details of the barut.

So, grab for your baby now!

Photographer: EverybodyPhoto




Till then. 





Monday, September 9, 2013

Sayang, Happy 1st Anniversary!

Today is my very first wedding anniversary. Auwwhh...
Never thought i will celebrate my wedding anniversary yaw.

Lepas kahwin, suami kau bukan lah lelaki yang kau kenal waktu zaman bercinta dulu. Serius.
Tapi secara automatisnya kau akan tahu apa yang dia suka, makanan minuman kegemaran dia, perangai dia, cara tidur dia, dan segalanya pasal dia tanpa sedar.
Live my life with the loved one for a year. Such a bittersweet memories i had.

Will never forget the love story between us.
The first met at my and his bestfriend's wedding. Ikutkan memang aku tak dapat pergi kenduri tu sebab some of my friends yang berjanji nak pergi naik kereta sewa bagai tiba-tiba kata tak jadi pergi. Tiba-tiba aku pulak kena kerja dan kerja tu sangat penting kena siapkan. Tapi disebabkan dah janji dengan kawan baik, kahwin sekali seumur hidup pulak tu so aku kena jugak pergi walaupun naik bas dan kena skip kerja.
Mungkin Allah dah tetapkan yang aku akan bertemu jodoh dekat sana. :'D
So, sesiapa yang nak kahwin sangat tu, rajin-rajin pergi kenduri kahwin. Mana tahu jodoh kau ada menanti.

***Ok. Boleh mula makan popcorn sekarang.***


11 November 2011
Ticket bus confirmed to Alor Setar, Kedah at 9am.
Aku sampai sana pukul 4 petang. Nasib aku sempat tengok majlis nikah Annur. She's sooo beautiful. After akad nikah tu terus peluk-peluk dia and paling penting ajak bergambar. Photographer dia pon panggil suruh pandang camera dia. Oh, mamat ni aku kenal. Waktu pre-wed Annur dengan Ket pon dia yang amek gambar.
Habis je majlis akad nikah dekat masjid tu kitorang bergerak pergi rumah Annur makan-makan. Aku naik kereta dengan kawan Annur, Najwa dan photographer tu pon tumpang sekali. Dalam kereta aku tak banyak cakap pon. Diorang dua je lah bersembang. Ye lah, aku duduk belakang kan. Fineee....
Lepas makan, pengantin kata nak pergi amek gambar dekat Masjid apa tah. So aku pon follow lah sekali sebab aku satu-satunya kawan Annur yg tumpang tidur rumah dia. Takkan aku nak jadi cengkerik kat rumah dia pulak kan. Waktu amek gambar tu aku lah yang kena jaga barang-barang diorang termasuk lah beg camera si photographer tu. Takpe, aku kan baik hati. Hewhewhew.


12 November 2011
Hari sanding Annur Ket.
Dalam pukul 4 macam tu kawan-kawan semua dah beransur pulang. Tinggal aku sorang dengan photographer tu sementara tunggu bas aku pukul 6.30 nanti. Mana aku pergi semua dia ada. Aku bukan nya friendly sangat. Yang dia pulak dok tanya tu tanya ni. Suruh aku pegang camera dia lah macam aku ni bini dia. (Eh, dah jadi bini pon. Haha) Siap offer aku gula-gula dia lagi. Rasuah!
Dalam 5.50pm tu aku dok buat rilek lagi sebab bas aku pukul 6.30 kan. Tiba-tiba dia nak tengok tiket bas aku. Rupanya bas aku pukul 6 tepat hokeh. Kelam kabut dia dengan pengantin hantar aku dekat terminal Shahab. Dalam bas tu aku message Annur suruh balik je dulu tak payah tunggu sampai bas gerak. Annur reply kata Badi yang suruh tunggu and dia kata Badi suka aku, siap tanya id fb aku dekat Annur. Konon-konon nak add aku la tu. Hello, aku dah jadi friends dia dekat fb dah lama kot sebab aku nak tengok gambar-gambar dia. Sampai hati tak perasan. Sedeyhhh.


