Saturday, December 3, 2011

Tido Dalam Class. Siapa yang harus disalahkan?

Haritu gua kena marah.
Dengan Dean weh!!!
Sebabbbbbbbb........
Gua tido dalam class dia.

TERtido je kot!

Aku yakin ramai je orang yang pernah tido dalam class.
Bukan aku sorang je.
Kau, kau, dengan kau mesti pernah kan.
Haaa....jangan nak tipu.

Tapi aku tau, tak ramai perempuan macam aku ni yang selambe je tido dalam class.
Sebab selalunya lelaki je yang buat perangai macam ni.
*Maaf. Aku bukan gadis sopan. Aku malu dengan diri sendiri. =__="




Cuma skang ni yang aku tak puas hati....
Kenapa perlu marah orang yang tido dalam class???
Salah aku ke bila class tu boring sangat?
Aku rasa orang takkan tido kalau class tu best macam tengok wayang cerita Fast & Furious.
Ataupon cerita Happy Feet. *hikhikhik

Kenapa lecturer taknak cakap;
"Oh..maafkan saya kerana saya mengajar begitu teruk sehingga membuatkan kamu mengantuk"


Instead of;
"Hey kamu. Mintak maaf dengan saya sebab kamu mengantuk lantas tido dalam class saya sewaktu saya sedang mengajar"




Jadi,
ape yang aku cuba nak sampaikan sekarang ni...
jangan marah orang lain atas kesalahan diri sendiri.
Ok.
Bai.




Yang kena marah,



*Dalam kes ni aku tau aku yang salah. Dah. Jangan kutuk aku.
hahahaha.



Saturday, November 19, 2011

Single Sebab.....

Dear singlesss,

Adakah korang selalu dengar ayat ni ditujukan dekat korang;

"Tu la kau memilih sangat....sebab tu single lagi"

=____="
Errkkkkk...........
Apakah salahnya seseorang single itu untuk memilih?
Everyone have the right untuk buat pilihan la weh.
Pilihan org yg macam mane dia nak untuk jadik bf/gf dia, jadik suami/isteri dia.

Kalau tak memilih, maknanya orang gila tepi jalan pon kau boleh amek nak buat kekasih.
Betul tak?


For sure setiap orang mesti ada ciri-ciri orang yg die nak kan.

Contohnya hensem macam; 

cantik macam;

kaya macam;

seksi macam;

atau seksi macam;

errr....ok. bai. =.="


Tapi.....semua tu cuma guideline kau je sebenarnye.
Kalau dapat yang lain dari kau punye guideline tu nak buat macam mane.

Contohnya macam kau target untuk SPM kau. (oh...gudluck to my adik, Secah in ur SPM)
Kau mesti target tinggi-tinggi, hebat-hebat, nak A semua.
Tapi dapat belum tentu lagi kan.
So, same goes to your pilihan suami/isteri.

Letak lah ciri-ciri macam mane pon, kalau jodoh tu takde lagi, tak kawen la jugak kau tu.
JADI...faktor kau single bukanlah sebab "Terlalu Memilih"
tapi faktor kau single ialah kerana "Tiada Jodoh"
=)




Percayalah...bila jodoh kau sampai nanti, takkan ada apa yang boleh halang kau untuk kata tidak.
Doakan jodoh saya berpanjangan.
=)




Yang dah tak single,


*jodoh itu ada dimana-mana. cuma kita perlu tunggu dan sabar sikit lagi.
hehehehehe........ ;)

Thursday, October 13, 2011

PUKAU ATAU BODOH

"Hello Miss...beli lah ini mp3. Manyak murah mehhh"
"Ade macam-macam kaler."
"Boleh tahan sampai 8 jam."
"Memory sampai 8GB mehh"
"Siap ade radio skali"
"Boleh masuk semua data mehhh macam pendrive"


^_________^
Bila aku tengok menatang-menatang kecik yg comel macamtu, terus aku terpikat.
PC Fair macam ni bukan hari-hari ade dalam UIA.
Lagi terpikat bile harga die RM29.90
Nak nak pulak memory die sampai 8GB
Terngiang-ngiang suara amoi tu



Tanpa fikir panjang aku terus;
"Weh Ewa...pinjam doploh. Aku ade sepuloh je ni."
Lepas bayar je terus rasa nak balik bilik cepat.
Biaselah...orang jakun cam aku ni tak pernah ade mp3. =D


Tapi bila aku balik je........