13 November 2011
Tiba-tiba dapat message from unknown number tanya aku sampai pukul berapa semalam. Rupanya si photographer tu. Dia kenalkan diri dia Buddy. Cheh, nama nak canggih. Aku tau la nama dia Badi'uzzaman Muhammad (ehsan Facebook ;p) Dia cakap dia mintak number aku dekat Ket. Ciss...bedebah punya Ket.
Waktu dekat dapur tu aku cerita la dekat ibu pasal photographer Annur tu tiba-tiba message aku. Boleh pulak ibu layan tanya dia orang mana la, dia belajar mana la, dia kerja apa la bagai. Selama-lama aku selalu dok cerita pasal boyfriend aku selalunya dia taknak layan pon. Tiba-tiba yang ni lain pulak. =.="


14 November 2011
Sedang aku tekun belajar di dalam class (chewahh), Kak Nim hantar message dekat aku kata Badi ada snap gambar aku secara serang hendap waktu kenduri Annur and dia upload gambar tu dekat fb dia. ?!!! Hoish...gila lah mamat ni. Dah sudah. Apahal pulak dia ni.
Aku terus message dia. Heart to heart punya message. Muahaha. Aku cakap kalau nak kenal dengan aku, jumpa ibu dulu. Kebetulan pulak....ada kenduri cukur jambul anak buah aku Khamis ni, aku suruh dia datang. ;p


15 November 2011
Dia message aku. Dia kata dia dah bagitau ayah dia yang dia nak kahwin. Ayah dia kata, kalau nak kahwin, buat tahun depan bulan 8. Haihh...this guy really makes me heart attack la. Kenal apa pon tak terus nak ajak kahwin.


17 November 2011
Hari kenduri cukur jambul.
Dia kata lepas aku habis class, dia nak datang amek aku pergi Bangi. Ohh..ok. (Berani jugak dia ni nak datang jumpa family aku. Abang-abang aku garang hokey)
Punyalah berdebar aku tunggu dia bawah mahallah ni. Ye lah...first time jumpa nak dating kot. Tiba-tiba datang satu kereta bapak-besar-seumur-hidup-aku-belum-pernah-naik-lagi. Sorry jakun. Waktu dalam kereta memang dia macam bawak mayat la kan sebab aku banyak diam. Malu woi! Hahah. Dia pon bawak kereta berhemah gila (sekarang berhemah dia tu dah hilang! Huh). Yang aku ni boleh pulak salah tunjuk jalan. Nak lama-lama dalam kereta dengan dia letteww. Kahkahkah.
Sampai je rumah aku, aku terus biarkan dia. Pandai-pandai la kau beramah mesra dengan abang-abang aku. *evil laugh. ;D
Habis je kenduri tu, dengan beraninya dia bersuara dekat ibu yang dia nak kawan dengan aku. Next time dia cakap dia akan datang dengan family dia. *Ok. Aku terdiam di satu sudut. Berani betul la dia ni.


18 November 2011
Dia bagitau umi dia pasal aku. (Dia cakap, this is the hardest part for him)
Fortunately, umi dia ok. Fuhh...Alhamdulillah.


11 February 2012
Tepat 3 bulan berkawan.
Kitorang decide untuk bertunang. Takde siapa pon orang luar yang tau except kawan-kawan rapat. Itu pon aku bagitau diorang seminggu sebelum nak kenduri. Ye lah, aku buat simple-simple je. Takde pelamin, takde veil, takde baju cantik bagai. Nasib baik ada si Ewa yang jadi tukang mekap aku. Bulu mata Che Ta ke hape memang takde la kan. Aku mekap pon macam mekap nak pergi Low Yat. Hahah. Malu nak jemput ramai-ramai sebab aku betul-betul buat kenduri yg sangat simple. Serius simple.


9 September 2012
Our big day. Yeayy!
We decided to tie the knot.
"Aku terima nikah Raja Noor Etika binti Raja Saad dengan mas kahwin RM300 tunai"
Weeee....dah jadi bini orang woi!
Selalunya orang cakap dari mata turun ke hati. Tapi aku lain sikit. Dari lensa kamera turun ke hati. Chewahh.
Tak sangka pertemuan di kenduri kahwin kawan baik masing-masing dan perkenalan yang cuma beberapa hari ini diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Bertahun duduk satu universiti yang sama, tapi tak kenal each other. (Dia la yang tak kenal aku. Aku kenal je dia)

**************************

Kenapa aku tulis balik kisah cinta aku dengan dia?
Sebab aku taknak lupa setiap momen indah tu.
Ye lah....puting anak pon aku selalu lupa aku letak mana. So, mana lah tau kalau suatu hari nanti aku hilang ingatan ke, boleh aku baca ni hari-hari supaya aku sentiasa ingat lelaki yang bernama Badi'uzzaman.
Keindahan zaman, sesungguhnya hari saya bersama awak sentiasa indah.

Kepada anak lelaki ibu; Khawarizzmi,
Jadilah lelaki seperti ayah. Bila satu hari nanti, Izz ada berkenan dekat mana-mana perempuan, bagitau ibu. Sebab ayah cakap, semua keputusan dalam rumah, ibu yang decide. Sama ada ibu suka atau reject. I'm the boss. Hahahaha.
Bila hati dah berkenan, terus jumpa keluarga si perempuan.
Tak perlu nak bercinta 4 tahun bagai. Nanti pelajaran terabai. ;p

Awak,
Setahun ni sangat bermakna untuk saya.
Walaupun adat rumah tangga ada salah faham, tapi awak yang selalu ke depan and say "I'm sorry"
Thank you for all your love and affection. Thank you for gave Baby Izz as our son.
Setiap kali saya update blog, awak tak pernah cakap awak dah baca entry saya. Tapi saya tahu awak ni pembaca #1 blog saya.
Semoga kita bahagia begini sampai ke tua.
Walau badan saya membongkok, tangan saya terketar, muka saya berkedut, langkah saya perlahan, saya akan tetap sayang awak sampai bila-bila.
Wallahi.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang pertama.
Love you as always.



Awak,
Saya takde duit nak beli hadiah anniversary.
Tapi saya harap ini boleh buat awak happy. :)


Dear Izz,
This is the story how your ayah met me.
Kalau satu hari nanti, ayah atau ibu terlupa tentang ini, cari ia di sini dan ceritakan semula pada kami.
*Based on true story happened on 2011




From your wife,
etika



Saturday, September 7, 2013

Sulking

Sometimes, wifey-and-also-a-newly-mommy also do know how to merajuk.
I can't put a fake smile on the face all the time.
Where's the "love-is-in-the-air" phrase once you have a baby (it might be really worse with BABIES)

There's no more eye contact when talking to each other.
There's no more heart-to-heart talk.
There's no more sitting together on the sofa and watch tv.
There's no more cuddling.
And the list goes on.

I miss the old us.


From your sulking wife that lying on the sofa with baby on her chest right now,
etika



Thursday, August 29, 2013

A Lone Full-Time Mother

Being a mother, alone at home, only me and the baby.
I am sooo tired.
Tired of doin nothing.
Sigh.


What i'm doing the whole day while waiting hub coming home from work is;
Ibu tengok Izz, Izz tengok ibu.
And the routine goes on.
Kerja lain memang susah nak buat sebab dia akan menangis bila dia rasa takde orang dekat dia. *Orang yang ada baby pasti faham situasi ini.
Kalau aku main dengan dia pon, the same words used eeeeveryday are;

"Iyeee.....anak ibu nak apa?"
"Izz....buat apa tu?"
"Sayang anak ibu ni..."
"Adik iyak eh..."

Or,
I will make the same silly noise like;

"Abababa..."
"Huarghhh..."
"Chakkk..."

And he will cries, cries and cries,
Sebab dia pon boring.
At the end, aku akan bagi susu dekat dia dan tidurkan dia.

Sebab tu lah bila ayah dia balik dia rasa happy.




Sebab bila dia dengan aku, dia akan end up begini;






Till then,
etika




Thursday, August 22, 2013

UIA'ans-KAEDians-QSes-Ameenahs'


Friends.
The one you can be so silly in front of them.

Aaarghhh!! Rindunyeeee zaman UIA. Yup. I know i will meet UIA this coming September.
But i miss the UIA-with-cray-cray-roommates-mahallah-ameenah.
(Sorry Lin, kau cuma minoriti yg duduk di Asma')
Your second home where you always use these words;

"Weh, aku malas masuk class. Tolong sign kan untuk aku"
"Nak salin note class pak abu td"
"Aku ada dekat computer lab"
"Nak makan apa malam ni?"
"Kau punya nasi kena berapa ringgit?"
"Assignment kau dah siap belum? Nak tengok. Hihi"
"Alamak, fellow datang"
"Kau dah baca sampai kat mana?"
"Fuiyoo...dah baca banyak!"
"Measurement td kau dapat jawab tak?"




Rindu KAED!
Rindu studio!
Rindu kedai mami!
Rindu cafe Ameenah!
Rindu mahallah Ameenah blok D!
Rindu wifi UIA!
Rindu bolog dalam bilik!
Rindu makan kat kubo!


Dan sekarang.
Semua orang dah ada kehidupan masing-masing.
Being connected with each other dengan group whatsapp je.
Oh..how time flies so fast.