Perghh....kenapa lah aku tak bukak try test bagai waktu beli tadi.
=____________________________="

Aku rasa cina tu ade bace-bace la.
Ohhh...aku kena pukau dengan cina tadi.
Demmm it.

Tapiii.......
Cina ade ke pukau memukau ni?
Atauuu.........
Aku yang tayang kebodohan diri sendiri.



Jadi........
Kepada korang semua;
jangan beli barang dekat cina PC Fair dalam UIA tu lagi.
Aku benci.
Kerana kebodohan itu, aku terpaksa ikat perut selama beberapa hari untuk balance kan balik duit aku.



Ohhh...RM30 untuk radio mini beserta earphone.
Lanakhat kamu.
:")



yang bodoh,

Tuesday, October 4, 2011

KENAPA PERLU POKE?

Kau pernah tak tibe-tibe dapat notification dekat Facebook macam ni?



POKE?

Pokemon?
Pokedot?
Poke amai-amai?

Kau yang poke orang tu kau faham ke maksud die ape?
=____________="


Kau tahu tak bahawa,

POKE = CUCUK

Jadi....
Kenapakah kau harus cucuk cucuk aku?
Aku bukan sate!
Kalau kau cucuk aku pon thru facebook, bukan aku rasa sakit apatah lagi geli geli.


Sampai sekarang aku masih lagi tak faham apakah objektif utama main poke poke ni.
Lelaki perempuan sama je buat keje bodoh ni.
Dah la aku tak kenal pulak tu.

Yang paling aku tak tahan bile 

kes poke poke

lol. :D
Dah la die yang poke aku.
Bile aku tanye boleh pulak die sound aku kerek macam bagus.
dhurrr.....
gile psiko die ni. =.="


Kesimpulannya, poke ni tak bagus untuk kesihatan.
Baik aku korek hidung dari layan orang macam ni.

Oh....sebenarnye aku cuma nak bagitau yang


Lisa Surihani poke aku.
C'mon la lisa.
Takkan dengan aku pon nak jeles sampai kene poke ni.

Ok lah.
Bai.
Jangan poke poke lagi taw!
Kiteww tak shuke lha...ahax!


Yang bercermin mata,

Thursday, August 18, 2011

Surat Cinta untuk Si Penjual Kuih

*Amaran keras : Maaf di atas penggunaan bahasa yang terlampau gewdiq!


Assalamualaikum....


Hai awak yang selalu tolong mak awak jual kuih dekat Bazar Ramadhan yang bertempat di depan Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Awak tau tak, kite suke awak. Kite selalu beli kuih dekat awak tapi mak awak yang bungkuskan. *Ciss...

inilah kuih yang mak awak buat tu. ceeeedap cangat!


 

Hari-hari mesti kita beli kuih Sri Ayu dekat awak sebab kedai awak je yang jual kuih tiga singgit. Kedai lain sume mahal nak mampos suke cekik darah. Di samping membeli kuih awak, saya sempat jeling-jeling dekat awak yang tengah buat apam balik tu. Hikhikhik.



Awak nak tau kenapa kite suke awak? Sebab kan.....awak ni sweet. Awak nampak macam budak baik. Comel je bile awak cakap "Ibu ibu..tolong bungkuskan kuih die ni singgit."
Oh...comelnye awak. Rase nak lempang-lempang je pipi awak tu. Paangg!!!
Awak nampak tulus dan ikhlas serta tabah tolong mak awak jual kuih dekat bazar tanpa rasa segan. Sangat sesuai jadi ketua keluarga.