Kak Nim, Annur, Ewa, Nabil, Lin...
Ingat!
Ini gambar kenangan kita.
Kihkihkih





KAEDian,








Wednesday, August 21, 2013

Bila Anak Menangis


Ini bukan tips.
Tapi ini pengalaman pertama aku bila anak menangis tanpa henti.

Izz menangis menangis tadi. Sakit perut gamaknya. Buat itu ini semua tak kena. Habis segala Vicks, Minyak Telon aku sapu. Tak jugak dia diam. Bagi susu habis diluahkan balik.

Kesian tengok dia. Dari mata aku mengantuk tadi terus jadi segar.
Aku memang tak reti nak buat apa. Dulu waktu dekat UIA memang aku ada ambil subjek 'Parenting' tapi dia tak ajar 'How to Handle Your Baby When He Cries All Night Long'.
Aku pon belum tamat lagi kursus 'Menjaga Bayi Ketika Sakit' dengan ibu.
Kalau lah aku tau bahasa baby dah lama aku tanya dia sakit apa.
Maaf Izz. Ibu loser.

Sekarang dia dah tidur. Atas badan aku melekat macam koala.
Itu pun lepas aku bagi ubat homeopathy Dr. Radziah.
Alhamdulillah.
Mak mertua aku yang cadangkan beli ubat homeopathy ni.
Bagus jugak rupanya.

Tapi sekarang ni aku yg tak boleh tidur lagi masalahnya.
Dua hero aku ni dah lawan berdengkur anak beranak.

Harap harap Izz berdengkur la sampai esok pagi.
Tidur lena lena ye nak.
Esok pagi bila bangun senyum macam selalu.
Main main dengan ibu dengan ayah.
=')



Jangan sakit sakit lagi tau.
Ibu takut
I love you anak.
Dan ayah dia juga.
Hikhik.

Good mornight.
ZZZzzzz....






Sunday, August 4, 2013

Motherhood

Its 4am now.
And i cant even close my eyes.
Suami. Anak. Zzzzz
Waktu ni lah aku curi masa nak melipat baju bagai.
Hidup aku sekarang. Memang serba serbi selekeh serabai. Kadang-kadang rasa diri ni macam langsuir dalam rumah.
Bau badan penuh dengan muntah anak.
Nak buat biskut raya pon tak sempat. Apatah lagi kemas rumah.
Baru nak pegang penyapu, few minutes later dengar suara anak menangis.
Kadang tu baru nak berborak dengan suami, anak dah panggil nak borak sekali jugak.
Ini bukan mengeluh. Cuma nak bagitau hows my life totally change sekarang.
Tidur?
Jangan tanya la. Before ni boleh la kalau anak tidur, aku pon kena tidur sekali.
Tapi lepas berpantang sendirian berhad ni, bila anak tidur, aku kena bertukar jadi supermak buat kerja rumah segala.
Tidur bila betul-betul letih. Itupun sebab tertidur. Atas kerusi. Sambil menyusukan anak.
Bila terjaga, kepala anak dah longlai tertidur sekali. Dan dengan automatiknya aku akan check pernafasan dia. Takut kot. :D

For mommy-to-be outhere, you better be prepared.
Physical and mental.

Tapi.
Kadang-kadang aku boleh tenung muka anak sendiri dalam masa beberapa jam.
Nak cakap how blessed i am to have a child. My precious son.
Tengok anak sendiri membesar depan mata.
Dari badan sebesar lengan yang penuh darah. Sampai lah dah jadi debab-debab tembam.
Bila dia senyum, rasa melting sangat. Ouhh anak....

Setakat ni, antara aku dan suami.
Sesungguhnya aku lah yang garang.
Jadi,
Watch out son.
Try lah jadi nakal.
Dan nanti, pergilah mengadu dengan ayah.

Ok. Dia nangis. Better go and check on him.
Nak harap ayah dia? Berdengkur.
Tapi bila aku letih, dia jugak lah yg gigih dodoikan anak.
Jauh dari lubuk hati, saya nak ucap, terima kasih awak. :)


                              **************************************




Ok. Sambung.
Macam ni lah hidup aku sebagai seorang ibu sekarang.
Harus multi-tasking.
Kalau sesiapa ada contact dengan supplier yg jual tangan sotong, sila bagitau.
Aku amat memerlukannya.
Sekarang ni pon aku tengah menaip menggunakan tangan kanan manakala tangan kiri sedang memegang anak.

Bila tgk rancangan apa-apa pasal anak dia sakit itu ini, aku mesti akan tersentuh.
Sebak.
Fikir macam mana kalau jadi dekat anak aku.
Ye.
Naluri keibuan aku dah semakin menebal dalam diri.

Sekarang aku ada satu penyakit kronik.
Aku hari-hari akan ambil gambar atau video anak aku.
Sebab.
Aku taknak terlepas setiap momen dia membesar.
:)

Sungguh indah rasa ini.
Macam ni lah ibu aku rasa selama ni.
Bila diri sendiri dah jadi mak baru tau rasa itu.
Ye lah, selama ni bila mak marah-marah kita mula lah nangis tulis dalam diary
"Ibu dah tak sayang aku lagi"
Haha.
Cliche sungguh.
Korang semua mesti pernah buat kan.


Oh.
Tahun ni tahun pertama aku beraya dengan memegang dua title terus.
Isteri & Ibu.
Dan juga.
Tahun pertama aku beraya di rumah mertua.
(Jemput datang raya rumah. Pasir Puteh ye)
Hari selasa ni baru kami sekeluarga berangkat ke kampung.
Harap aku tak nangis dalam kereta bila dengar lagu raya dalam radio nanti.
Tsk...tsk...

Hurm...
Sangat sentimental entry aku kali ni.

Ok lah.
Nak kejut suami bangun sahur.
Esok suami cakap nak bawak pergi shopping raya. Hikhik.
Jadi,
Selamat bersahur semua.
Assalamualaikum.




a mother,








Friday, July 19, 2013

Post Natal Confinement

Salam ramadhan kareem everyone =)
Alhamdulillah harini dah masuk hari ke-21 aku berpantang. Yeay!
And of course la aku tak dapat nak berpuasa. Sedihhh... :(
Walaupun tak dapat puasa, jangan ingat aku best dapat makan sedap-sedap. Kesian dekat aku, waktu org berbuka aku cuma boleh tgk je murtabak, kuih-muih, air tebu dan sebagainya. Tsk tsk...

So, sepanjang berpantang ni, inilah antara benda yg aku amalkan.



Untuk set berpantang, aku beli Air Mancur. Cuma RM65 je. Oldskul tak? Hahaha. Tapi tapi tapi, aku tak makan pon jamu yg dia bagi dalam set tu. Aku cuma pakai benda-benda sapu je macam pilis yg sapu dekat dahi tu. (tu pon aku pakai berapa hari je sbb aku rasa pening pakai benda tu) Then aku pakai tapel, dia sapu dekat perut sebelum nak pakai bengkung. Bengkung pon aku pakai yg tradisional punya je. Tak mampu nak pakai corset tu sume. =(
So, kain sepanjang 5 meter tu kena dok lilit kuat-kuat kat perut. Mengah! Believe it or not, perut aku nampak macam shrink sikit lepas seminggu pakai bengkung murahan tu. Wallahi. Muahaha.
Lepastu waktu ada makcik datang urut untuk 3 hari tu, dia ada la sapu apa-apa benda entah dalam set jamu tu dekat satu badan dengan muka aku. Tapi jamu dalam tu mmg aku tak makan. It's a big NO for me!




So, untuk ganti jamu tu, aku makan la ubat-ubatan ni. Since dua-dua ubat Shaklee tu aku dah consume dari pregnant lagi, so aku teruskan makan sampai sekarang. Then, yg lain-lain tu aku cuma makan madu kelulut bagi tambah tenaga sikit, tablet ikan haruan (sebab geli nak makan pati sebab tu beli pil) untuk baik kan luka bahagian dalam, habbatus sauda dengan makan kurma.

Kalau nak keringkan luka jahitan tu dengan cepat, nurse cakap kat aku, bersihkan kawasan jahitan tu dengan air asam keping. Memang tempat jahit tu baik cepat. Dalam seminggu lebih macam tu aku dah boleh jalan tanpa rasa sakit lagi dah. Rebus je asam keping 5-6 keping macam tu dengan air. Waktu nak mandi or everytime nak buang air, amek air asam keping tu buat basuh.

Alhamdulillah, masuk minggu ketiga ni aku rasa macam sihat sangat.
Semoga aku terus diberikan kesihatan yg baik oleh Allah swt. Amin.
When i'm ill, it is He who cures me.
=)


Selamat berpuasa from me,








Monday, July 8, 2013

Muhammad al-Khawarizzmi bin Badi'uzzaman - Love of my life

Assalamualaikum,
Tanggal 28hb Jun 2013, lahirlah seorang hero di pagi Jumaat.
Alhamdulillah, berkat pagi Jumaat untuk aku dan suami.