Nanti kan, kalau kite dah kawen, boleh la mak awak buatkan kuih Sri Ayu tu dekat saya hari-hari. Eh..err...maksud saya nanti boleh la saya belajar buat kuih tu dekat mak awak. Heee....
Nanti kite letak nama anak kite Siti Nur Sri Ayu ye.



Oklah awak....saya berhenti setakat ini saja. Disini saya sertakan sekali sekeping gambar awak yang saya tangkap secara serang hendap. Maaf..gambar agak blur sebab saya neves waktu tu.
Semoga awak terus menjual kuih dekat situ sampai puasa yang last nanti. Jangan naikkan harga kuih tau. Jangan jadik macam orang lain ade yang jual kuih 5 dua ringgit, ade yang satu nam posen pon ade. Gile mahal. Tak sedap pulak tu. Dosa je die buat camtu kat pelanggan die. Awak punye gerai je yang tetap menjadi idaman hati kite. Ingat tu, saya tetap di sisi awak sampai puasa yang last nanti.
Ok..bai awak. xoxo





Yang benar,
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Kalau awak baca blog saya,
Ketahuilah...saya tulis dengan ikhlas. =)





Thursday, August 11, 2011

4 JENIS MANUSIA YANG DATANG ISI MINYAK

attn. to SHELL user!

*Ini adalah pengalaman aku sepanjang aku jadik cashier dekat SHELL.
Memang ini adalah perkara biasa yang berlaku hari-hari dan ye...kalau anda adalah pengguna Shell yang bijak, hentikanlah perbuatan ini. =__="





1. Kau bagi je duit dekat kaunter tanpa cakap pape.

"........................................................................."

Adakah kau dilahirkan bisu atau kau nak buat amal jariah dengan memberi duit tu dekat cashier?





2. Kau bagi duit kau dekat kaunter dan dengan bangganye kau laungkan jenis kereta/motor yang kau pakai atau pun kau cuma bagitau nombor plat kereta/motor kau.

"Kak....yang kereta kancil turbo kaler pink tu ek. Alaaa....yang depan kete mevi tu. Seploh ringgit ek kak." 

Ye...memang kereta kau sorang je dekat pam tu. o_O





3. Kau bagi duit kau dekat kaunter lantas kau sebutkan kenderaan kau di pam berapa dan ........... kau terus tunggu ...... dan tunggu............

Kau memang seorang yang setia. Kau akan pastikan si cashier betul-betul dah key in duit kau ape jadah sume sampai kau nak dengar cashier cakap "Err...dah boleh isi da." What theee......





4. Dan bila kawan-kawan aku dapat tau aku jadik cashier dekat Shell, kebiasaan ayat diorang adalah;

"Waahh....boleh la dapat minyak free kan" 
=_____________=

Ye...ye...aku memang keje untuk kawan-kawan dapat minyak free. Shell tu memang bapak aku yang punye.





Secara konklusinya, aku rindukan bangla-bangla dekat Shell tu. :')


Dan aku juga rindukan Dunkin Donut free waktu keje malam.
Ye...tersangat rindu oh oh...







 *bapak lame gile aku tak update blog weh. dah bau kepam da blog aku ni.






    Sunday, July 31, 2011

    Selamat Menyambut Ramadhan

    niat puasa sebulan :
    sahaja aku berpuasa esok hari selama sebulan Ramadhan kerana Allah Taala..
    sesiapa yg terlupa niat pada mana2 malam, puasanya adalah sah jika telah berniat sebulan seperti diatas..

    Monday, June 6, 2011

    BONGGOL BONGGOLAN


    Kadang kadang aku terfikir.....
    Kenapa wujud bonggol dekat dunia ni?
    Aku tau untuk kurang kan kelajuan.
    Tapi korang tau tak, nak masuk lorong rumah aku je nak kene tempuh 7 bonggol.
    TUJUH ye kawan-kawan!!