Waktu last checkup, doctor dah suruh suami aku pick a date untuk datang induce since aku pon dah lebih hari. So, suami aku decide hari Khamis, 27 June 2013.

27 June, 9.00 am
Sampai Wad Bersalin PPUM. Sepatutnya appointment 7.30am tp biasalah kan, jalan jam. (padahal terbangun lambat)
Sampai je hospital mmg aku lambai suami aku dgn sayu sbb prosedur PPUM mmg tak boleh bawak phone apatah lagi suami untuk masuk labour room. =(
Lepas dah tukar baju semua, dia terus buat CTG untuk check heart beat baby and contraction. So, baby aku semua ok, takde pape. Contraction pon takde sangat.
Dalam pukul 10 macam tu doc datang nak check bukaan. Serius check bukaan ni sakit. Rasa nak sepak je doctor tu weh! So, dia check aku takde bukaan lagi terus dia bagi aku induce 3 jam yg pertama.
Lepas induce tu kena lah jalan-jalan sekitar wad bersalin tu bagi ada bukaan sikit. Dah kata wad bersalin, dengar lah org dok meraung sakit bagai. Tak lama lepastu dengar baby nangis. Psycho sangat!

Tengah hari dalam pukul 1 tu doc dtg lg nak check bukaan. Kali ni dah tak sakit sangat da maybe dah kebal kot. hihi. Still dia kata takde bukaan lagi. Apa lah susah sangat nak terbukak jalan ni pon aku tak tau la. Then dia masuk kan lagi induce 3 jam yg kedua. Oh, lupa nak bagitau. Induce tu dia masuk kan ubat dekat serviks kita (serviks ek?). Sakit la jugak waktu dia masuk kan tu sampai terangkat punggung.
So, berdoalah bersalin nanti korang keluar tanda-tanda awal dari korang kena induce. Sedih. T.T

Pukul 4 macam tu aku dah mula rasa sakit-sakit pinggang setiap 10minit sekali. Rasa macam tak senang duduk. Doctor pulak tak datang lagi nak tgk aku. Nasib baik suami aku datang bawak makanan. So, dapat la duduk dekat depan kaunter menunggu tu piknik kejap dgn suami aku. Tapi 10 minit sekali rasa macam terangkat kaki ni tahan sakit.

5.30pm doctor dtg check bukaan aku. Dia ckp ada bukaan 1cm. Stress aku dgr. Susah betul nak terbukak ni dah kenapa. Tp dia tak masukkan induce yg ketiga sebab dia tgk aku dah ada frequent contraction. (Maximum ubat induce dia akan masukkan cuma 3 kali je. Kalau takde bukaan jugak terus kena operate)
So, bila aku dah mula ada contraction, dia terus pecahkan air ketuban. Memang bunyi dia macam belon air yg kena pecah. Serius. Hahaha. Bila dah sakit sangat, aku mintak nurse bagi aku ubat tahan sakit. Dia inject dekat punggung. Lepas kena inject tu je terus aku mamai gila nak tidur. Semua benda aku dengar macam di awang-awangan je. Hahaha.

28 June, 1.00am
Aku dah tersedar dari mimpi yg panjang. Tapi rasa sakit tu mmg tak boleh tahan. Bila sakit tu datang je, rasa macam nak tercabut pinggang ni. Aku panggil nurse kata tak tahan dah ni. Doctor datang check bukaan dah 3cm. Nurse bagi aku ubat berak. Haha. Rasa kesian sangat dekat dia sbb kena bersihkan berak aku dalam pan besi tu. Tapi sorry la. Aku dah sakit sangat. Lepastu diorang tolak aku masuk labour room.

Kau bayangkan aku tahan sakit sampai 8 pagi. Sakit gila kot! Walaupun labour room tu dia dah bukak aircond paling sejuk, aku still berpeluh-peluh macam berlari marathon. Aku asyik mintak air je. 8.30 am tu mmg dah tak larat sangat nak tahan sakit. Aku mintak nurse panggil doctor cepat. Doctor check bukaan dah 8cm tp diorg nak hold lg sampai 10cm. Aku kata aku dah tak tahan sangat ni sampai tak larat. Rasa sakit dia macam nak berak sembelit yg dah tak tahan nak teran tu tp taik taknak keluar. Serius. Mmg asyik rasa nak teran je. Terus diorang pon decide suruh aku bersalin sekarang sbb diorang mmg tgk aku dah tak larat. Takut aku tak larat nak push, nanti baby lemas pulak.