    TUJUH BONGGOL

    Dah macam laluan berhalang dah.
    =____="

    Buat la dua ke, tiga ke, ok la lagi.
    Kadang kesian dekat kawan-kawan yg nak datang rumah aku.
    Malu pon ade jugak.
    Takut kereta diorang rosak ke hape.


    kereta power.
    Oh...cakap pasal bonggol, bukan jalan je ade bonggol.
    Perempuan zaman skang ni pon ramai yang dah ade bonggol.
    Aku memang tak layak nak cakap pasal ni.
    Tapi ketahuilah...buat bonggol waktu pakai tudung tu berdosa ye adik, kakak, makcik.
    Buruk pulak tu.
    Siyes.
    Macam alien.
    Aku tak tipu.

    Sekawanan alien di rumah saya.



    Ok.
    Ingat tu.
    Jangan buat bonggol.
    Tak best.
    Bai.



    zzzZZZzzz




    *Aku ade midterm exam esok. Tapi rilek je tak buat pape. Pemalas sungguh aku ni.

    Monday, May 30, 2011

    SINGLE is SATU

    Bila tengok sana,


    BF dengan GF tengah jalan pegang pegang tangan.
    So sweeetttt....










    Bila tengok sini,


    BF tengah bagi bunga dekat si GF.
    Sang perempuan buat muke malu-malu binatang.








    Bila tengok situ,


    GF tengah suap kan si BF.
    nyam nyam...dap nyew!!!







    Bila tengok sana lagi,


    BF dengan GF main gurau-gurau senda.
    hikhikhikhik....u ni klaka la.







    Bila tengok sini pulak,


    GF dan BF peluk peluk sakan.
    Kepala dua, badan satu.











    Bila tengok situ balik,


    BF tengah reply message GF.
    GF  tengah reply message BF.
    Awak kat mane. Awak buat ape. Awak dah makan. Awak itu. Awak ini.







    Bila online FACEBOOK,


    Sang GF dengan sang BF tengah main reply reply comment.
     Olololo....













    Bila tengok diri sendiri.....


    errrrkkk....kenapa aku sorang sorang?
    Gile loser kau ni etika. =__="




    Aku nak jugak hero untuk diri sendiri.
    Lelaki yang boleh protect aku dari bf Cik Azeya ni. *ketawa kecil. hahaha~

    Ok.
    Just keep praying for my jodoh to come.
    Ehehe...


    Bai.
    Guwa nak pegi carik jodoh ni.


    zzzZZZzzz



    Mungkin orang cakap Single itu Best.
    Tapi tak selamanya hidup kita perlu single. 





    Thursday, May 26, 2011

    Keep Alive After Your Death

    Logik ke kalau kau dah mati, tapi kau hidup lagi?
    Kau bela saka ek..... (oh..tibe-tibe teringat dekat Samer Shahedza...hahaha!)
    Hoi...dosa weh!

    Atau kau hidup sebab jadik zombie.


    Mesti korang tau kan, ada 3 perkara yang takkan mati walaupun korang dah takde lagi.
    1. Sedekah korang selama korang hidup
    2. Ilmu yang korang turunkan.
    3. Dan doa dari anak-anak korang.


    Tapi tapi tapi......lecturer aku ade tambah lagi satu lagi.
    Korang akan tinggalkan penulisan korang.
    Dan orang lain akan terus membaca.......
    Kalau korang ni jenis yang rajin menulis lah kan.
    Contohnya diary, blog, facebook....(kalau ikut zaman sekarang punye teknologi lah)


    So, maknanya....nanti bile aku mati, blog ni jadi kenangan yang akan aku tinggalkan. :)




    Tapi malu jugak aku kalau orang bace...lagi-lagi kalau aku ade anak nanti.
    Mesti diorang cakap;
    "Perghh..teruknya bahasa mak aku dulu..." =_="


    Aku mintak maaf siap-siap la...
    "Sory anak-anak, sory ibu, sory ayah, sory suami, sory kawan-kawan....ini cuma penulisan sewaktu muda remaja."