Sejam lebih macam tu aku dok push dalam labour room tu. Banyak kali kot aku push. Tapi diorang cakap aku tak reti teran. Diorang kata aku teran kat muka, bukan kat bawah. Aku rasa aku dah cukup teran kot. Sampai ada 4 orang doctor dalam labour room tu tlg aku. Siap ada 2 orang nurse tolong tolak perut aku. Hahaha. Punyalah tak pandai nak push. Tapi kalau korang rasa tak reti nak teran, jangan risau. Diorang akan ajar. Tarik nafas panjang-panjang. Waktu nak push tu tahan nafas, jangan keluarkan suara, push dalam 10-15 saat. Kalau rasa tak cukup nafas, curi nafas sikit. Aku push punya push baby taknak keluar jugak. Doctor marah cakap jgn berenti takut baby lemas. Dia suruh aku pegang dekat bawah tu rasa rambut baby. :')
Terus rasa semangat tu datang balik. Hahaha. Waktu kepala baby dah keluar tu rasa lega sangat-sangat. Sebab nak push dekat bahagian badan tak susah mana pon. Maybe sebab dah terbukak banyak kot.
Tengah sakit tu, aku ada nampak doctor pegang gunting, tapi serius tak rasa langsung dia gunting. Punyalah nak cakap sakit beranak tu tersangat sakit sampai dia gunting pon tak rasa sakit.

28 June, 10.19am
Baby pon keluar. Tengah darah-darah tu dia letak atas dada aku lepastu tanya baby lelaki ke perempuan. Soalan wajib jawab sebab dia nak tgk kita still concious ke tak. Then dia bawak baby keluar, maybe bersihkan sikit lepastu bawak jumpa ayah dia kot. Aku kat dalam tu dok rasa sakit kena jahit. Sakit jugak la. Waktu dia nak masuk jarum, rasa macam kena gigit dgn semut. Waktu dia tarik benang tu, rasa ngilu sangat. Fuhhh...rasa macam nak sepak je doctor tu.



Alhamdulillah, semuanya selamat. Tapi pengalaman dalam labour room tu kalau boleh taknak ingat sebab sakit sangat. Cuma rasa sakit tu macam sekejap je. Rasa semua tu jadi dalam sekelip mata je. Kuasa Allah.
Tapi kalau sesiapa tanya aku nak mengandung lagi ke tak. Maybe aku rasa "Ermmm.......tgk dulu lah macam mana" hahaha. Anak sorang pon bahagia ape!! Hahaha.





Dear Izz,
Semoga awak menjadi anak yg soleh. Yang dapat menjaga ibu dan ayah sampai kami tiada. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang ibu mengandung dan melahirkan awak. Percayalah, sesungguhnya kasih ibu itu tiada bandingnya.
Terima kasih suami,
Tanpa awak, saya takde kekuatan untuk semua ini. Awak sanggup tunggu dalam kereta tak mandi, tak makan, tak balik rumah, semata-mata nak tau perkembangan saya. Sanggup ulang-alik dari Shah Alam ke PPUM waktu saya dengan anak kena tahan dalam wad. :')
Ailebiu awak!



Ibu.








Wednesday, June 5, 2013

Maternity Shoot 9Months++





Sementara menunggu hari nak deliver ni, aku decide nak ambil proper maternity shoot.
At least ada lah kenangan untuk pregnant first baby ni sebab inshaa Allah kalau pregnant 2nd baby and the next entah-entah dah malas nak buat kan. Biasalah, selalunya first baby ni kan overexcited sket.
Hehe...

Photographer : EverybodyPhoto
Location : Some place in U12, Shah Alam












Dear son,
Don't you worry. Ayah & Ibu eagerly want to meet you. Just come out whenever you want to. We are already prepared. Kasih, sayang, cinta, manja, are all just for you. You are the love blooming between me and your Ayah. Demi Allah, you will be loved not till our last breath in this world, but Ayah and Ibu will love you till jannah. =)


Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagiku kerana hanya Engkau penyembuh segala penyakit. Lahirkanlah zuriat ini dengan sempurna dan dengan itu kami berjanji akan menjaga amanahMu ini dgn sebaik-baiknya.
Amin....