    Mungkin penulisan aku bukan lah penulisan berilmiah..tapi aku rasa cukup lah penulisan aku ni melambangkan diri aku yg sebenar.


    So, kepada korang korang...buat lah sesuatu untuk dijadikan pengalaman terbaik kepada orang lain.


    "Harimau mati meninggalkan belang, Etika mati meninggalkan belog : Petak Nota Etika...."

    peace bebeh!


    =)



    zzzZZZzzz







    Monday, May 16, 2011

    KAWAN BAIK SAYA LELAKI. SO?


    Harini 16 Mei. Hari guru.
    Tapi aku tak nak cite pasal guru.
    Meh aku cite dekat korang pasal kawan baik aku.

    PHOTO DELETED

    Sudah terang lagi bersuluh kau nampak dua orang tu lelaki kan.
    Sorang Aman dan sorang lagi Fazly.
    Diorang bukan gay. Diorang lelaki normal.
    Siyes.
    Aku dengan diorang memang macam kucing dan anjing.
    Err...aku kucing dan.... hoh. aku gurau.


    Aku kenal diorang 6 tahun yang lepas.
    Mungkin bukan satu tempoh yang sangat lama.
    Tapi lama la jugak bagi aku. Sebab aku susah nak berkawan.


    Aku malas la nak cite betapa rapat nye aku dengan diorang.
    Sebab korang sume pon mesti ade kawan baik kan.
    So, aku rasa same je.
    Macam semua orang.


    Tapi aku tak berapa faham kalau ade orang cakap, kawan baik dengan lelaki lama-lama boleh jatuh cinta.
    Dah 6 tahun dah ni. Kenapa ku tak terpikat pon dekat diorang? =.="


    Cuma masalah besar kalau berkawan baik dengan lelaki ni bila diorang ade gf dan aku ade bf.
    Si gf dan bf tu mesti rasa cemburu.
    Ohh..what theee.....hell.
    Cemburu itu bagus.
    Tapi perlu bertempat ye sayang.
    i kenal diorang lagi lame dari i kenal u.
    Faham!
    (aku ckp pasal ni sebab kes ni dah pernah terjadik pon atara kitorang. dan aku rase tak suke.)


    Tapi Alhamdulillah...si budak laki Fazly tu dah ade steady gf dah sekarang.
    Dan gf die juga baik. Tak ade rase cemburu macam babi dan buta.
    Cuma aku dan si Aman masih lagi mencari cinta. ahah.
    (marilah beli Aman. Aku jual die dengan harga RM20k. hahah)


    JADI!!!
    marilah kita terjah menerjah belog mereka!


    Budak ni lebih kurang rajin jugak update entry.
    Lagi-lagi pasal makan.
    Kau tengok la badan die yang taff taff tu. :D
    Tapi kalau mood die tengah mengarut, memang ayat ayat dalam entry die memang macam silaka.
    hahah.
    Contohnya entry; segmen ni dan segmen ni.
    Lepas kau bace, mesti kau rase nak tikam perut die dengan pisau.



    Oh. mamat ni pulak dah penah ade blog dah before ni.
    Tapi tatau kenapa. Die buat yang baru.
    Mungkin ade masalah hormon tak stabil. Ok. tadekaitan.
    Sangat bz sebab tu jarang gila update entry.
    Entry die selalunya benda yg terjadi dekat die.



    "i'd rather lose my boyfriend rather than lose my friends"

    Ingat tu.
    Semat dalam otak.