Saturday, June 1, 2013

Supplemen Ketika Mengandung

Korang semua kalau pergi checkup baby dekat klinik swasta or kerajaan?
Macam aku yg tak berapa nak berada ni checkup dekat klinik kesihatan kerajaan je. For me, klinik kerajaan dah la free...so buat apa nak bazir-bazir duit sampai berpuluh or ratus-ratus dekat klinik swasta. Unless kalau nak pergi scan baby or ada certain time tu aku rasa perlu buat checkup yg detail then baru aku akan pergi klinik swasta. Sebab kalau bab-bab tu, klinik kerajaan macam tak berapa nak layan sangat. Lagipon mak aku ckp senang kalau pergi klinik kerajaan ni. Kalau macam kita tiba-tiba tgh berjalan kat mana-mana waktu hujung-hujung nak bersalin, tiba-tiba rasa nak terberanak pulak kan, just bawak buku merah tu then pergi hospital kerajaan mana-mana. Lagi satu, kalau ada urusan apa-apa senang dia nak refer. Buku merah aku dah macam belacan dah dok bawak ke hulu ke hilir dalam handbag. hahaha.
Tapi ini just pendapat aku je. ;)

So, kalau pergi checkup every month tu, nurse mesti akan bagi ubat Obimin dengan Iron tablet.
Itulah ubat yg aku makan hari-hari sampai lah bulan yg ke-9 ni. Sampai nak termuntah rasa!

Other than ubat-ubat tu, aku ada jugak ambil supplemen lain lagipon waktu aku pregnant 4 ke 5 bulan, hb aku makin lama makin turun sampai lah kena anemia and low blood pressure. =.=
Anemia ni bila darah korang makin lama makin tak pekat and bahaya low blood pressure pulak selalu pening-pening and rasa macam nak pitam. Sangat tak bagus untuk kesihatan.



Aku ni bukanlah jenis yg suka sangat makan ubat. So, kakak sedara aku and ada kawan aku suggest suruh makan shaklee tp bukan yg set punya la. Dia just suggest ambil Vita-C and Vita-Lea untuk tambah hb darah.
Baru 2 minggu aku makan, next checkup aku pergi terus hb aku naik dari 10.8 sampai la 12. =O
Cepat gila kot effect dia. Serius tak tipu.
Tapi korang jangan bergantung dekat ubat je semata-mata. Husband aku cakap kena jugak makan buah-buah ni so dia hari-hari bagi aku makan epal merah untuk hb naik balik. Heheh.
Oh! Kebaikan lain Vita-Lea ni macam ganti calcium jugak. Untuk org yg tak minum susu macam aku mmg bagus makan ni. Before ni aku ada jugak ambil calcium (tak ingat dah nama apa beli kat farmasi) tapi dekat orang yg aku beli shaklee ni, dia kata kalau dah ambil Vita-Lea, tak payah dah makan calcium.
Yang Vita-C ni pulak, orang tu cakap sebab nak bantu penyerapan Vita-Lea tu.




Ni satu lagi aku makan dari awal pregnant sampai lah sekarang. Ibu aku yg suggest suruh makan ni. Nama dia al-Qurra produk Puteri Alya. Bagusnya benda ni sebab dia ada kismis, kurma, habbatus sauda and macam-macam lagi lah makanan sunnah kan. Sebab before ni mak mertua aku ada suruh makan habbatus sauda waktu pregnant tp bila ibu aku tau pasal ni terus dia suggest makan sebab dia campurkan semua benda jadi liquid form. So, kita just makan pakai sudu macam tu je. Ibu aku tau pasal ni pon sebab dia dengar promotion thru Ikim fm. Kalau makan ni, inshaa Allah baby jadi macam bijak, pandai, cepat belajar, otak cerdas. Macam-macam tu la. Inshaa Allah..... Siapa taknak anak bijak kan. hehe.


So, itulah supplemen makanan tambahan yg aku ambil sepanjang preggy ni.
Alhamdulillah setakat ni aku masih sihat. =)
Kalau rasa mommy-to-be yg tgh tercari-cari nak ambil supplemen apa, try lah supplemen yg aku dah terangkan panjang lebar ni. hehehe...
Tak rugi pon beli Vita-Lea, Vita-C dengan al-Qurra ni sebab kita boleh terus makan sampai lah lepas bersalin waktu pantang nanti. ;)




Btw, kalau sesiapa nak beli Shaklee, boleh lah contact Shaklee Independent Distributor AnNur Shuhada untuk area Klang Valley.
Kalau sesiapa yg area Negeri Sembilan, boleh contact dengan Halessa Shahrom.
Inshaa Allah you will get the best price from them. =)
And untuk al-Qurra tu, boleh contact distributor Puteri Alya sendiri sebab aku pon beli dekat stall dalam Tesco Shah Alam je.


9months++


(Entry panjang untuk penerangan yg lebih jelas, terang dan nyata)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top