    Bai.


    zzzZZZzzz






    *oh. sekarang sangat susah nak lepak sama-sama. Masing-masing bz. Kalau waktu sekolah dulu boleh kata hari-hari lepak Khulafa. Rindu~ T.T 




    Saturday, May 7, 2011

    Tak Semua Kita Nak Kita Dapat



    Kau tau tak gambar ni perli aku?
    Benci. Tak suke.
    Tapi...itulah hidup.

    Kalau kau dapat semua apa yang kau nak, tak best lah hidup kau.
    Takde cabaran.
    Ibarat kacang lupakan kulit.
    Ok. Tadekaitan.

    Hah..aku?
    Eh..aku ok je.
    Biaselah.
    Kepada semua orang yang pernah bagi kritikan dalam entry ni, timaseh korang.
    Aku hargai.
    Dan aku dah cuba pon cara yang korang suggest kan tu.
    Siyes.
    Timaseh sekali lagi.
    Aku rasa lega. (tak..tipu. aku langsung tak rasa lega.)


    Oh..lupa aku nak pesan.
    Seboleh-boleh nya elak kan diri kau menjadi orang ketiga.
    Kerana sesungguhnya orang yang ketiga itu adalah syaitan.
    Hahah.
    Ok. Tak lawak langsung.
    Kau mesti marah kan kalau ade orang ketiga dalam hubungan kau.
    So, sila respek hubungan orang lain.
    ;)





    Ok la.
    Tu je.




    Bai.




    zzzZZZzzz




    *Ohh...blog ni da upgrade ek? Aku baru tau.
    Ye la..aku jarang online sekarang ni.
    MALAS.

    Friday, April 29, 2011

    BANYAK CANTIK MUKA KAU

    Kau rasa semua orang cantik ke secara semulajadi?
    Kau rasa semua orang cantik ke kalau tak mekap?

    Contoh la,



    lepastu kasi alter sket muke.....

    Loading...................

    ...............................

    ......................

    ..............

    ......


    hah...kan dah cantik dah.
    dengan mekap. dhurrr~


    Kalau kau rasa muke kau hodoh, buruk lagi hina, kau pakai je la mekap.
    Confirm itu time kau memang nampak cantik bak bidadari. (kenapa bidadari? aku sendiri tak pernah tengok bidadari tu cantik ke tak. =.=")

    Banyak dah jenis mekap kat luar sane yg kau boleh beli.
    Maybelline, Silky Girl (murah), Elianto (kalau ade offer, bapak murah), MAC tiruan.
    Semua kau boleh beli.
    Lepastu kau tempek tempek sikit dekat muke kau, dan pfffttt! bertukar lah kau jadi cantik!


    Kenapa aku cakap pasal ni?
    Sebab baru-baru ni aku saje je la pegi cuba-cuba mintak tolong si Aida G ni mekap kan aku. (iklan sebentar : ingin menggunakan perkhidmatan beliau? Sila hubungi di talian facebook)
    Haaaa.....saje mengada hokeh. :D


    Dari yang ini;

    PHOTO DELETED

    Kepada yang ni! Berrrrrtukar! hiyah!

    ye..ye..aku tau mirip Tiz Zaqyah. Terima kasih. :)


    Bila dah siap, aku pon gatal nak upload masuk facebook.
    Dan.....

    "wahh cnteknyee... =)"

    "cun beb"

    "comel seyh"

    "cantik kot.."

    " lain gile2.."




    Ok. dan aku terus terasa.
    Ohhhh..adakah selama ini aku hodoh?
    Seperti kerusi? Seperti ungka? Atau seperti penyapu?
    Baru aku tau kejujuran dari rakan-rakan.
    Guwa sedih ni beb. =(
    Lantas aku membawa diri.
    (buat pembedahan pelastik)


    Selamat tinggal kawankuuuuu....tak mudah aku pergiii..hooohoo...



    zzzZZZzzz



    *muka buruk takpe, janji hati baik.
    itulah yang paling cantik. :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    back to top